View: 24065|Reply: 61
|
Ke Pakistan Ke Kita? 5 Tempat Menarik Ini Pasti Buat Anda Teruja
[Copy link]
|
|
Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak bersempadan dengan India dan majoriti penduduknya adalah muslim.
Mengikut perkembangan serta trend terkini sektor pelancongan, negara Pakistan masih kurang dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia mungkin kerana kurangnya pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sana.
Kalau nak ceritakan memang banyak tempat menarik di Pakistan tapi kali ini CARI hanya kongsikan 5 tempat sahaja yang paling popular di sana.
Quetta
Quetta dikenali sebagai “kebun buah” dan terletak bersempadan dengan Afganistan. Kawasan ini mempunyai penduduk yang padat serta dilindungi bukit berbatu yang cantik.
Berikut adalah beberapa tempat di Quetta yang boleh anda kunjungi antaranya Hanna Lake, Geological Museum, Archaeological Museum, Baluchistan Arts, Council Library, Hazarganji /Chiltan National Park, Pir Ghaib Waterfall dan Picnic Spot.
Muzaffarabad
Muzaffarabad merupakan salah satu bandar besar di Pakistan. Di kawasan ini terdapat sungai, lembah, hutan, kebun yang pasti menjanjikan pemandangan indah buat pengunjung. Jadi, tidak hairanlah jika Muzaffarabad ini menjadi antara lokasi tumpuan utama dikalangan pelancong.
Antara tempat pelancongan yang boleh kunjungi di Muzaffarabad adalah Neelam Valley, Jehlum Valley, Sathra, View Point, Lohar Gali, Red Fort, Black Fort, Makra Mountain, Kaghan Valley, Pir Chanasi, Machiara National Park, dan Subri Lake.
Babusar
Bagi yang suka kan aktiviti lasak seperti mendaki bolehlah cuba menakluki gunung yang ada di Babusar, Pakistan. Jika anda berjaya mendaki hingga ke puncak, kepenatan anda pasti terubat kerana pemandangan lembah Kaghan akan "memukau anda".
Murree
Murree merupakan tempat paling indah dan popular di Pakistan. Tempat ini terletak di lereng selatan kaki bukit Himalaya Barat dan menjadi tempat liburan popular bagi penduduk Islamabad.
Swat
Swat merupakan tempat yang banyak lembah sungai, kawasan pergunungan tinggi, dan juga tasik. Ketika Ratu Elizabeth II berkunjung ke Swat suatu ketika dahulu, dia menyebut Swat sebagai the Switzerland of the east (Swiss dari timur).
Teruja tak? apa ditunggu lagi, jom jadikan Pakistan sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar pertama tu cantik,
Tringat filem lakonan Salman Khan,Bajrangi Bhaijaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebut pakistan aku pun teringat cerita bajrangi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya keindahan alam semulajadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
pakistan memang cantik.tp sayang mostly negara Islam kurang membangun. apa sebab pun x tau la
|
|
|
|
|
|
|
|
iols tgk cte tu tp rse mcm x brpe suka sgt... huhuhu. owh ye utk tak OT hehe
btw byk jugak tempat yg cantik ek di pakistan
|
|
|
|
|
|
|
|
i teringin pegi. cantikkk. lg satu, india n iran. lawaaa |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknyaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 23-3-2017 09:28 AM
iols tgk cte tu tp rse mcm x brpe suka sgt... huhuhu. owh ye utk tak OT hehe
btw byk jugak te ...
Ahaa,sbb bila ngok gambau pertama tu,teringat filem Bajrangi Bhaijaan,msa Salman naik bas gan wrtwn yg ikut dia skali nak antau budak tu balik |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesiapa pernah ke sana ke? Bersih tak? Tengok dalam pic macam cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantikk |
|
|
|
|
|
|
|
swat cantik |
|
|
|
|
|
|
|
3 kali pergi pakistan memang terbaik...natural beauty |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pencinta alam semula jadi sesuai pergi pakistan. memang cantikkk |
|
|
|
|
|
|
|
org2 Pakistan sikapnya tidak secantik tempat2nya..... |
|
|
|
|
|
|
|
Country side dia memang cantik tapi bahaya kalau gi sendiri melainkan ada guide atau ada kenalan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah travel beberapa tmpat atas dunia ni. And yess. Pakistan yg swat i pernah pergi. Sangat cantik.... tmpt paling indah i pernah visit stkt ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|