Apa reaksi anda agaknya bila ternampak kambing berada di atas pokok yang tinggi? Bukan seekor, tapi haiwan ini memanjat pokok secara berkumpulan.
Perkara yang agak janggal bila berlaku di Malaysia kerana selama ini kita melihat kambing hanya meragut rumput di atas padang.
Namun ia adalah satu pemandangan yang sangat biasa dilihat di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi.
Foto: www.amusingplanet.com/
Jika datang ke sini, pengembara dapat melihat dengan mata sendiri kebolehan haiwan ini memanjat pokok Argan bagi mendapatkan buahnya yang manis.
Keistimewaan kambing asli yang berasal dari desa kecil bernama Tamri ini adalah mereka sangat mahir dalam menyeimbangkan diri.
Disebabkan buah argan adalah satu-satunya pilihan makanan yang ada untuk kambing di sana, maka haiwan ini sudah terlatih dari kecil untuk berusaha memanjat pokok bagi mendapatkan buahnya.
Foto: www.amusingplanet.com
Disebabkan keunikan yang tiada langsung di tempat lain di dunia, ia berjaya menarik jutaan pelancong untuk ke sini.
Kebanyakan mereka sangat teruja dan akan berteriak, "Kambing atas pokok, kambing atas pokok!"
Foto: www.amusingplanet.com
Bagi anda yang mahu merasakan sendiri pengalaman ini boleh datang mengembara ke Maghribi dan laluilah perjalanan dari Imsoune ke Tamraght.
Selain itu, kambing di atas pokok juga boleh dilihat di sepanjang perjalanan dari Marrakesh dan Essaouira.
Ayuh, rancang perjalanan anda. Bila lagi mahu melihat kambing memanjat pokok kalau bukan sekarang! -CARI |