|
Adakah anda setuju, perawatan kulit yang baik tidak semestinya dan mungkin boleh dikatakan tidak harus mahal.
Penggunaan face spray misalnya yang kononnya digunakan untuk melembapkan wajah, sebenarnya boleh sahaja dilakukan sendiri tanpa perlu menghabiskan wang berpuluh mahupun beratus ringgit.
Face spray sering digunakan untuk melembapkan kembali kulit wajah yang kering dan lesu. Hasilnya, wajah nampak lebih segar dan juga bertenaga.
Pun begitu, tidak semestinya anda terus melulu membeli apa sahaja yang ada di pasaran. Memetik laman CNN, seorang pakai kulit Bames Skin Care, Pandu Pradana berkata wajah kembali lembap cukup hanya menggunakan air mineral.
"Jika mahu perawatan murah, anda boleh menggunakan face spray dari air mineral. Masukkan sahaja air mineral ke dalam botol spray. Kerana ia sebenarnya sama sahaja," katanya.
"rinsipnya, kulit kering dibasahi dengan air akan menjadi lembap, namun ia harus diulang. Oleh itu, anda hanya perlu semburkan sahaja dari masa ke masa," katanya lagi.
Katanya, face spray yang mahal terletak pada alatnya yang dipanggil sprayer. Ini kerana ia mampu menyemburkan air dalam bentuk partikel kecil yang menyerupai embun atau mist.
Oleh itu, bagi anda yang sering duduk dalam bilik aircond misalnya, bolehlah sediakan face spray murah ini daripada air mineral sahaja! Selamat mencuba! - CARI
Foto: Carian internet
|
|