CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3617|Reply: 22

Bulan Puasa, Tapi Kenapa Ramai Orang Marah-Marah?

[Copy link]
Post time 14-6-2017 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Mutakhir ini, banyak diviralkan video orang-orang yang marah dan mengamuk pada seseorang yang tidak dikenalinya. Begitu mudah darahnya mendidih, begitu lancar dia mengeluarkan kata-kata kesat dan begitu ringan tangannya berkelakuan membuli.

Bahkan kerana marah dan dendam ada yang dipukul sampai mati. Astaghfirullahalazim, apa nak jadi manusia ni? Orang begini tidak percaya pada Tuhan agaknya. Tak ingat mak bapak ke?


Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, marah itu adalah fitrah. Sesiapa pun boleh marah. Sama seperti sedih. Bagaimanapun, orang yang penyabar jarang menyerlahkan sifat kemarahannya.  Sebaliknya marah itu disimpan dengan cara tersendiri (ikuti tip elak marah di bawah).

Simpan kemarahan bukan bererti takut tapi sering muhasabah diri. Kalau aku marah, bagaimana buruknya orang tengok perangai terjerit-jerit dan memaki-hamun di khalayak ramai. Malu ibu bapa dan keluarga.




Ingat pesan saya ni, kalau nak buat jahat, selalu ingat mak bapak dan anak-anak. Letak sifat ihsan pada mereka. Insya-Allah selamat. Benar, sekuat-kuat iman ialah menegur dengan tangannya, kemudian dengan mulutnya dan selemah-lemah iman ialah menegur dalam hatinya. Bagaimanapun, menegur itu dengan penuh hikmah. Bukan dengan menggunakan kata-kata kesat umpama orang tidak beradap.

Biar orang buat kita, kita jangan buat orang. Beralah bukan bererti kalah. Biarlah orang ambil parkir kita, biarlah orang potong barisan kita. Bila anda marah, anda akan rasa penat, sakit hati dan stress. Tidak fasal-fasal dapat penyakit secara ‘PERCUMA’.

Cuba redha dan biarkan saja. Tidak ada bezanya seminit lewat atau selangkah lambat kecuali ajal. Andaikan saja dia hendak terberak atau ada kecemasan di rumah. Habis cerita.



JIWA MUDA SARANG KEMARAHAN
Jiwa muda adalah sarang kemarahan. Manakala kekuatan adalah kayu api kemarahan.  Biasanya bila kita muda dan sihat, kita tega untuk membiarkan api kemarahan marak di dalam dada hingga mendidih darah dan seterusnya menggelegak sebelum meledak macam gunung berapi. Bahaya, memang bahaya. Baik cari air penawar kalau anda sering rasa begini.

Sayanglah orang tua yang usia sudah lanjut masih gagal mengawal kemarahan. Ertinya hidup dia sedang tidak tenang. Allah jauh dari hatinya walau pun dia macam dekat dengan Tuhannya. Dirinya masih bersaka dengan dendam dan api amarah.

Mudahnya dia berasa sakit hati walau pun hanya digigit nyamuk halus atau perut lapar kerana berpuasa. Sesungguhnya marah yang membuta-tuli itu adalah daripada syaitan. Segeralah beristighfar banyak-banyak.  Bertaubatlah dan serahkan segalanya pada Allah.



TEKNIK MENGAWAL KEMARAHAN UNTUK ORANG BIJAK

1. AMALKAN SUNNAH RASULLULLAH S.A.W
Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W : “Berilah aku wasiat”. Baginda menjawab, “Engkau jangan marah!” Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang. Kemudian Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Engkau jangan marah!”
[Hadis riwayat  al-Bukhari]

2. TARIK NAFAS
Teknik pernafasan yang betul dapat membantu meredakan saraf-saraf yang dalam keadaan tegang. Ia boleh memudahkan anda bertenang dan elak daripada marah dengan segera.
a. Tarik nafas dalam-dalam dengan 4 kiraan (letak tangan di atas perut anda dan rasa perut anda naik ketika bernafas)
b. Tahan nafas anda dengan 2 kiraan sebelum menghembus nafas keluar.
c. Hembus perlahan nafas anda (muncungkan bibir seolah-olah mahu bersiul) dan lepaskan dengan 8 kiraan.
d. Perhatikan berapa kali anda bernafas dalam 1 minit. Jika anda bernafas melebihi 17 kali seminit maka anda mungkin perlu memahirkan diri anda dengan teknik pernafasan asas ini.
e. Kadar biasa pernafasan bagi dewasa dalam keadaan relaks ialah 10-12 kali seminit.
* Orang yang sedang marah, nafasnya laju macam orang bersukan.

3. MINUM SEGELAS AIR
Jika anda berdepan dengan orang yang marah jangan curahkan minyak tetapi berilah dia segelas air. Rasa lega dan hilang daripada haus ini akan sampai ke otak dengan menghantar isyarat agar bertenang kerana tenang itu penawar  manakala marah itu penyakit.
  
4. DIAM
Bila anda rasa marah, diam. Bila ada orang sedang sakitkan telinga anda dan hati anda mula rasa macam ada jarum yang mencucuk-cucuk, usah menjerit. Tutup mulut kemas-kemas dan buat kerja macam biasa. Mengira, berzikir atau bayangkan yang indah-indah dalam hati.

5. SEGERA BERLALU

Jika keadaan mengizinkan, berlalu segera dari situ. Jika tidak, jauhkan diri anda daripada punca kemarahan. Mungkin anda boleh menelefon seseorang untuk berbicara dan sebagainya.  Anda juga boleh mengambil wuduk, solat atau pun tidur.  

6. BERFIKIR MATANG
Berlapang dada dan terimalah dia seadanya. Tiada manusia yang sempurna. Semua orang ada buat silap. Jadi, maafkan semua orang. Marah tidak akan menguntungkan sesiapa. Jadi, tanpa rasa marah, tali silatulrahim akan lebih kukuh.



Percayalah, kalau anda mengamuk di bazar Ramadan, anda sebenarya rugi besar. Membazir betul kalau anda sakit hati pada entah siapa-siapa yang tak ada kena mengena dalam hidup anda. Tidak kiralah sama ada anda ‘Hajah Heathrow’ ke, ‘Kakak Buang Selipar’ ke, cubalah berlapang dada. Tak berbaloi dan buang masa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2017 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tq..sy setuju sgt isu ini dikongsi..bgs sbg muhasabah sy jg..say NO to mengamukkk xtentu hal
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 03:46 PM | Show all posts
lapar dow
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tengah marah..  selalu diam je pastu berlalu pergi.. aku tak reti nak marah mulut.. so pendam jela sampai satu tahap menangis sbb tak tahan marah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 03:50 PM | Show all posts
zawara replied at 14-6-2017 03:49 PM
kalau tengah marah..  selalu diam je pastu berlalu pergi.. aku tak reti nak marah mulut.. so pendam  ...

asl plis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 14-6-2017 03:50 PM
asl plis..

  asl pm tepi
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 04:03 PM | Show all posts


ok, dh pm...
harap2 sangkut la kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Marah sbb lapar dan x sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 04:27 PM | Show all posts
Betul sebab lapar le tu nak2 bila dah masuk tengahari hingga menjelang waktu berbuka.  Sebab tu kalau ada yang marah2 dalam jangkamasa tu cecepat iols offer nak belanja air sirap ais segelas.  Selalunya berjaya sebab theols akan rasa segan terus ngaku masih berpuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 04:44 PM | Show all posts
sbb tu akak kurang driving masa ramadhan sbb ramai zombie atas jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 04:51 PM | Show all posts
Biasalah manusia seringkali gagal mengawal nafsu amarah walaupun di bulan puasa. Nafsu tu musuh utama manusia kalau tak mampu dikawal dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 06:40 PM | Show all posts
marah sebab perut lapar...
bila lapar kepala pening..dan cepat marah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 12:17 AM | Show all posts
calm down.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 09:19 AM | Show all posts
bulan posa cpt mrah sbb perut lapar kut...
kalau terlalu marah aku
nak gaduh takut
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 09:48 AM | Show all posts
Eh, aku baru je marah kat one driver ni semalam. Marah sorang2 dlm kereta je, nak ajak kelahi tak sanggup plak kena viral

Tapi iols pantang btl la org yg tak reti nak guna lorong yg dah disediakan bila nak masuk kat mana2 kawasan. Depan2 pintu gate tu la baru nak membelok. Org kat belakang yg nak jln lurus ni duk beratur la menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2017 01:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa marah2 sebab nafsu syaitan diaorang tak terdidik walaupun syaitan dh kena ikat. Nafsu tu pun jahat lebih kurang syaitan laaa. Thats why jadi macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2017 07:23 PM | Show all posts
sebab tak tahan tngk perangai bodo...kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2017 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 15-6-2017 09:48 AM
Eh, aku baru je marah kat one driver ni semalam. Marah sorang2 dlm kereta je, nak ajak kelahi tak sa ...

I pun sama baru je marah orang tu, tapi marah dalam kete je la benci visitor tak reti baca signboard entrance ngan exit untuk residence je, visitor entrance and exit kat back guard house, tak memasal jam kat belakang dah tu semua nak kena reverse semata2 nak bagi die kuar balik! Benci tul  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.161575 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list