CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4387|Reply: 50

Hanya Kerana Nakal, Tangan Anak Diikat Dan Digantung Pada Palang Bumbung

[Copy link]
Post time 6-7-2017 12:21 PM | Show all posts |Read mode







Kejam, bodoh dan tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran paling tepat buat pelaku selepas satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didera dengan kejam tersebar di media sosial hingga mencetus kemarahan orang ramai.


Berdasarkan pemerhatian pada video berdurasi 39 saat itu, pergelangan tangan kanak-kanak lelaki malang itu diikat dengan menggunakan tali plastik dan kemudian mangsa digantung pada palang bumbung.


Mangsa yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 5 tahun itu menjerit kesakitan dan dilihat berhempas pulas cuba melepaskan ikatan yang menjerut pergelangan tangannya.






Difahamkan, pelaku yang tidak berhati perut itu bertindak menghukum kanak-kanak terbabit hanya kerana kenakalan kanak-kanak itu.


Rata-rata yang telah menonton video tersebut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan. Ramai mengharapkan pelaku segera ditahan pihak berkuasa serta dikenakan hukuman seberat-beratnya.






Bagaimanapun sehingga berita ini disiarkan, lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih belum dapat dipastikan.


Untuk info, selain masalah kewangan terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan seperti ini . Antaranya mungkin disebabkan pelaku menghadapi tekanan di tempat kerja dan masalah tersebut dibawa balik ke rumah. Oleh kerana gagal mengawal stres, anak-anak yang tidak berdosa menjadi tempat melepaskan geram.


Ingat! jika hendak "mengajar anak" biarlah berpada-pada kerana penderaan boleh mendatangkan trauma dan implikasi negatif terhadap kehidupan anak-anak dalam jangka masa panjang. - CARI











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah besar budak ni.. tgulah dia ikat ko pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:46 PM | Show all posts

ni la mak pak yang jenis pandai buat anak je lepas tu dera anak macam bintang...

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 12:49 PM | Show all posts
nanti ada lah komentar2 abang2 sunni felda pprt acah bagus dok cerita mereka kecik2 dulu kena pukul dera dengna mak bapak then end up jadi orang berguna jua etc...seolah bangga pula kena dera dan tak salah langsung konsep penderaan ini.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
China ke?
Kalau sana macam tak heran dah walaupon kesian amat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:04 PM | Show all posts

ya ampun kesiannya tengok

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2017 01:06 PM | Show all posts
gileerrrr...
mcam cina jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo la..aku pantang bab2 dera budak kecik ni tak kira la nakal mana pun dorang, they are still a child, they know nothing, apa yg dorang nampak, itu yg dorang buat. Silap2 dia bole berdendam ngan si pendera nie..

Nak mengajar budak ada cara nya yg betul, cara bodoh cmnie hanya buat anak tu semakin memberontak. Kalau nak denda, denda la rotan 3 kali ke, kurung sekejap dlm bilik ke, berdiri kat 1 sudut for certain minutes, tulis "saya janji tak buat lg" sebanyak 100 kali ke, ehh apa2 je la denda yg membina bukan denda kejam cmnie

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 01:13 PM | Show all posts
elok le tu.
mmg gitu je cara nak ajar budak kuat ngamuk.
tapi kene improve la.
ikat dgn kain batik ke... kurang sket terjerut pergelangan anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu silap ari bulan cekik urat kat tangan tu ya Allah sakitnyaaaa budak lagi tu. Iols sorang je ke nampak lengan budak tu dah putih pucat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergantung mcm tu sakit kot. Hilang akal ke parents bdk ni?

Btw umur 4 thn lbh saya penah kena kurung dlm bilik air dlm gelap. Padan muka. Sape suruh bawak bunga api pegi mengaji.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya.. boleh luka melecet pergelangan tngan budak tu..nak2 sbb dia meronta2.
Budak2 ni biasanya dia jenis ingat apa yg jadi Kat dia waktu kanak2. Jngan esok dah besar nnti dia berdendam ngan parents sndiri sudah..nak2 kalau masa kanak2 dia dah puas kena dera..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:46 PM | Show all posts
teruk betul ..............................
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 01:53 PM | Show all posts
Sakai sesangat pangai parents/penjaga macam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorh..digantung anak dia cam gantung itik panggang..Ingatkan ikat biasa2 xbagi budak tu buas..terlalu extreme tok budak 5 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 02:43 PM | Show all posts
kalau anak nakal, didik la elok2. x pyh nk dera mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 02:51 PM | Show all posts
ffbeauties replied at 6-7-2017 05:03 AM
China ke?
Kalau sana macam tak heran dah walaupon kesian amat

berdasarkan tahap kedaifan rumah tersebut kakak syak samada di China atau Indonesia dekkk...kat ibupertiwi rumah buruk mcm ni sgt2 rare

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 03:07 PM | Show all posts
bapak dia terpengaruh cerita The Karate Kid kot

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksa bdk tuuu
X sakit ke tgn nya nnti?!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Vavi sgt
Kesiannya ko dekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044705 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list