|
"Saya jadi trauma nak tengok perempuan yang ada di depan saya tak kira sesiapa pun dia."
Alahai, kasihan Shukri Yahaya. Sampai begitu sekali trauma dek kerana penangan kontroversi kononnya menggoda seorang wanita menerusi aplikasi Wechat baru-baru ini.
"ada awalnya isteri saya tak ambil kisah pun, sekadar bertanya sejauh mana kebenaran cerita itu dan apabila saya jelaskan ia tidak betul, dia faham.
"Malah cerita ini saya tahu daripada mulutnya sendiri selain beberapa rakan rapat pada malam sebelum ia terus dibualkan pada keesokan harinya.
"Namun apabila isu ini terus tular, saya tau hati dia terusik. Yalah, isteri mana yang tidak terasa. Nasihatnya agar saya berhenti membuat apa-apa kenyataan selain jangan ambil kisah berhubung perkara tersebut, " katanya kepada mStar Online.
Malah, disebabkan insiden itu dia hampir trauma untuk mendekati atau melihat mana-mana perempuan yang berada di depan mata apatah lagi ketika bersama isteri.
"Sampai tahap tu tau! Semua kerana saya tak nak hati isteri terusik lagi disebabkan fitnah itu.
"Saya langsung tidak mengenali wanita berkenaan dan apabila isu ini timbul, ia membuatkan saya turut rasa tertekan namun sentiasa cuba untuk jadi positif, " katanya.
Foto: IG Shukri Yahaya
Bimbang dengan keselamatan dirinya, Shukri membuat laporan polis menerusi peguam yang dilantik, dua hari selepas berita berkenaan tersebar.
"Saya malas hendak memanjangkan isu ini. Namun seandainya perkara ini timbul semula, saya akan mengambil tindakan seterusnya terhadap individu terbabit, " akhirinya.
Jun lalu, wanita dikenali sebagai Sarah Danielle mendakwa digoda aktor terbabit selain menyebar mesej perbualan mereka menerusi aplikasi WeChat.
Semoga kes ini selesai dengan segera dan keadaan pulih seperti sedia kala. - CARI |
|