CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14178|Reply: 121

Hina Ke Jadi Orang Kelantan, "Kampung" Sangat Ke?

[Copy link]
Post time 10-7-2017 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Selain dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mendapat jolokan "Serambi Mekah".


Jolokan dan gelaran itu diperolehi kerana dipercayai rakyat dan kerajaannya mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya dan negeri ini juga telah banyak melahirkan tokoh-tokoh agama, ulama serta wali tersohor.


Namun yang kurang enak didengar, bila sebut sahaja negeri Kelantan pasti akan timbul pelbagai persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia.


Gambar sekadar hiasan





Negeri yang mundur dari segi pembangunan, rakyatnya kuat sentimen (kenegerian), masalah sosial dan jenayah yang semakin menjadi-jadi dan macam-macam lagi. Itulah antara kata-kata yang seringkali dihamburkan oleh segelintir masyarakat luar kepada rakyat-rakyat kelantan.


Merasa tersentap dengan tanggapan negatif sesetengah orang terhadap rakyat Kelantan, seorang wanita meluahkan rasa pelik dan tertanya-tanya mengapakah sentimen anti Kelantan masih menebal hingga ke hari ini.


Luahan hati beliau di IIUM Confession mula tular dan menjadi perbincangan hangat sejak mula dikongsikan di halaman sesawang berkenaan.










Penulis turut bersetuju dengan pandangan wanita ini, tak kira lah negeri mana pun tetap akan ada masalah yang sama seperti di Kelantan. Jadi buka minda dan janganlah ada perasaan benci sesama kita kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
memang la hina kalau stok makan pitis bini mendadah menjadi bapa ayam
yg puan pulak tahu melawa je tapi mengotor
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan la tak suka geng2 ni. Tapi geng2 ni (bukan semua) kalau bercakap memang bingit la dengan bahasa depa. True story dekat U masa aku belajar dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan smua org klatan kampung. Ada je kawan yg baik2 belaka tp ada sesetgah tu baik laki and perempuan theyolls ada 1 perangai yg sgt kelantan..entah lah sorry guys..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke org judge kelantan mundur sbb tak de panggung wayang?....


Bodohnya statement.....

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Penulis nk bangkitkn sentimen kelantan ke apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xpnh g kelantan.. tp nak sgt g sana sbb dh tjebak kat ig,makanan kelatan mcm sedap je.. kwn2 pun ckp sana brg still murah.. Inn Sha Allah nnt nak cuti2 malaysia.. swak-kelantan 2 flight hokeyyy
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xse pulok nak mengata kampungan ke hape. Just perangai tu yg over kekadang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 05:42 PM | Show all posts
kelantan yang up tak ngaku dorang orang kelantan..
tak caya gi tanya cuba tanya..
mesti dorang ngaku dorang orang ganu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 05:44 PM | Show all posts
orang putarjaya balik undi
lepas undi balik putarjaya
ore kelate asli menangung
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 06:08 PM | Show all posts
tapi tak nafi awek kelantan mmg lawa2  cuma loghat aku tak boleh follow la.. bnyk kali cuba belajar. dorang kata aku cakap siam  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-7-2017 05:42 PM
kelantan yang up tak ngaku dorang orang kelantan..
tak caya gi tanya cuba tanya..
mesti dorang nga ...

Tu lah. Dan dan la penulis tak ngaku diri sdiri kelantan. Nasiblah anon
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak oernah mengata dorang kampung tpi ada perangai dorang yg buat orang jelik. Susah nk jumpa kelantanese yg okay
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 06:43 PM | Show all posts
bukan semua kelate make budu otak budu ada yang make budu otak tempe. yang baik kita kawan yang tak betul kita abaikan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 06:43 PM | Show all posts
Bodohnya statement..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mknan kelantan sedap nasi kerabu, sdgkan kat sabah ni pun byk buka restoran kelantan masa i study dlu. .

tp, bab perangai tu xmaw ckp laa. .kekdg sesama kelantan pun bergaduh. .bkn bgaduh apa, mcm xpuas hati gitu. .ntah laa. .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kelantan kelebihan dia pada paras rupa.perempuan atau lelaki ramai yang elok wajahnya.hal lain akak tak nak komen sebab masing-masing ada pendapat sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
makanan kat kelantan semuanya okay, sedap. tapi ummah dia tu yg over. kawan pun ramai dari kelantan then bila masuk kl mostly jadi culture shock tapi bangga cakap dia dari kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Me pelikla..apa masalh masyrakat ni dengan org kelantan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
me xde mslh ngan org kelantan juz betul ke anis tu bukan orang kelantan. fishy sangat ayat dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.086842 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list