View: 9807|Reply: 82
|
[Tempatan]
Ajal penunggang motosikal BMW R1200 berkuasal tinggi di LPT2
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-10-2017 07:48 PM
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x575. |
Mazuki meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 355, LPT2, dekat susur keluar Kuala Dungun, hari ini. FOTO Rosli Ilham |
"MOTOSIKAL besar itu tiba-tiba terbalik dan meluncur sebelum penunggangnya terperosok di bawah kereta saya," kata Mohd Badrul Hisham Mohd Azmi, 27, menceritakan kemalangan yang mengorbankan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 355, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Kuala Dungun, petang tadi.
Kemalangan, kira-kira 5 petang menyebabkan kontraktor, Mazuki Mohamad, 34, meninggal dunia akibat parah di kepala.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal BMW R1200 CC itu dikatakan sedang berkonvoi bersama dua rakannya dari Kota Bharu untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana Paka, dekat Dungun.
Mohd Badrul Hisham berkata, sebelum kejadian dia yang memandu kereta Honda Civic dari arah Ajil untuk pulang ke rumahnya di Kemaman.
"Ketika itu hujan lebat yang menyebabkan kereta saya terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum tersadai di tepi jalan.
"Saya tidak keluar dari kenderaan kerana hujan lebat dan 10 minit selepas itu saya terdengar dentuman sebelum melihat motosikal mangsa yang terbalik meluncur ke arah kereta saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, mangsa yang tercampak dari motosikal yang ditungganginya itu terperosok ke bawah kereta manakala motosikalnya tercampak ke laluan bersebelahan selepas merempuh keretanya.
"Saya keluar membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa yang berlumuran darah sudah tidak bergerak lagi.
"Saya hubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan bomba tiba tidak lama kemudian," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Ruzali Omar berkata, sepasukan enam anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
Menurutnya, anggota bomba terpaksa mengangkat kenderaan terbabit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan itu.
"Mayat mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk dibawa ke Hospital Dungun bagi tindakan lanjut," katany
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x817. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x718. |
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/270632/ajal-penunggang-motosikal-berkuasa-tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih bca |
|
|
|
|
|
|
|
Bawak laju lah tu..dah hujan jalan licin bawaklha motor atau kereta dgn berhemah..nak laju pi litar
Lumba kat sepnag tu... |
|
|
|
|
|
|
|
I cukup Tak berkenan motor macam gini, Mahal Mahal, kalau hujan duduk bawah jambatan jugak
Apapun takziah la |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin licin agaknya sbb kete civic tu pn dh terbabas dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 2 kemalangan. First kereta tu terbabas. Kemudian motosikal pula terbabas. Adakah penunggang motosikal itu panik nampak ada kereta di hadapan yang terbabas? Atau ada air bertakung di atas jalan? |
|
|
|
|
|
|
|
I tak suka wannabe reporters yg suka ambil gambar orang eksiden lepas tu viralkn kt socmed dia |
|
|
|
|
|
|
|
putehkundor replied at 8-10-2017 05:43 AM
I cukup Tak berkenan motor macam gini, Mahal Mahal, kalau hujan duduk bawah jambatan jugak
Apap ...
Saya pun rasa motosikal bukanlah mode transport yg sesuai utk perjalanan jauh. Tapi disebabkan itu hobi diaorg apa nak buat. Di Malaysia ni kerap hujan lebat dan ribut petir. Tambah-tambah lagi sekarang ni musim peralihan monsun.Sesiapa yg travel jauh atau ada events pada bulan ini kenalah bersedia.Even yg drive kereta pun struggle di atas highway, apatah lagi yg naik motosikal. |
|
|
|
|
|
|
|
LPT jalan dia bumpy (tak rata), tambah hujan dengan bawak laju, memang recipe for disaster |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa rega satu motor ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
mitos minyak atas jalan.ke?
atau sebab jalan berombak
depa neh tahu nak bawak cm roket saja ..dah hujan tu bawak le kurang sikit daei biasa...
moto tu xbleh kata apa..laju cn kapcai pon boleh jatuh kalau jalan licin... |
|
|
|
|
|
|
|
Motor BMW model ni gear satu pun dah mcm roket .. silap silap bukan hang bawa motor tapi motor bawa hang!
Sayang nya motor tu dah cacat. Rumah ni ada 3 bijik (US kan murah) cuma tak ada kederat nak try bawa. Bapok berat!
|
|
|
|
|
|
|
|
actually lpt antara jabor dan kuala tganu tu tak berapa selamat walaupun kita punya speed within limit, beralun, byk lopak air masa hujan, mudah aqua planing, punca kemalangan bg aku bkn atas pemandu je, keadaan jln jugak penyumbang...so bg aku speed limit kat lpt2 tak terpakai selagi keadaan jln tak dibaiki.
Rider ni rasanya terjatuh masakat selekoh, tak nampak kereta terbabas atau mungkin both driver dan rider kena aqua planning... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah masa hujan Kat LPT jalan takde orang, drive normal pace. Tetiba kereta berpusing, takde apa-apa. kejadian di sebabkan lopak air. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 8-10-2017 08:53 AM
Motor BMW model ni gear satu pun dah mcm roket .. silap silap bukan hang bawa motor tapi motor bawa ...
1200cc dgn berat gitu mmg laju ler...kancil pun 660cc...axia pun 1000cc jerr...ada org mmg suka dgn adrenaline rush bila bwk laju2...tu yg sanggup leburkan ratus ribu beli motor ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkinkah penunggang motor ni terkejut sbb ade kete terbabas kt dpn? Pastu tgh laju plak lg dgn jln yg beralun. Aku pon penah terkene tetibe ade kete benti kt lorong kecemasan. Da dkt br perasan ade kete benti sbb hujan mase tu. Apepon takziah utk famili mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu ni menipoo... Cube tengok cara kete dia nyongkang jalan tu. Suke-suki nak klem kata motor tu yang tibe2 datang langgor kete dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah terlalu banyak kes eksiden kt LPT tu ..almaklumlah siap projek jalan pun buat asal nampak rupa cam jalan ja
eloklah banyakkan lagi projek2 mcm LPT ni kt mesia
ramai sket lagi yg akan mampos ..sikit populasi manusia kt mesia ni
takbir ! |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah untuk keluarga arwah.... hujan2 ni jalan licin... berhati2lah di jalan raya ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|