Baru-baru ini, kelab Rayo Vallecano mengejutkan dunia bola sepak apabila memperkenalkan jersi pasukan mereka yang berwarna pelangi. Ada yang menganggapkannya cubaan berani dan ramai yang berkata ia buruk.
Tapi, jika anda tahu cerita disebaliknya, ia sebenarnya agak menarik. Setiap warna di pelangi jersi Rayo Vallecano mewakili maksud tertentu; kanser (merah), kekurangan upaya (jingga), alam sekitar (hijau), penderaan kanak-kanak (biru) dan keganasan domestik terhadap wanita (merah jambu). Keseluruhan warna-warna ini pula membentuk warna pelangi sebagai simbol bantahan Rayo Vallecano terhadap homofobia. Apa yang menarik, |