Sudah, dia buat lagi! Kalau dulu cipta beg tangan menyerupai beg tote Ikea berwarna biru, kini jenama terkemuka Eropah, Balenciaga sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memperkenalkan 'skirt alas getah kereta' pula!
Menurut Teen Vogue, rekaan terbaru dengan nama 'Car Design Skirt' itu diperagakan pada acara Paris Fashion Week minggu lalu.
Foto: Harpers Bazaar
Tak ada benda lain ke nak dijadikan inspirasi fesyen? Alas getah juga yang dicarinya.
Bezanya, alas getah biasa boleh didapati dalam harga puluhan ringgit sahaja, namun skirt berkenaan dijual pada harga RM10,000! Ada ke yang nak membeli!?
Rasanya kalau kita ambil karpet dalam kereta dan balut badan, orang tak tahupun 'skirt' tu ori atau tak. Bezanya tak ada logo Balenciaga itu saja.
Rekaan 'unik' itu sememangnya mengundang hencapan rakyat jelata sajalah.
Tapikan, dalam ramai-ramai yang tak suka, ada juga yang menghargai usaha Balenciaga menjadikan perkakas harian sebagai sumber inspirasi mereka bentuk fesyen terkini.
"Kami kagum skirt itu mempunyai persamaan dengan produk kami iaitu Cosmos Duro All Weather Car Mat," kata jurucakap Argos ketika ditemu bual majalah Dazed.
Foto: http://www.argos.co.uk
Anda teringin ke pakai skirt sebiji alas kaki dalam kereta anda? - CARI |