CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2969|Reply: 20

Menyamar Jadi Pemetik Buah Di Australia, Wartawan Malaysia Bongkar Kehidupan Seb

[Copy link]
Post time 15-1-2018 12:52 PM | Show all posts |Read mode



Seorang wartawan Malaysia yang telah menyamar sebagai pekerja luar bakal mendedahkan hasil siasatan beliau berkenaan karier pemetik buah yang popular bagi rakyat Malaysia di Victoria, Australia melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Australia minggu depan.


Saiful Hasam, wartawan Utusan Malaysia mendedahkan bagaimana pekerja-pekerja di situ dikawal mental mereka menggunakan agama dan dijerat dengan hutang yang membuatkan pekerja-pekerja di situ tidak dapat lari. Pemetik buah yang bekerja secara tidak sah dipancing ke Australia dengan kisah ganjaran tinggi, kata Saiful.

Namun apabila tiba di sana, mereka menyedari gaji yang akan mereka perolehi sebenarnya kecil, pekerja hanya dibenarkan tinggal dalam keadaan sempit serta diperangkap dengan perjanjian kontrak yang merugikan mereka. Saiful memberi amaran yang operasi penipuan itu masih lagi berleluasa sehingga kini.




Kisah Saiful bermula pada 2016 apabila tiba di Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah. DIa dijanjikan gaji RM360 untuk bekerja 24 jam dalam tempoh 4 hari. Majoriti wang gajinya diambil untuk membayar sewa rumah kecil yang terpaksa dikongsi dengan 11 orang pekerja lain dan pendapatannya hanya sekitar RM65 yang beliau perolehi dalam tangan.

“Kisah mereka semua sama,” kata Saiful. “Bagi kami, kami perlu mencukupkan kuota pokok yang dipetik hanya untuk membayar sewa rumah semata-mata. Pendapatan saya pula hanya cukup-cukup. SImpati saya melihat pekerja-pekerja diambil kesempatan kerana ramai di antara mereka betul-betul komited.”


Pendedahan Saiful melalui Fairfax Media tahun lepas mendesak kerajaan Australia memperkenalkan akta yang mengawal sistem perhambaan secara moden. Pihak penyiasat melalui sebuah jawatankuasa kini sedang menjalankan siasatan dan Saiful akan ke Australia bagi menyampaikan bukti yang telah beliau kumpul, minggu depan.





Apabila ditanya adakah pernah pihak pekerja menyuarakan kebimbangan pada pihak majikan, Saiful menjawab yang pihak majikan akan menggunakan agama sebagai hujah.

“Individu yang dilantik sebagai ketua kami kerap menenangkan pekerja yang mengeluh dengan meminta agar semua pekerja bersabar, ini semua mungkin dugaan bagi kami semua di Australia dan dia meminta kami berharap (berdoa) agar satu hari nanti kami akan mempunyai duit yang cukup,” ujar Saiful.

Jawatankuasa yang ditubuhkan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan berkenaan apa yang telah berlaku serta mengusulkan cadangan yang mampu menyekat aktiviti perhambaan yang kerap berlaku di Australia ini.

Selepas pendedahan tahun lepas, pada bulan Ogos tahun ini, mahkamah Australia sudah pun mewajibkan semua syarikat yang mempunyai pendapatan kasar AUD100 juta tahunan untuk menghantar laporan berkenaan sistem pengambilan kerja yang mereka amalkan.




Wakil pihak persatuan penanam buah Australia yang dinamakan Citrus Austrlia, Tania Chapman pula meletakkan beban kesalahan kepada pihak pekerja asing yang menyalahgunakan visa merek. Menurut Tania, menyalahkan petani dan peladang tidak tepat, kerana majoriti yang berada di bawah CItrus Australia menggunakan saluran pengambilan pekerja yang betul.

“Kebiasaannya, syarikat peladang membayar amaun yang sepatutnya kepada syarikat yang menguruskan pekerja, namun apa yang berlaku, syarikat enggan menyerahkan amaun secara penuh kepada pekerja sebagai pendapatan. Ini mengakibatkan masyarakat Australia dipandang negatif kerana mengambil peluang kewujudan tenaga buruh murah,” kata Tania.

Pengenalan akta dan dasar yang lebih menyeluruh tidak membantu, ujar Tania. Apa yang lebih mustahak adalah sistem yang mampu mendedahkan pihak pekerja untuk mengetahui hak mereka sebagai pekerja asing. Tania menekankan agar pekerja yang masuk faham tentang tanggungjawab, hak dan undang-undang kemasukan pekerja asing Australia.





Apa pun pandangan yang disuarakan, yang kita harapkan adalah pendedahan berkenaan isu ini dapat diperjelaskan lagi melalui maklumat-maklumat yang bakal didedahkan oleh wartawan kita, yang cukup berani membahayakan dirinya sendiri dalam mencari kebenaran dan berkemungkinan menyelamat ribuan rakyat Malaysia yang sudah pasti menyimpan impian ke Austrlia, untuk memetik buah bagi menjana pendapatan tinggi.

Antara yang berlaku apabila wartawan Malaysia membuat penyamaran..
1. Diberi upah 2.00$ ke 2.30$ untuk setiap pokok yang dipetik. Difahamkan juga, perdapatan itu adalah di bawah gaji undang undang.
2. Saiful cuma berjaya memetik sekitar 5 pokok sehari dan jika didarabkan dengan gaji. Cuma cukup untuk membayar rumah sewa 70$ setiap minggu. Rumah sewa yang uzur tanpa pemanas dan disewakan beramai.
3. Jika ada siasatan mengenai polisi atau eksploitasi pekerja asing, kebiasaanya pekerja asing terpaksa membayar wang mereka atau mereka terpaksa dihantar pulang.
4. Susah untuk mendapatkan pekerjaan terus dari ladang itu sendiri memandangkan mereka bekerja secara kontrak yang tidak dikeluarkan Visa untuk mereka



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
12 years of slave film, based on true story..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:18 PM | Show all posts
kira oklah ni rakyat malaysia kena camtu , daripada bangla, china, indonesia mereka lagi kasihan kau2 kena tipu dengan gangster sindiket besar sampai pasport kena pegang makan minum sahaja diberi , gaji langsung tiada memang tak boleh bernafas.

dah datang cara haram, lepas tu menipu buat laporan sebagai pelarian negara dapatkan bridging visa hire peguam lawan court, delay court order bertahun kumpul duit, kalah kes kena denda 70 000 aud, sebelum kena denda lari balik malaysia. nama dah kena blacklist tak boleh masuk australia sebab berhutang denda .

salah satu sindiket penipuan ni akan tumbang tidak lama lagi . menipu boleh dapatkan student visa dengan bayaran RM 12000, menipu duit tambang dan macam2 lagi. muka laki bini akan viral. bukti sedang dikumpulkan. hati2 ye rakyat malaysia scammer sindiket ada di mana mana. mereka ni kebanyakan pelarian malaysia yang kena kejar rakyat malaysia sendiri menipu duit di malaysia larikan diri di australia mengaku pelarian 1mdb punya kes.

ada je pelarian malaysia yang dapatkan bridging visa dengan mengaku sebagai mangsa 1mdb sedangkan dia kena buang kerja gov sebab rasuah pau duit developer. bukti semua ada. kalau wartawan malaysia australia dapat isu penipuan ni memang sedaplah kau laki bini kena balun duk tipu duit orang ramai, lari ke australia mengaku pelarian 1mdb, tipu lagi duit rakyat malaysia di australia dan play victim. matter of time sebelum benda ni di viralkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:12 PM | Show all posts
umbut replied at 15-1-2018 12:59 PM
12 years of slave film, based on true story..

da tengok jugak mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:42 PM | Show all posts
xsemanis yg digembar gemburkan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 05:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 05:37 PM | Show all posts
umbut replied at 15-1-2018 12:59 PM
12 years of slave film, based on true story..

Setakat gaji sedikit dari yang dijanjikan bukan slavery la bongok. Kalau tak suka keadaan atau gaji,mereka boleh cari kerja haram lain kat sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 05:40 PM | Show all posts
pekerja utusan semua orang susah banyak dibelit hutang tapi  ada hati nak gelar orang lain hamba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 05:42 PM | Show all posts
notsospecial007 replied at 15-1-2018 03:42 PM
xsemanis yg digembar gemburkan..

Tak semanis pun masih baik berbanding nasib pekerja Utusan Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 05:48 PM | Show all posts
Kalau ada nasihat agama pun dari ketua kumpulan itu hanya untuk memujuk agar mereka tak belasah kontraktor yang tipu tentang gaji saja
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Urm...kesian kt y betul2 nk keje tu..tp dorg x check dlu ke ngn embassy psl pengambilan pekerja?selalunya nk keje ovc kan kena bt visa keje ke ape ntah tu..lagipun kalau agent x berdaftar,elok lah dihindarkan,tkt2 jd kes mcm ni..ditipu hidup2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 15-1-2018 06:31 PM
pokaibanktokyo replied at 15-1-2018 05:37 PM
Setakat gaji sedikit dari yang dijanjikan bukan slavery la bongok. Kalau tak suka keadaan atau gaj ...


Kaulah yg bongokkkkkkkk
Aku bagi tahu tajuk film je.. cerita bagus.. ada aku kata relate 100% thread ni
Bongokkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 15-1-2018 12:59 PM
12 years of slave film, based on true story..

Waaah tq bgtahu!! Tak sangka fassbender dlm cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah uzur, kongsi 11 orang teruknya lah life
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:04 AM | Show all posts
umbut replied at 15-1-2018 06:04 PM
Kaulah yg bongokkkkkkkk
Aku bagi tahu tajuk film je.. cerita bagus.. ada aku kata relate 100% t ...

engkau sebut tajuk filem itu kat sini sebab engkau nak relate la bahalol

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:45 AM | Show all posts
dh kenapa ade porumer baru sesedap jiwa kacau nk bongok2kan org, dtg rumah org terus nk membelasah ckp mcm lava tongong?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 15-1-2018 06:04 PM
Kaulah yg bongokkkkkkkk
Aku bagi tahu tajuk film je.. cerita bagus.. ada aku kata relate 100% t ...

Kau lah yang bongok!
Out of topic dok tepek tajuk filem tu pekajadahnya sial.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 15-1-2018 05:32 PM
Cerita lama ini dah banyak topik ada la bodoh. @jiwarasa

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mo ...

Kau lah yg bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 04:24 PM | Show all posts
hek eleh memperbodohkan org dlm forum jek mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 05:09 PM | Show all posts

Lu lagi sekor bahalol macam indon babu pembuka topik ini

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.085421 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list