CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3902|Reply: 22

Tindakan Seorang Guru ViralKan Video Kelakuan Murid Timbul Pelbagai Reaksi Kuran

[Copy link]
Post time 29-1-2018 05:13 PM | Show all posts |Read mode




Wajarkah Tindakan Guru Viral Kelakuan Murid Di Kelas?
DISEDARI atau pun tidak, ada segelintir guru sekolah zaman sekarang yang gemar merakam dan memuat naik kelakuan pelajar mereka untuk dipertontonkan kepada orang ramai melalui laman sosial.
Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah rakaman yang menyaksikan seorang guru yang dilihat seronok ‘membuli’ muridnya di dalam kelas dan kemudian bertindak menyebarkan videonya pula.
Menerusi rakaman video itu, guru berkenaan pada mulanya dilihat hanya menyakat murid berkenaan sehingga menangis sebelum menyuruhnya pulang ke rumah.
“Rindu? Haaa… Cakaplah rindu. Lepaih tu? Nak balik la? Nak peluk mama?” usik guru itu.


Murid itu kemudiannya dilihat sebak dan menangis ekoran tidak tahan diusik oleh guru berkenaan.
Video tersebut tular sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menganggap tindakan itu tidak wajar.
Bukan itu sahaja, malah ia juga mampu menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid termasuk gangguan emosi.
Seorang guru sepatutnya perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada murid agar dapat belajar dengan rajin. Bukannya, ‘membuli’ kemudian menularkannya pula untuk dijadikan bahan ketawa ramai.
Apakah kesan psikologi yang dilalui kanak-kanak terbabit pada masa kini dan pada masa akan datang dalam hidupnya?
Para guru kerap kali bersungguh menekankan dan mengajar mengenai pentingnya murid menghormati mereka, namun bagaimana pula guru menghormati anak murid?
Walaupun anak murid anda masih muda, namun itu tidak bererti boleh buat apa yang anda suka tanpa mengambil perasaan mereka.
Tidak boleh main rakam apa-apa sahaja sebagai bahan lawak. Hormat-menghormati istilah yang tepat dan bukan hormat satu hala sahaja.
Video guru yang memalukan anak muridnya ini sengaja kami siarkan. Bukan kami mahu tularkan tetapi kami mahu pembaca Mynewshub menilai sendiri sikap guru dalam klip terbabit.
Pandangan kami guru seperti ini sepatutnya dipecat.
Kalau anda rasa ia adalah jenaka, maka berikan galakan kepada guru jenis ini untuk terus merakam dan memalukan anak murid mereka sehingga suatu hari nanti anak, adik atau saudara mara anda pula yang menjadi mangsa.
Mungkin ketika itu anda akan faham bukan hanya guru perlu dihormati, tetapi anak murid mereka juga.
Anda seorang guru itu niatnya murni memuat naik sesuatu ke lama sosial maka ia boleh diterima.
Contohnya ingin orang ramai membantu anak muridnya yang mengalami kekangan kewangan untuk belajar, memerlukan bantuan perubatan dan sebagainya.
Itu boleh diterima malah harus digalakan. Namun yang jenis hendak bagi orang ketawa tanpa mengambil kira kesan psikologi ke atas murid, seharusnya dikenakan tindakan tegas.
Bagaimana pendapat anda dalam isu ini? – MYNEWSHUB.CC/AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde akta ke yang membolehkan tindakan di ambil?
Parents boleh tak saman kalau anak dia dibuli macam ini?
Parents pun tak ambil video anak kemudian viral/jaja seantaro dunia.. ni cikgu pulak yang memandai.
Patut la profesion guru di pandang enteng oleh sesetengah masyarakat... perangai cikgu pun sakai benar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa org share video ni kat wasap..xsampai ati nak tgk..mcm kena buli cara halus je adik ni...ksian dia..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 29-1-2018 05:35 PM
Takde akta ke yang membolehkan tindakan di ambil?
Parents boleh tak saman kalau anak dia dibuli mac ...

Pindah sek je.....

Cikgu buat apa pun, pindah sekolah je....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya cikgu.....

Umur kau brp nak ejek budak umur 7tahun...


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp la cikgu skrg ramai yg bodoh2 ek? Beza ngan cikgu zaman dulu kala... profesion cikgu adalah profesion yg dihormati, beza ngan cikgu zaman skang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 06:20 PM | Show all posts
Ban cikgu2 dari bawak henpon masuk kelas...mcm beruk dapat henpon..semua nak rekod...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik2 lg cikgu2 mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2018 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar sora cikgu pun geli.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 29-1-2018 05:40 PM
Pindah sek je.....

Cikgu buat apa pun, pindah sekolah je....

Psiko sampai libatkn kematian pun sekadar tukar ke ppd je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 06:52 PM | Show all posts
aku doakan apabila cikgu ini ada anak dan bersekolah, anak dia pula y kena macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 07:00 PM | Show all posts
Tak sepatutnya dia diperlakukan sebegitu.  Ni mesti geng gigih nak dapat like dan pujian tapi malang tak dapat sepertimana yang diharapkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu Dulu dengan cikgu sekarang banyak sangat bezanya...
Cikgu skg banyak bengong nokharem ja perangai
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 07:44 PM | Show all posts
kalo komen lebey2 kang merempan lak persatuan cikgu porum cari
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadika anak meols ade suruh sign surat kebenaran utk guna gambar anak di tadika untuk tujuan promosi. Mmg tak la.... jadi kalu ade apa2 aktibiti..cikgu personally anak hantar tru wasap.
Ni terang2 cikgu sebarkan video anak murid ni da mintak kebenaran penjaga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 12:45 AM | Show all posts
aku paling menyampah dengan manusia macam ni...dengar suara cikgu ni dah boleh tau golongan yang jenis suka membuli..tahiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2018 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 29-1-2018 06:03 PM
Knp la cikgu skrg ramai yg bodoh2 ek? Beza ngan cikgu zaman dulu kala... profesion cikgu adalah prof ...

Tu xmasuk lg dgn pkaian ketat, mekap 10 inci. Geli betul iols dkt cikgu2 pkai ketat
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 09:16 AM | Show all posts
greantea replied at 29-1-2018 10:52 AM
aku doakan apabila cikgu ini ada anak dan bersekolah, anak dia pula y kena macam ni.

I nak amin-kan. Amin!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 09:31 AM | Show all posts
sudah dapat kenalpasti kah siapa guru ini?
kesian parent budak tu
sure malu anak kena viral
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 10:48 AM | Show all posts
Ni kot video yg wife aku tunjuk smlm...

dgr mcm bdk tu nangis ckp nak kawin dgn mak dia..pastu dgr suara kawan2 dia gelakkan...
Serius tak paham kenape nak saiko bdk2 kecik camtu...
lagikla nanti budak tu taknk pg sekolah...satu keje plak nanti parent dia nak kena pujuk

biasala kalo yg baru darjah1 tu merengek nak blk..time aku dulu pon ade
bapak dia antar tp taknk masuk kelas..last2 trus bapak dia bwk blk..


harap ppd amik tindakan kat cikgu bangang ni..sket2 nak rakam viralkan



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.060680 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list