Nota: Thread ini adalah sambungan daripada thread pertama iaitu 'Terbang di Eskalator'. Jika anda newbie kepada kisah Keluarga Kek's, anda digalakkan mengkhatam keseluruhan isi kandungan dalam thread pertama tersebut. Banyak maklumat menarik yang dikongsikan oleh para forumer. Jika anda tertanya-tanya kisah di sebalik 'buah epal' dalam artikel ini, sila baca bermula dari post #2508, dan ke atas. Selamat Membaca. Sila klik Link di bawah: https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1082912&extra=page%3D3
Pada artikel kali ini penulis menggunakan kapsyen berbahasa Inggeris sebagai tanda kagum kepada pencapaian Hairul Azreen kerana berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok pelakon filem aksi di Hollywod.
Perkhabaran gembira dan membanggakan ini dikongsi oleh Hairul ketika wawancara dengan para media serta kemaskini status di laman sosial dengan tagline ‘Hairul to Hollywood’. Pencapaian luar biasa ini seharusnya di rekod di dalam The Malaysia Book of Records dalam kategori Seni & Hiburan sebagai pelakon lagak ngeri tanahair pertama beraksi di bawah label penerbitan filem antarabangsa.
Program Realiti Terbaharu Memaparkan Skill Keibubapaan Yang Efektif
Baru-baru ini Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha telah muncul dengan sebuah program realiti kekeluargaan.
Program ini memaparkan aktiviti harian kedua anak pasangan ini, Bujibu Chempel dan juga Yusuf Iskandar.
Dalam program ini juga Hairul dan Hanis berkongsi tips serta petua keibubapaan efektif yang diamalkan dalam membesarkan kedua anak mereka .
Hebat Hairul dan Hanis kerana menjadi ikon pasangan muda yang mempunyai skill dan pengetahuan keibubapaan yang tinggi sehingga mampu muncul dengan dua program realiti kekeluargaan.
Menyusuri Laman Sosial Keluarga Ini
Kerana keterujaan penulis untuk menjadi orang pertama mengamal dan mencontohi kaedah pengurusan keibubapaan pasangan ini, penulis telah menyusuri laman sosial keluarga ini untuk mencari tips yang relevan dan praktikal untuk dikongsi dengan pasangan.
Namun begitu sebaik bermula sahaja penyusuran, penulis terkesima dengan apa yang penulis temui.
My Punching Bag
Dalam video ini, Hairul Azreen menulis kapsyen ‘My Punching Bag Yusuf Iskandar’.
Aksi yang ditunjuk amat mengejut dan mengerunkan.
Penulis tidak pasti adakah ianya satu kaedah ‘senaman’ baharu untuk menguatkan otot di bahagian abdomen bayi kerana dada Yusuf kelihatan turun naik dengan kencangnya. Aksi tersebut berakhir dengan hempapan padu ke atas tubuh bayi kecil tersebut.
Penulis tahu tumbukan tersebut hanyalah tumbukan angin. Namun jika ianya tersasar dan mengena tepat ke sasaran, apakah akibatnya?
Ini nasihat peribadi penulis kepada sesiapa yang berkenaan.
Individu yang berkecenderungan menulis kapsyen dan melakukan aksi sebegitu harus dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Walaupun niatnya hanya untuk bergurau, tetapi dibimbangi ianya adalah petanda awal kepada sesuatu yang memudaratkan di masa hadapan jika ianya tidak ditangani sedari awal.
Memaparkan Aksi Ganas Di Hadapan Anak
Pada tahap umur seperti Yusuf Iskandar, otak mereka umpama span yang menyerap semua yang ada di persekitarannya.
Anak akan meniru setiap aksi ganas, lasak, dan gaya percakapan kerana terkeliru menyangka inilah perlakuan normal yang harus diikuti, bak kata pepatah ‘Children See Children Do’.
Hairul juga sering berkongsi momen beliau bermain permainan konsol sambil ditemani oleh Yusuf. Penulis cuba bersangka baik. Mungkin genre permainan tersebut sesuai untuk tontonan anak seusia Yusuf. Pesanan untuk Hairul dan Hanis, memantau apa yang ditonton oleh anak adalah juga sebahagian dari ‘parenting’.
Pengabaian Keselamatan Anak dan Tidak Menunjukkan Contoh Baik di Hadapan Anak dan Masyarakat
Pada pengamatan penulis, pasangan ini sering cuai dengan mengabaikan keselamatan anak. Mereka sebagai ibu bapa tidak menunjuk contoh baik kepada anak apabila sering tidak mengenakan tali pinggang keselamatan ketika di dalam kenderaan. Malah yang terkini, Yusuf juga sering dilihat tidak memakainya di dalam kenderaan yang sedang bergerak.
Dalam video di bawah, Yusuf tidak dipakaikan jaket keselamatan ketika berada di dalam sebuah bot laju.
Pasangan ini juga sering melakukan aksi yang merbahaya ke atas anak mereka.
Bukan setakat itu sahaja, Hairul sebagai ketua keluarga dan 'public figure' gagal menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Yusuf Iskandar dan ‘Paket Kecil’
Pasangan ini kerap memuatnaik video dan gambar anak mereka, Yusuf Iskandar sedang menikmati sesuatu berupa 'paket kecil’ berwarna putih berbelang merah.
Screenshot Credit to @brainbiru
Screenshot Credit to @brainbiru
Penulis tidak tahu apakah isi kandungannya.
Mungkin Hairul dan Hanis boleh menjelaskan kepada orang ramai apakah isi kandungan dalam paket tersebut, serta khasiat dan kesannya kepada perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak.
Bukti kajian klinikal harus dilampirkan bersama ketika sesi penjelasan tersebut.
Bujibu Chempel
Bujibu Chempel adalah anak sulung pasangan ini. Ia dijadikan anak angkat keluarga ini dan berasal dari negara Russia.
Dalam video ini, penulis terharu melihat layanan ‘baik’ pasangan ini kepada Bujibu. Penulis tidak pasti apakah dalam video ini Bujibu sedang didenda kerana nakal atau ada sebab yang lain.
Pasangan ini seharusnya sedar, seorang anak sepatutnya dibelai dan dimanjai, bukannya diperagakan sedemikian rupa di khalayak ramai, di kawasan terbuka yang terdedah kepada habuk, bakteria dan kepanasan. Apatah lagi dikurung dalam ruangan sempit tanpa disediakan bekalan makanan dan minuman.
Melihat kepada scene yang tidak menyenangkan ini, penulis dan team cuba untuk merungkai sesuatu.
Kami mulakan dengan membuat lakaran ‘Family Tree’ Bujibu.
Apa yang mengejutkan di akhir lakaran tersebut, kami berjaya menghasilkan sepohon pokok epal yang ‘rendang dan berbuah lebat’. Tidak diketahui di manakah semua stok buah epal tersebut kini berada.
Harap pasangan ini dapat menjelaskan kepada orang ramai dipeti sejuk rumah siapakah kesemua buah epal tersebut disimpan. Atau anda mahu penulis mendedahkan hasil risikan kami kepada umum?
Penutup
Jambatan Pulau Pinang tidak dibina dalam masa sehari. Begitu juga skill keibubapaan yang baik. Ia memerlukan masa.
Apa yang penting untuk menjadi ibubapa yang efektif dan cemerlang, anda haruslah sentiasa belajar dan menimba ilmu. Tidak guna jika anda sering memberi pelbagai tip, teori dan petua kepada orang lain tetapi keluarga sendiri tidak mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.
Kepada pihak yang berkenaan, sebelum mengangkat ‘sesuatu’ itu sebagai ikon atau idola, selidiki dulu latar belakang, luar dan dalamnya. Jangan tunggu sehingga netizen seperti penulis membuat pendedahan, barulah anda hendak membuka mata.
Jadikan kisah ‘si keluarga ketam’ sebagai panduan untuk kita semua.
Hairul nih dah mcm berkiblatkan Kek Nis... cara aku tgk depa dalam Meletop aritu...nampak mcm herul ni mmg x amik port dgn segala kecaman netizen....korang cakap la apa pun...buat la research berkajang2 pun...bg dia as long as kek nis x tegur dia ok ja... ..lantak pi laa...
Post time 15-2-2018 08:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
X rasa nak tgk rancangan die tu.. boring nye bkn ape.. anak baru 1.. jd pon x lg.. dah gigih bg parenting tips sana sini.. kalau ebu babypedia tu tgk sbb tips tu bkn dr ls-yusry.. tp drp pakar.. diorang berlakon blk.. yg tomok punye pon tah pa pe.. x best..
Baru ni aku pon ada bawak anak gi bercuti naik bot. Melalak juga la first time sarung life jacket. tapi aku x peduli & pakaikan jugak sebab masing2 xde skill berenang.
Lagi satu yang dia dok exercise keliling anak. dia tahu tak anak dia tu fragile lagi. buatnya dia silap langkah pastu jatuh atas anak, xke naya. Aku x pernah tengok pulak fitness figure macam Kevin Zahri buat benda bodoh camni, setakat guna anak as "beban" ada la.
Post time 15-2-2018 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
JiEunTak replied at 15-2-2018 08:46 AM
Hairul nih dah mcm berkiblatkan Kek Nis... cara aku tgk depa dalam Meletop aritu...nampak mcm herul ...
Gitulah dah kawen ngn jock (captain rumah sukan versi malaysia)..bimboy to the max ,with muslces n decent face yg popular nikah plak ngn popular pretty girl (mcm high school plak)so walking on a cloud nine je lah kekdahnyaaaa....ade dia kesah rakyat marhein tulis tesis ttg tingkah laku dia esp membesarkan anak2