|
|
"Eh, kesiannya muka merah-merah. Nanti saya belanja cendol okey."
Wah, nampaknya terbukti bahawa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan sememangnya seorang menteri yang melucukan dan boleh dibawa bergurau.
Kenapa?
Yalah, lihat sahaja skil memasak yang sering ditayangnya menerusi laman Twitter, semuanya 'meletup' dan mendapat perhatian netizen.
Terbaru, blogger video dari United Kingdom, Rhys William berkongsi swafotonya bersama menteri itu di laman Twitternya.
Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah 'kecomelan' Rhys, sebaliknya jenaka Awek Cendol yang dibuat Ahmad Maslan.
Ramai yang tercuit dengan kata-kata Ahmad Maslan kepada Rhys itu.
Dalam masa sama, sempat juga netizen berseloroh menyuruh Rhys mencuba sambal telur durian serta menyuruhnya meminta resipi nasi goreng Ahmad Maslan.
Minta resipi nasi goreng tak?
Ada juga yang bergurau mengatakan tindakan Rhys bergambar dengan menteri berkenaan menyebabkan dia kehilangan beberapa peminat.
 Foto: Twitter
Setuju tak Ahmad Maslan memang seorang yang melucukan? - CARI |
|