CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1605|Reply: 6

Tetak Wanita Kerana 'Berhalusinasi' Disihir

[Copy link]
Post time 27-4-2018 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Dua wanita parah ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mendakwa kononnya disihir salah seorang daripada mangsa.


Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah rumah kongsi di Ladang Harus Abadi, Kinabatangan, malam Isnin lalu.


Mangsa, Bunga Sahade, 65, cedera di belakang kepala, bahu, tangan kanan dan siku kiri serta mengalami tulang patah, ibu jari tangan kiri luka dan patah serta hujung jari kiri putus, manakala Murni Yusup, 43, cedera di bahagian belakang kepala, luka dan patah pergelangan tangan kiri.













“Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa pertama (Bunga) tinggal bersama dalam sebuah rumah kongsi, tetapi berasingan bilik. Mereka tiada hubungan pertalian keluarga.

“Ketika kejadian, suspek dikatakan menyerang mangsa pertama ketika mencuci kuali di bahagian luar rumah manakala mangsa kedua (Murni) diserang ketika menutup jendela rumahnya,” kata Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat.


Susulan laporan, polis menahan suspek warga Indonesia itu di lokasi kejadian pada 2.30 petang 24 April lalu.


Polis turut merampas sebilah parang yang digunakan ketika menyerang mangsa.




Foto: BH Online



“Ujian air kencing suspek berusia 30 tahun itu positif dadah dan soal siasat mendapati dia menyerang mangsa kerana mendakwa berhalusinasi kononnya disihir salah seorang mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Disihir pale otak ko. Ni la taik dadah. Jenis tak guna punya yindon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
indon with schizo?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:20 AM | Show all posts
dadah ke..mmg berhalusinasi la citenye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:22 PM | Show all posts
gila! pemarang mu pun lain macam saja. home made ka?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:12 PM | Show all posts
dah main dadah nak feeling2 delusional pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 03:23 PM | Show all posts
Ladang Harus Abadi


uniknya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43623 Replies : 572
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35413 Replies : 20
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11697 Replies : 11
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.461566 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list