Siapa sudah menonton filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War? Betulkah 'gempak gila' sebagaimana diperkatakan orang ramai?
Eh, mestilah gempak. Kalau tidak, tiadalah semua tempat duduk penuh. Terlewat sedikit sahaja, memang melepaslah nak tonton filem itu!
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini, berkongsi pengalamannya terpaksa duduk di kerusi hadapan sekali kerana tempat duduk lain sudah selamat 'dikebas' penonton lain.
Berdenyut bhai duduk depan sekali
'Fenomena' ini berlaku di AEON Rawang. Sejak ditayangkan hingga kini, panggung wayang di pusat membeli-belah itu memang sesak dengan orang ramai yang mahu menonton filem berkenaan, sekali gus membuktikan ia harus ditonton!
"enangan Avengers: Infinity War," tulis Fendy Mojo.
Aduh, kalau tempat duduk tengah pun sudah sakit tengkuk, inikan pula depan sekali? Gigih Fendy tahan hingga tamat ya?
Difahamkan, pusat membeli-belah itu menjadi tumpuan penduduk sekitar Rawang, malah turut diserbu penduduk dari Serendah dan Tanjung Malim memandangkan ia satu-satunya panggung wayang terdekat.
Orang macam semut!
"Yang dari bandar Rawang, Serendah, Tasik Puteri, Tanjung Malim semuanya datang AEON Rawang. Mana tak sesak dengan manusia," komen netizen.
Foto: Twitter
Siapa lagi yang tak boleh tonton Avengers kerana masalah sama di tempat anda? Bagaimana pula dengan yang seduah menonton, berbaloi tak? - CARI
|