Edited by Kangkung1M at 11-6-2018 03:32 AM
Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Masih Belum Berdaftar Sebagai Pengundi Tetapi Gila Mencari Publisiti Tentang Isu Pilihan Raya Dan Kenegaraan. Netizen Mulakan Kempen #boikotfakerulnfakenis #attentionseeker
Kita mulakan dengan kisah Hanis Zalikha.
Hanis Zalikha merupakan seorang bekas penulis blog, dan beliau pernah menulis satu entri bertajuk ‘Mesej Rakyat ke Rakyat’.
Entri tersebut menyeru orang ramai untuk mendaftar dan keluar mengundi ketika pilihan raya umum.
Di bawah ini entri yang penulis maksudkan.
Sumber Informasi Kredit kepada @brainbiru
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei tempoh hari, telah tular di media sosial tentang Hanis dan pasangannya, Hairul Azreen yang rupa-rupanya masih belum berdaftar sebagai pengundi.
Maka apakah tujuan Hanis menulis entri seperti ini konon sebagai mesej dan pesanan kepada orang lain, tapi diri sendiri tidak mengamalkannya?
Dan ini membuatkan penulis berfikir.
Bagaimana pula dengan ribuan jutaan tip, nasihat, mesej dan panduan yang telah Hanis sogokkan kepada para pengikutnya selama ini. Adakah semuanya itu hanya tulisan hasil gugelan dan bacaan semata-mata, dan bukan berdasarkan pengalamannya sendiri? Malah yang lebih menjengkelkan, Hanis sebagai admin kepada akaun Instagram anak sulungnya, Bujibu, telah memuat naik satu post yang seolah-olah mempersendakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara untuk keluar membuang undi.
Apakah relevannya gambar dengan kapsyen begitu dimuat naik oleh seorang individu yang bukan sahaja tidak mengundi, malah tiada inisiatif untuk mendaftar sebagai pengundi?
Adakah Hanis ingin mempromosikan propaganda bahawa mengundi itu adalah hak individu di bawah undang-undang negara?
Benar betul, tidak mendaftar dan tidak keluar membuang undi ketika pilihan raya umum adalah hak individu terbabit. Malah tiada undang-undang yang boleh mengheret individu tersebut ke mahkamah.
Tapi kenapa Hanis menulis entri di dalam blog tentang seruan mendaftar dan mengundi tapi diri sendiri tiada niat untuk mempraktikkan apa yang ditulis itu?
Malah dalam penulisan Hanis, siap mencerca golongan berusia yang tidak mendaftar dan mengundi:
I tahu, ada yang tua bangka tapi tak daftar lagi kan? Beria gebang kedai kopi tapi tak undi. Betapa ruginya, satu undi itu tidak dimanfaatkan untuk mengubah nasib penduduk setempat. Tak nampak signifikasinya satu undi dari anda itu? Bak kata Dalai Lama, “If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito in the room.”
Malah menggunakan perkataan hiperbola seperti kezaliman, suffer, susu sebelanga dan kalsium bagi memberi gambaran betapa besarnya kesan yang bakal berlaku jika seseorang individu itu tidak menjalankan tanggungjawabnya membuang undi:
Mengundi patut dilihat sebagai satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya. Andai anda tidak mengundi dan daerah anda jatuh kepada tangan yang zalim, mungkin tidak mengapa kalau anda seorang yang suffer. Tapi realitinya, tidak. Anda tidak mengundi, tak mempraktiskan hak anda, boleh rosak susu sebelanga terus takde siapa dapat kalsium.
Apakah pegangan dan falsafah hidup Hanis selama ini? Menulis untuk populariti, wang atau nama? Atau 'passion'?
Adakah Hanis selama ini menulis tanpa punya sifat bertanggungjawab dalam setiap penulisannya? Sebab kalau ada rasa tanggungjawab, kenapa tidak mempraktikkan apa yang ditulis itu?
Cukuplah dengan kisah Hanis Zalikha. Sekarang masuk kisah pasangannya, Hairul Azreen.
Hairul seperti mana Hanis, juga masih belum berdaftar sebagai pengundi.
Pada 9 Mei, hari di mana yang muda, yang berusia, yang bertongkat, yang berkerusi roda, yang mengendong anak kecil, yang sihat, yang kurang sihat, semuanya berbondong-bondong keluar mengundi untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia.
Tapi Hairul dengan penuh bersahaja memuat naik post mempromosikan permainan konsol Mobile Legends, malah mengajak para peminat untuk turut serta bermain bersamanya.
Sepatutnya Hairul menyeru mereka keluar membuang undi pada hari tersebut, bukannya berkurung di rumah melayan permainan konsol. Ok takpe, penulis faham, #TheBestNeedARest.
Dan bila sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, tanpa rasa malu atau bersalah, Hairul menjadi orang pertama memuat naik video dan gambar beliau bersama Tun Mahathir di Instagram dan Instastory dengan kapsyen penuh patriotik ‘saya bangga menjadi anak Malaysia, idola saya, contoh terbaik saya, we love you’ yada yada yada.
Beribu kali mengulang perkataan idola, tapi kenapa kamu tidak mengundi jika kamu betul beridolakan Tun?
Hairul, jika kamu mengambil sikap mendiamkan diri, netizen tidak akan peduli sama kamu mengundi atau tidak. Tapi kerana kamu terlalu kuat berkompang dan gilakan publisiti seperti ini, maka netizen mula melakukan siasatan ke atas diri kamu dan isteri.
Sebagai mana isterinya, Hairul juga seorang individu yang dikenali sebagai kuat ‘sembang gebang’. Konon dalam diri berjiwa Paskal, penuh patriotik dan bersemangat waja, mempunyai rasa kecintaan tidak berbelah bahagi kepada tanahair sampaikan #NegaraKeluargaSama, malah mengelar diri sendiri sebagai seorang anggota komando laut.
Tapi realitinya daftar undi pun belum lagi.
Bukan itu sahaja, konon untuk mempamerkan semangat patriotik yang menebal dalam diri, Hairul telah menggunakan gambar beliau mengenakan pakaian seragam anggota keselamatan negara sebagai 'display profile' untuk akaun-akaun media sosial yang dimilikinya.
Dan yang paling keterlaluan, Hairul telah mula mengeluar dan menjual T-shirt edisi khas dengan grafiknya berupa tengkorak memakai 'Reddish Purple Beret' Paskal sebagai memperingati pembabitannya dalam produksi Paskal The Movie.
Penutup
Ada seorang rakan forumer menceritakan kepada penulis bahawa antara pengikut tegar pasangan selebriti ini adalah seorang remaja berusia 13 tahun.
Remaja tersebut meninggalkan komen bahawa dia terlalu mengidolakan pasangan ini, dan bercita-cita menjadi seperti mereka apabila dewasa kelak, yakni hidup serba serbi mewah dan gah, sampaikan anak sulung pun mempunyai ruangan sendiri yang saban waktu akan dipasang penghawa dingin dan dipertontonkan rancangan televisyen kesukaannya:
Tapi realiti di sebalik tabirnya dik,
Renung-renungkan. #boikotfakerulnfakenis #attentionseeker
|