Edited by rohayatimat at 5-7-2018 02:28 PM
Melancong bersama keluarga di luar negara merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan sekembalinya daripada bercuti nanti. Oleh itu perancangan yang rapi perlu dibuat sebelum berangkat terutamanya bagaimana untuk menyediakan makanan kepada semua ahli keluarga.
Sekiranya anda memilih destinasi negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam, persolan utama perlu difikirkan ialah makanan halal. Bukan senang untuk mendapatkan makanan halal di negara-negara sebegini, kalau ada pun harganya agak mahal berbanding dengan mata wang kita.
Tambahan pula untuk mencari tempatnya mungkin mengambil masa dan lokasinya pula mungkin agak jauh daripada tempat penginapan. Bagi anda yang tidak bercadang untuk menyediakan makanan sendiri, sebaiknya tempat penginapan yang dipilih berhampiran dengan masjid. Kawasan sekitarnya pasti ada menjual makanan halal terutamanya makanan Pakistan.
[size=18.6667px]Manakala sekiranya anda memilih untuk menyediakan makanan sendiri, mungkin beberapa tip di bawah boleh dijadikan panduan:
- Sediakan satu (1) beg untuk mengisi makanan yang akan dibawa, sebaiknya jangan campurkan makanan tersebut dalam beg pakaian. Senaraikan barangan yang dibawa dalam sekeping kertas untuk memudahkan pihak keselamatan memeriksa barangan yang dibawa apabila meminta kita ikrarkan apa yang dibawa.
- Pastikan makanan yang dibawa ada maklumat ramuan/ingredients. Sesetengah negara amat peka akan perkara ini, kerana ada sesetengahnya tidak membenarkan beberapa produk luar dibawa masuk seperti contoh Australia dan New Zealand yang tidak membenarkan membawa masuk sebarang produk kekacang, tenusu, madu, pisang dan buah-buahan lain, bunga cengkih dan lain-lain lagi.
- Pastikan anda menempah penginapan yang berkonsepkan hotel apartmen, kebanyakannya penginapan sebegini menyediakan satu ruang khas untuk memasak dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti peti sejuk besar (dalam bilik), dewan makan dengan kemudahan dapur untuk memasak, periuk, kuali, dan lain-lain lagi.
- Setibanya tempat menginap, dapatkan maklumat mini market atau pasar raya yang menjual makanan mentah halal, juga bagaimana hendak ke sana.
- Dapatkan maklumat kedai serbaneka yang menjual barangan asia, kebanyakan kedai ini memaparkan papan tanda ‘Asian Store’ yang menjual pelbagai jenis makanan yang ada di Malaysia seperti beras, ikan bilis, rempah kari, santan segera, kicap dan lain-lain lagi produk keluaran negara kita.
- Bawa makanan segera seperti mee segera dan lain-lain yang mengcukupi sepanjang tempoh bercuti.
- Bawa bersama pes segera seperti sambal tumis/ibu sambal untuk memudahkan kerja-kerja memasak. Pastikan produk tersebut tertera ramuan/ingredients pada labelnya bagi memudahkan pihak berkuasa mendapat maklumat
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda bila bercuti nanti, jadikan percutian ke luar negara bersama keluarga tersayang satu nostalgia yang cukup indah. Mungkin itulah kali pertama dan terakhir kita ke sana, manfaatkan peluang yang ada semaksima mungkin. Selamat bercuti…
Tunggu artikel seterusnya pengalaman menyediakan makanan ketika bercuti selama 12 hari di New Zealand, baru-baru ini...
|