CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5575|Reply: 20

Gara-Gara Lentuk Di Bahu Remy Ishak, Sharifah Sakinah Persoalkan Akidah?

[Copy link]
Post time 2-7-2018 03:48 PM | Show all posts |Read mode



Untuk menjadi pelakon yang bagus, memang banyak yang perlu dikorbankan. Selain terpaksa berkorban masa dan tenaga, pelakon juga perlu mengikut arahan Pengarah Drama/Filem bagi menjayakan sesuatu watak. Jika aksi pergaduhan boleh tahan lagi, tetapi bagaimana jika aksi suami isteri yang memerlukan adengan sentuhan romantis dan sebagainya?



Mungkin bagi yang terlibat dalam industri seni, ia tidak apa-apa, namun bagi sesetengah penonton, aksi pelakon bukan mahram adalah mengjengkelkan. Lebih teruk, jika pelakon tersebut mempersoalkan akidah seperti Sharifah Sakinah dalam status terbarunya di Instagram.




Foto : IG Sharifah Sakinah





Mesti ramai yang terkejut dengan pengakuan berani Sakinah ini kan? Biarpun terkenal dengan watak 'bimbo' serta karektornya yang suka cakap lepas, namun bila membabitkan ulasan mengenai akidah pastinya mengundang pelbagai komen yang bercampur baur.


Ada sahaja peminat Sakinah yang memahami dan menyokong tuntutan kerjaya tersebut.








Bagi yang mementingkan soal halal dan haram, kenyataan Sakinah itu seperti mencabar akidah itu sendiri.










Sementara itu, ada juga netizen yang menyindir segelintir yang memberi komen seolah-olah diri mereka tiada dosa.








Namun, ada juga netizen yang meminta Sakinah tidak memberi sebarang komen yang akan lebih memanaskan lagi keadaan.




Ada pula yang memberi cadangan supaya badan agama campur tangan dalam hal ini serta memboikot drama sebegini.










Ya, persoalan agama yang dangkal sebegini tidak harus dilontarkan kerana ia hanya membuatkan keadaan menjadi lebih keruh. Semoga Sakinah lebih berhati-hati di masa hadapan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 04:05 PM | Show all posts
Saja bagi up nama. Dah tahu akan kena kecam tetap upload. oklah kina lantak hanglah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 04:13 PM | Show all posts
"Demi tuntutan kerja (dalam lakonan sajork) takper, tak haram pun".









Bak kata Lobenak
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 04:18 PM | Show all posts
kalau kerja kata kena buka baju camne?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 04:24 PM | Show all posts

apa lah yg diharap sgt netizen kat artis
betul la tu dr pandangan dia, da tu keje yg dia pilih..kena la ikut skrip/arahan pengarah
kalau tk baik la dia jadi ustazah ker..penceramah agama ker..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Husband dia cool. Tapi kinah tak cool tak tolong jaga aib husband dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2018 05:19 PM | Show all posts
alasan berlakon tak menghalalkan perbuatan ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 06:49 PM | Show all posts
sendiri up status yang meminta hencap
upload picture dan buat bodoh saja sudahlah
dah tahu kebanyakan komen akan berunsur negatif
perlukah provoke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2018 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak upload, upload je la.. perlu ke nak justify bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Word of the week: aqidah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 09:25 PM | Show all posts
pada aku

utamakan kerja dari agama, selagi kerja itu bukan jenayah,

siapa nak bagi makan jika tak ada duit kerana ikut perintah agama

jika nak ikut agama, wanita kena selubung seluruh tubuh,
betul tak ?


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki sheol ni jenis jantan yg turn on bila tgk wife dgn org lain ke?? Rilek je bini dipeluk jantan lain2. Lg2 dgn aiman hakim
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 11:00 PM | Show all posts
gekkou replied at 2-7-2018 06:49 PM
sendiri up status yang meminta hencap
upload picture dan buat bodoh saja sudahlah
dah tahu kebanya ...

Exactly. Nak tertonggeng ker terlentang ker go ahead,  buat bodoh & tak yah justify/ explain. Ko konar kut celah mana mmg kena hencap punya, might as well buat bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2018 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Good one kinah
Wpun menyampah dgn kinah kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa laki dia suka tgk bini dia peluk2 dgn jantan lain.. or mmg laki dia pun suka peluk pompuan lain, tu yg dia tak tegur sakinah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nape kinah sorg yg kena hentam. wemy yg pinjamkan bahu patut kena hentam sama. mentang2 la wemy single #bias hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2018 08:29 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 2-7-2018 04:18 PM
kalau kerja kata kena buka baju camne?

kalau kena bukak baju nnt kua plak statement nangis2,,ckp sy masih ade agama,xkan buat watak mcm tu...bla bla bla....

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 08:40 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 2-7-2018 04:18 PM
kalau kerja kata kena buka baju camne?

kalau kena bukak baju nnt kua plak statement nangis2,,ckp sy masih ade agama bla bla bla....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosevelvet at 3-7-2018 08:47 AM
zuri154 replied at 3-7-2018 08:21 AM
nape kinah sorg yg kena hentam. wemy yg pinjamkan bahu patut kena hentam sama. mentang2 la wemy sing ...


Sbb remy x kecoh nk justify. Org dh phm kot kerja pelakon mcm tu sbb kalu ko baik xkn ko buka aurat n bsentuhan kan. And org x expect pun ko justify knp ko buat benda2 haram tu. Tp bila ko sdiri sibuk nk justify knp ko buat mnde haram, as if ko nk bgtau apa yg Allah suruh tu x semestinya kena ikut sbb ko ada alasan tsendiri. Mmg kena hencap la kinah. Tp rsnya mmg dia ni sngaja meminta kena hencap. Btw kinah, simpan jer la justification tu time kena soal nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2018 08:53 AM | Show all posts
Alais replied at 2-7-2018 09:25 PM
pada aku

utamakan kerja dari agama, selagi kerja itu bukan jenayah,

wow!!
ko bukan islam kan?
tak pe lah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057135 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list