Pelakon darama Gerak Khas, Nizen Ayob menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pada pukul 11.55 pagi Isnin di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Berikutan berita sedih tersebut, rakan baik nizen iaitu Marina Jose yang juga merupakan bekas peserta program Pilih Kasih berkongsi cerita pelik mengenainya.
Nizen dan Marina, Foto: IG
Katanya Nizen sebelum itu memuat naik foto kenangan mereka di laman sosial namun tidak mahu menemuinya.
"Saya sangat terkejut dan sedih kerana sudah beberapa bulan kami tak berjumpa dan saya tidak tahu mengapa dia sering mengelak apabila saya ajak jumpa.
"Dia muat naik foto kenangan kami bersama dengan kapsyen rindu nak jumpa. Tapi bila saya telefon dan mesej dia tidak berjawab," ujarnya kepada mStar Online.
Marina juga pelik apabila Allahyarham ada menjemput dirinya dan beberapa rakan lain untuk datang kenduri di rumahnya pada 11 Ogos.
"Dia jemput saya dan beberapa rakan lain datang kenduri 11 Ogos ini (Sabtu ini) dan saya fikir dia mahu berkahwin atau bertunang sebab itu adalah hari jadi dia.
"Tapi ketika bertemu ibunya pada majlis pengebumian itu, tiada majlis apa-apa yang dirancang pada tarikh itu."
Allahyarham yang berusia 33 tahun meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.
Sementara itu ditanya tentang kejadian sihir yang pernah dialami Nizen sebelum ini, Marina berkata,
"Dulu memang dia pernah mengalami kejadian itu tapi dia sudah berubat. Ibunya juga memberitahu bahawa keadaan dia sudah agak baik selepas berubat cuma dia sering demam-demam."
Al-Fatihah buat Allahyarham Nizen. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. -CARI
|