Belum habis isu LGBT yang tidak berkesudahan, sebenarnya ada pelbagai isu perlu ditangani oleh rakyat Malaysia secara cermat terutamanya yang membabitkan generasi pelapis atau dikenali sebagai BBNU.
Ya, melihatkan isu kemurungan, gejala pembuangan bayi dan sebagainya membuatkan kita perlu mengkaji kenapa masalah ini terus berlaku. Di Twitter, kecoh mengenai sekumpulan remaja lelaki dan perempuan bercuti bersama-sama di sebuah pulau. Hal ini menimbulkan bermacam reaksi netizen sama ada husnuzon atau persepsi negatif. Tetapi, bercuti berkumpulan?
Kredit foto: Twitter
Akan tetapi, ramai yang membangkang persepsi begitu. Bukannya bercuti berdua-duaan pun.
Malahan, ada yang pernah berkongsi pengalaman sama cuti 'couple group' ini. Wah! Dasyat eh! Budak-budak sekarang?
Ada juga netizen yang mempersendakan mengenai perbualan remaja ini dengan ibu bapa mereka.
Bagi yang lebih berusia pula, mereka menganggap hal ini adalah tidak wajar.
Jadi, bagaimana? Mungkin remaja tersebut menganggap tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bercuti berkumpulan tidak memungkinkan perkara buruk berlaku.
Namun begitu, sudah sampai masanya masyarakat kita mengambil peranan untuk tegur menegur supaya dapat mengekang kejadian yang tidak bermoral. Selain ibu bapa, alim ulama, kita adalah masyarakat prihatin yang perlu bertanggungjawab membetulkan yang salah, bukannya memerli di media sosial semata-mata. - CARI
|