|
|
Bunyi kuat yang kedengaran di kebanyakan bahagian di Bandar Ipoh menjadi tanda tanya penduduk.
Didegari pada pukul 11.20 pagi, bisingnya seperti bunyi letupan.
mStar Online melaporkan, ia didengari dan gegarannya dirasai oleh penduduk di Tambun, Ipoh Garden, Old Town dan di Station 18.
Orang awam membuat spekulasi tentang insiden terbabit, dengan sebahagiannya percaya ia adalah ujian bom oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kemalangan di kawasan pembinaan atau gempa susulan letusan gunung berasi di Indonesia.
 Foto: mStar Online
Seorang pengusaha kedai, Mel Lim yang berusia dalam lingkungan 50an berkata, "Saya hanya fikir ia satu kemalangan di kawasan pembinaan.
"Tetapi orang awam bercakap mengenainya, ramai yang fikir ia adalah bom."
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, terdapat latihan letupan batu di sebuah kuari di Simpang Pulai pada waktu yang sama.
"Kita juga cuba menentukan dan mengesahkan punca utama bunyi bising berkenaan," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Abdul Rani Alias berkata, polis sedang menyiasat perkara itu. -CARI |
|