View: 7683|Reply: 72
|
[Tempatan]
[Update: SAH mayat AMIR, mungkin DILANGGAR & TERPELANTING masuk SUNGAI #1] M
[Copy link]
|
|
Edited by Kentang.Goreng at 20-10-2018 03:29 PM
Ujian DNA: Sah mayat Amir Hamzah
IBU Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), minggu lalu, reda dengan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan mayat ditemui di Sungai Kandis, Isnin lalu, adalah anaknya.
Mariam Shanani Harun, 60, berkata keputusan DNA yang diketahui hari ini akhirnya menamatkan penantian mereka sekeluarga walaupun perkara itu menyedihkan mereka.
“Mayat itu anak saya kerana ada dua kesan parut di bahagian betis sebelah kiri dan perut itu sama dengan Amir.
“Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya meninggal dunia namun saya bersyukur ia selesai.
“Bagi saya, Amir adalah anak yang periang dan manja semasa hidupnya. Amir pasti akan dirindui oleh kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Foresik Hospital Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, beliau masih tidak mengetahui bagaimana punca sebenar Amir Hamzah, 22, terbabit dengan kemalangan itu.
Katanya, berdasarkan maklumat awal yang diberitahu kepadanya, Allahyarham dikatakan membantu seorang daripada mangsa kemalangan terbabit.
“Saya diberitahu, Amir mungkin terpelanting ke dalam sungai susulan penemuan beberapa barangannya termasuk topi keledar yang pecah dan beg miliknya.
“Tetapi saya tidak tahu bagaimana dia boleh terpelanting ke dalam sungai itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Mariam yang tinggal di Pulau Pinang berkata, anaknya sepatutnya menyertai Angkatan Tentera Malaysia semalam.
“Amir juga tidak sempat menerima Diploma Pengurusan Penerbangan dalam majlis konvokesyennya pada 13 Oktober lalu,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan mayat yang ditemui tersangkut di perangkap sampah, Isnin lalu, adalah Amir Hamzah.
Beliau berkata hasil laporan ujian DNA yang dilakukan pihak Hospital Shah Alam (HSA) adalah positif.
Dalam kemalangan terbabit yang berlaku awal pagi Jumaat minggu lalu, seorang lelaki dan wanita maut, tujuh parah, manakala Amir Hamzah yang dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa tidak ditemui.
Motosikal milik Amir Hamzah ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Oktober 2018
'Saya yakin itu mayat Amir'
“KAMI yakin itu mayatnya,” kata abang kedua kepada Amir Hamzah Mohd Rozali yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, awal pagi Jumaat lalu.
Khairul Anwar berkata, keluarganya yakin mayat yang tiada pengenalan diri yang ditemui di kunci air Bukit Naga, Seksyen 32 di Shah Alam, itu adalah milik adiknya.
“Kami yakin berdasarkan baju terakhir dipakai arwah serta beberapa parut di badannya kerana mayat sudah berubah fizikal dan tidak dapat dicam menerusi raut wajah.
“Bagaimanapun, saya difahamkan jenazah tidak boleh dituntut sehingga proses DNA antara mak ayah dan mayat itu sepadan,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di bilik mayat Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS), Shah Alam, hari ini.
Bercerita lanjut, Khairul Anwar berkata, Amir Hamzah yang berusia 22 tahun sepatutnya tidur di rumahnya di Padang Jawa, di Shah Alam, pada Jumaat lalu namun kelibatnya tidak kelihatan.
“Kali terakhir dia mesej dan beritahu sedang berteduh daripada hujan di Sungai Buloh, tidak jauh dari lokasi kemalangan itu.
“Tapi apabila pagi Jumaat itu arwah tak sampai rumah, saya masih positif dan beranggapan telefon bimbit arwah sudah habis bateri dan tidak tahu mencari jalan ke rumah saya,” katanya.
Ketika kemalangan awal pagi Jumaat lalu yang menyebabkan seorang lelaki dan wanita maut, manakala tujuh lagi parah, Amir Hamzah dikatakan dalam perjalanan dengan menunggang motosikal Yamaha Y15 dari Lenggong, Perak menuju ke Padang Jawa.
Bagaimanapun, lelaki itu dilaporkan hilang manakala motosikalnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
Khairul Anuar berkata, pada petang Jumaat lalu, dia mengambil inisiatif menghubungi adiknya dan hampir semua hospital serta bilik mayat di sekitar Lembah Klang.
“Pada Sabtu, saya syak adik dah tak pergi konvo, dan saya pergi ke tempat konvonya dan bertanya sekali lagi pada rakan serta pensyarahnya.
“Selepas itu, saya mula rasa tak sedap hati dan ingin membuat laporan polis mengenai adik hilang, tetapi tidak lama selepas itu balai polis telefon dan beritahu jumpa motosikal adik di tepi lebuh raya.
“Terus tersentak dalam hati mengenai kemalangan ngeri pada awal pagi Jumaat itu, pada hari Ahad pagi kami sekeluarga pergi ke lokasi motosikal dijumpai itu,” katanya.
Khairul Anwar berkata, dirinya mengesyaki Amir Hamzah turut menjadi mangsa kemalangan itu kerana berpendapat tidak akan meninggalkan motosikalnya.
“Adik saya sayang motosikal itu macam nyawanya. Sebab itu kami sekeluarga mula mencari di sekitar lokasi dan jumpa ‘pouch bag’ milik arwah di bawah jambatan.
“Selepas itu baru pihak polis menghantar anggotanya bagi mencari adik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Oktober 2018
Berita sebelumnya, bebenang ditutup MOD
[Video #12] Misteri bakal GRADUAN patut KONVO Sabtu lepas, HILANG di tepi highway, ENJIN motor MASIH hidup, bila call masuk VOICEMAIL, ibunya syak DISOROK unsur GHAIB, akan guna perkhidmatan BOMOH
Hilang atau 'kena sorok'?
“DIA sepatutnya bermalam di rumah abang kami di Padang Jawa, Shah Alam bagi menghadiri majlis konvokesyen di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, kelmarin.
“Tetapi sehingga sekarang kelibatnya tidak muncul-muncul,” kata Nun Faizah Mohd Rozali, 23, kakak kepada Amir Hamzah, 21, yang hilang selepas dipercayai cuba membantu mangsa kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang Baru, Jumaat lalu.
Menurut Nun Faizah, ketika hari kemalangan yang menyebabkan seorang lelaki dan seorang wanita maut, manakala tujuh lagi parah, adiknya itu memulakan menunggang motosikal jenis Yamaha LC513 seorang diri dari Lenggong, Perak ke Padang Jawa.
Katanya, dia sepatutnya tiba di rumah abang mereka, kira-kira 3 pagi.
“Namun, abang kami yang menunggu pelik apabila dia tidak muncul berikutan keesokannya (Sabtu), sedangkan dia (Amir) perlu ke UPM bagi menghadiri majlis konvokesyen.
“Kami hanya dapat tahu dia hilang pada hari Sabtu selepas dimaklumkan bahawa motosikalnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di tepi lebuh raya yang menjadi lokasi kemalangan maut Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi NSTP.
Nun Faizah berkata, susulan itu, abang sulungnya, Mohamad Khairul Anuar Mohd Rozali bergegas ke lokasi kemalangan bagi mencari adiknya itu.
Katanya, hasil pencarian, mereka menemui beg kecil dipakai adiknya di bahagian bawah jambatan di lokasi kemalangan yang terletak berhampiran Sungai Kayu Ara.
“Beg itu memang milik Amir dan didalamnya hanya ada kad pelajar miliknya.
“Jadi, kami percaya mungkin dia turut terbabit dalam kemalangan berkenaan kerana ada saksi menyatakan melihat Amir berhenti di sisi jalan bagi membantu mangsa kemalangan.
“Ia apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelum terbalik merentangi lorong tengah serta lorong kanan lebuh raya dalam kejadian jam 4.40 pagi itu,” katanya.
Menurut Nun Faizah, dia serta ahli keluarga yang lain yakin bahawa Amir masih hidup, namun gagal ditemui.
“Naluri ibu kami menyatakan bahawa Amir masih hidup, tetapi dia tidak dapat dijumpai mungkin kerana disorok unsur ghaib.
“Jadi, kami sekeluarga bercadang menggunakan kaedah tradisional berlandaskan Islam bagi mengesannya disamping usaha pencarian oleh bomba dan polis,” katanya.
Nun Faizah berkata, semua panggilan dibuat ke telefon bimbit adiknya hanya masuk ke mesin peti suara sekali gus menguatkan dakwaan kemungkinan adiknya itu turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.
Katanya, Sabtu lalu, adiknya yang baru menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Pengurusan Penerbangan, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, di ibu negara, sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen di UPM.
Namun, dia dilaporkan hilang selepas motosikalnya ditemui dalam keadaan enjin masih hidup sebaik pihak berkuasa selesai mengalihkan beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan di NKVE.
KES kemalangan membabitkan lori kontena, treler, lori dan kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) yang mengakibatkan dua maut, Jumaat lalu menimbulkan misteri apabila sebuah motosikal ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di lokasi kejadian.
Ini berikutan penunggang motosikal itu Amir Hamzah Mohd Rozali, 23, gagal dikesan sehingga ke hari ini sekali gus dikhuatiri turut menjadi mangsa kemalangan tragis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, maklumat penemuan motosikal itu dimaklumkan kepada abang lelaki itu yang kemudian membuat laporan polis.
Menurutnya, menerusi siasatan dijalankan, lelaki itu yang menunggang Yamaha LC135 berwarna merah dipercayai berhenti untuk membantu mangsa kemalangan apabila sebuah treler membawa muatan kampit simen terbabas sebelum terbalik merentangi lorong tengah serta lorong kanan lebuh raya dalam kejadian jam 4.40 pagi itu.
“Lelaki itu dipercayai hilang selepas kemalangan kedua berlaku dalam beberapa minit kemudian apabila sebuah lori kontena merempuh sebuah lagi lori yang kemudian menghimpit sebuah kereta Honda Civic.
“Kejadian itu dilihat oleh dua lelaki yang kemudian menemui helmet dipakai mangsa dalam keadaan pecah di atas jalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zani berkata, abang mangsa yang menerima maklumat mengenai penemuan motosikal adiknya, semalam kemudian bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui beg pinggang mangsa di bawah jambatan jam 10.30 pagi.
“Bertindak atas penemuan itu, bermula semalam, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara dengan bantuan bomba dan unit anjing pengesan giat dijalankan.
“Malah, usaha mencari mangsa juga dibuat di lokasi simen dibuang, namun tidak menemui apa-apa termasuk petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara Ramli Harun berkata, operasi mencari bermula semalam mengenai lelaki yang dikhuatiri terjatuh ketika kemalangan berlaku.
“Operasi pencarian yang dilakukan sejak semalam di lokasi kejadian di tebing sungai sepanjang dua kilometer itu tidak menemui sebarang petunjuk yang dapat dikaitkan dengan misteri kehilangan lelaki terbabit.
“Justeru, kita meluaskan radius pencarian membabitkan 13 anggota dari BBP Damansara danenam dari BBP Petaling Jaya selain dibantu lima anggota K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan dua anjing pengesan, hari ini,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Oktober 2018
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya adik ni maybe kena langgar dlm kemalangan yang kedua sewaktu dia sedang membantu mangsa kemalangan pertama? Kesiannya dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kelibat kucing dekat gambar moto tu |
|
|
|
|
|
|
|
fahima80 replied at 16-10-2018 10:46 PM
Maksudnya adik ni maybe kena langgar dlm kemalangan yang kedua sewaktu dia sedang membantu mangsa ke ...
Tapi cmne bole hilang plak |
|
|
|
|
|
|
|
Ujian DNA untuk pastikan mayat adalah Amir Hamzah
SUHANA MD. YUSOP
16 Oktober 2018 8:58 PM
SHAH ALAM - Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan pihaknya perlu menjalankan ujian DNA bagi mengesahkan mayat yang ditemui di Sungai Kandis, di sini, semalam adalah Amir Hamzah Mohd. Rozali.
Menurutnya, ujian tersebut perlu dijalankan memandangkan mayat lelaki yang ditemui tengah hari semalam tanpa sebarang identiti dan tidak boleh dikenal pasti melalui bentuk fizikal.
"Berdasarkan keadaan mangsa dipercayai telah meninggal kira-kira empat hingga lima hari lalu.
"Malah bedah siasat yang dijalankan juga mendapati tiada unsur jenayah.
"Saya difahamkan, DNA daripada ibu Amir Hamzah sudah diserahkan kepada pihak hospital untuk dijalankan padanan," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Baharuddin berkata, kes itu sehingga kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
"Saya memahami perasaan waris namun beri peluang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya bagi kepentingan semua pihak pada masa akan datang," ujarnya.
Amir Hamzah yang juga seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta dipercayai hilang ssmentara motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggangnya ditemui di lokasi kemalangan maut di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Jumaat lalu.
Kehilangan mangsa, Amir Hamzah Mohd. Rozali, 22, disedari abangnya, Mohamad Khairul -Anuar selepas adiknya yang belajar di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Taman Maluri di ibu negara gagal dihubungi sejak 12 Oktober lalu.
Sebaliknya lebih mengejutkan, Mohamad Khairul dan keluarga apabila mereka menerima panggilan daripada pihak polis Sabtu lalu yang mengatakan motosikal yang ditunggang Amir Hamzah dijumpai di lokasi kemalangan dua maut dan sembilan cedera membabitkan empat kenderaan.
Bagaimanapun, kelibat atau tubuh Amir Hamzah tidak pula ditemui di situ.
Terdahulu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira pukul 12.17 tengah hari semalam.
"Mayat berkenaan dijumpai oleh penjaga perangkap sampah berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
"Mayat seorang lelaki yang identiti tidak dapat dikenal pasti itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Semoga segala urusan dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Sedihnya i dengar berita ni. Moga rohnya dicucuri rahmat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah...
misterinya....
arwah tolong org eksiden...
pastu jumpa moto enjin dia pun x mati...
tiba2 jumpa body dlm perangkap...
what happened in between????
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan kemalangan tu sebelah sungai ka?? Ade 2 kemalangan...1st kemalangan... amir tolong..pastu jd 2nd kemalangan..dengan2 amir2 kene langgar kotlah...saksi tempat kejadian xnampak ape2 ke..xpaham lah |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahiroji'un..takziah buat keluarga.. Tertanya2 jugak apa yg jadi sebenarnya pd arwah adik ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Most probably dia kena langgar dalam second accident, and terpelanting jatuh ke sungai lalu hanyut sampai ke perangkap sampah. Bomba cari sampai 2km radius sekitar sungai tak jumpa sebab dah hanyut la agaknya dalam masa 2 hari. Saksi 2 orang yg tgk second accident tu jumpa helmet dia pecah tepi jalan kan, must be the impact of being hit |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun takziah buat keluarga. Sedihnya kejadian ni, kecoh 2 orang meninggal masa accident Jumaat lepas tapi rupanya ada kisah lain lagi. Jauh dia naik motor sorang-sorang dari Lenggong nak attend konvo |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun takziah buat keluarga. Sedihnya kejadian ni, kecoh 2 orang meninggal masa accident Jumaat lepas tapi rupanya ada kisah lain lagi. Jauh dia naik motor sorang-sorang dari Lenggong nak attend konvo |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya. Baca berkali2 baru faham. Btw rasa terganggu la dgn masyarakat kita yg suka kaitkn unsur2 mistik ni. Haduiii.... Jin pun marah la kena tuduh sorok org. Kalau jin boleh bcakap, jin dah saman kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kire mati syahid ni.sbab bantu org. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... tgh nak selamatkan org lain, dia plak jadi mangsa. Takde sape nampak dia jatuh plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah pada keluarga.. semoga syahid inshaAllah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|