View: 51052|Reply: 212
|
[Idea]
Tazkirah kompak
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 12-12-2018 08:45 PM
*FADILAT WUDUK*
Saidina Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yg berwuduk dan membasuh anggota
wuduknya sekali sahaja maka itu ialah perkara
yg fardu. Sesiapa yg berwuduk dan membasuh
dua kali maka dia mendapat dua bahagian
ganjaran. Dan sesiapa yg berwuduk dan
membasuh tiga kali maka itulah wuduk aku dan
wuduk para nabi a.s. sebelum ku."
Musnad Ahmad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-10-2018 09:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by himun_hino at 18-10-2018 09:34 PM
NASIHAT KEPADA ORANG
YANG SEDANG MARAH MARAH
Syaikh Muhammad Soleh Utsaimin rahimahullah berkata:
"Tidak di Syariatkan engkau mengatakan
kepada orang yang sedang marah:
-Banyak banyaklah berzikir, atau
-Banyak banyaklah bersalawat..
Namun yang di Sunnahkan adalah meminta
dia beristia'zah (mohon PERLINDUNGAN DARI
GANGGUAN SYAITHAN)"
Samaratu At-tadwiin 24 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-10-2018 09:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MILIKI HATI YANG BERSIH
Sheikh Rabi' bin Hadi 'Umair al-Madkhaly
berkata :
Allah berfirman :
"mereka dihadapkan kepada Allah dalam kehinaan
Kecuali orang-orang yang menghadap Allah
dengan hati yang bersih". (QS as-Syu'ara: 89)
Maksud Hati yang bersih adalah :
-hati yang memerangi kesyirikan,
-menolak kebatilan,
-menerima kebenaran
-dan membantah kebatilan sesuai dengan kemampuan yang dia ada,
inilah hati yang bersih.
*Apabila engkau melihat dirimu mudah
menerima kebenaran, menjadi pelopor kebenaran
dan cita-citamu adalah kebenaran,
maka demi Allah engkau memiliki hati yang
bersih dan akal yang sihat.*
Sumber:
Al-Majmu' ar-Raiqu, hal : 435
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd- Amaran penting bagi siapa yang selalu bangun tidur untuk buang air. Info dari YB Dr Daroyah Alwi:
“Saya nak kongsi tips yang sangat penting – bagi yang kerap terbangun dari tidur untuk ke tandas.”
Amalan Tiga kali (1/2)
Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.
Kenapa penting ?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.
Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat. Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.
Kenapa “3 x 1/2 minit” amat penting?
Ini kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil. Iaitu, corak ECG itu boleh berubah.
Bilamana anda bangkit secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan oleh kekurangan darah. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan “3 kali 1/2 minit” ini, iaitu:
Bila sahaja terbangun dari tidur, jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.Duduk di katil untuk tempoh 1/2 minit.Turunkan kaki, duduk di tepi katil untuk tempoh 1/2 minit.
Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar. Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi setelah membaca pesanan ini.
2 tahun lalu dia bangun tengah malam untuk ke tandas, di bilik mandi tiba-tiba terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh. Akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil. Punggungnya mengalami luka-luka di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini lebih awal, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.
Kongsikan untuk orang yg kita sayang bagi menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd- Assalamualaikum..wbtSalam Jumaat. Perbanyakkn selawat nabi dn baca surah Al Kahfi di pagi Jumaat ini..
Sharing pada semua..dan sama2 la kita amalkan..
*Simpan rahsiamu berdua saja:*
1. Dirimu
2. Allah swt
*Jagalah di dunia ini dua keridhoan:*
1. Ibumu
2. Bapamu
*Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:*
1. Sabar
2. Solat
*Jangan risau dua hal ini:*
1. Rezeki
2. Ajal
*Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.*
*Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:*
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.
*Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:*
1. Allah swt
2. Alam Akhirat
*Selalu dekat dengan 6 orang ini:*
1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Gurumu
4. Saudara lelakimu.
5. Saudara perempuanmu.
6. Sahabat dan tetanggamu
*Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:*
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit
*Empat hal yang memperindah dirimu :*
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan
*Empat orang yang hendaknya kamu dekati:*
1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur
*Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:*
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba
*7 orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:*
1. Orang tuamu
2. Mertuamu
3. Isterimu
4. anak2 mu
5. Keluargamu
6. Gurumu
7. Sahabatmu
*Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:*
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bergunjing
*5 hal yang jangan kamu putus :*
1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.
5. Shodaqoh
*Kirimkan artikel ini kepada orang yang anda sayangi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd- LUAR BIASA!!!
Antara perkara luar biasa yang mengesahkan lagi kebenaran Nabi Muhammad SAW adalah sedutan kata-kata Baginda yang memerihalkan «Ukuran Pintu Syurga».
Kecanggihan teknologi pada hari ini telah mengesahkan apa yang telah diceritakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu..hebat bukan?
Pernahkah anda mendengar sepotong hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim ini ?
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ، أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى ".
Maksudnya: “Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti jarak antara Mekah dan Hajar, atau seperti jarak antara Mekah dan Busra” . (Kitab Iman, daripada Abu Hurairah RA)
…
Di sini, Nabi SAW telah menyatakan ukuran antara dua daun pintu syurga adalah bersamaan dengan dua jarak. Pertama, bersamaan dengan jarak antara MEKAH dan HAJAR.. Kedua, bersamaan dengan jarak antara MEKAH dan BUSRA.
…
Di manakah terletak Hajar dan Busra? HAJAR terletak di timur Semenanjung Tanah Arab, dan sekarang ia berada dalam negara Bahrain. Manakala BUSRA terletak di selatan negara Syria. Cuba anda buat carian di Google Maps.
...
Difahami daripada hadith ini, kedua-dua jarak tersebut (Mekah/Hajar dan Mekah/Busra) sudah tentu sama kerana Nabi SAW telah menjadikan keduanya sebagai pengukur bagi jarak antara dua daun pintu syurga.
…….
Sheikh Abdul Majid Zindani, Pengerusi Lembaga Mukjizat Saintifik Dalam Al-Quran dan As-Sunnah, semasa mengulaskan berkenaan perkara ini menegaskan bahawa jarak antara dua tempat yang jauh sukar untuk mendapat ukurannya yang tepat, melainkan jika ia diukur dari udara, kerana ia tidak terhalang oleh bentuk muka bumi yang tidak rata, jalan yang bengkang-bengkok. Di era Nabi SAW, untuk membuat pengukuran dari udara bukanlah satu perkara yang mudah. Perkara ini sukar dilakukan sehingga muncul abad ke-20 apabila proses pemfotoan muka bumi dapat dibuat dengan terperinci.
…
Berdasarkan pengukuran jarak dua tempat dari udara dan dalam garis lurus, ternyata antara Mekah dan Busra (selatan Syria) dan antara Mekah dan Hajar (sekarang di Bahrain) jaraknya adalah sama !!!
Jaraknya, 1273 kilometer
…
Subhanallah,,, kecanggihan satelit pada hari ini telah mengakui kebenaran kata-kata yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad saw, bila mana baginda membicarakan tentang jarak antara pintu syurga...luar biasa bukan?
#ijazilmifissunnah
#maahadtahfizsainsdarulaman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-10-2018 12:55 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
BERSANGKA BAIKLAH KEPADA RABMU
Imam Ibn Qaiyyim rahimahullah berkata:
"Semakin seorang hamba berprasangka baik
kepada Allah, sangat berharap kepada Allah,
jujur tawakkal kepada Allah, nescaya Allah
tidak akan mengecewakan harapannya
walau sedikitpun."
Sumber:
Madarijussalikin : 1/469 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-10-2018 06:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tq mod seribulan, luv u sis |
|
|
|
|
|
|
|
*LANGKAH BIJAK MENGISI 1 MINIT*
Tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
1 – 📜 *Membaca Surah Al-Ikhlas*
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. Hadis Riwayat Ahmad
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
2 – 😊*Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W*
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. Hadis Riwayat Muslim
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
3 – 😔*Beristighfar Memohon Keampunan*
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
4 – 📞*Bertanya Khabar Keluarga*
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. Hadis Riwayat Bukhari
5 – 🖲*Lafaz Tasbih*
Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. Hadis Riwayat Muslim
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
6 – 🏞*Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan*
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. Hadis Riwayat Bukhari
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
7 – 🤲🏼*Mendoakan Orang Lain*
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.Hadis Riwayat al-Thabarani
8 – 👍🏼*Sebarkan Kebaikan*
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Hadis Riwayat Muslim
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.
Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.
Jom sama-sama kita sebarkan agar ramai lagi umat islam dapat manfaat dalam masa 1 minit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd-
╔═══════
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu
Yang memberati tanggunganmu
Dan Kami telah menangkat bagimu akan namamu
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah berusaha
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau mengharap
Al Insyirah
Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya oleh sesuatu di bumi dan tidak juga di langit, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)(Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang maka tidak ada sesuatu pun yang boleh memudharatkannya.)
Ref:Abu Dawud 4/323
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah
Ref:Abu Dawud 4/325
.
Ya Allah,Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil.Pencipta langit dan bumi,Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang menghakimi diantara hambaMu dalam setiap perkara yang mereka perselisihkan.Pimpinlah aku di dalam perselisihan itu ke arah kebenaran dengan keizinanMu, sesungguhnya Engkau memimpin orang yang Engkau kehendaki ke Jalan yang lurus
Ref:Muslim 1/534
Ya Allah, Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh kerana itu, jangan Engkau biarkan diriku sendiri (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku,tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau
HR Abu Dawud 4/324
Ya Allah,Engkau telah memperbagus penciptaanku maka perbaguskanlah akhlakku.
HR. Ahmad
╚══════ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd- Kita sering kali membaca Surah Yaasin.. 📖📖📖
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..
Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin
Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"
Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan 👍
Sila kongsikan, semoga kitani sama2 dpt manfaat..😃 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fwd- *APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?*
*Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya*
*Beberapa waktu kemudian*
*Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.*
*Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.*
*Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,*
*“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.*
*Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:*
*“Makkkkkk….!!!!*
*“Ayaaaaaah…!!!!”*
*“Abangggggg!!!"*
*"Atokkkkk!! "*
*“Neneeeek!!”*
*“Kakaaaaak!!!”*
*“Sahabaaaaat!!!”*
*Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.*
*Menangis lah dia sambil meminta ampun,*
*“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”*
*Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.*
*Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.*
*Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.*
 
*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur*
*Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:*
*“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)*
*Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.*
*Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.*
*Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”*
*Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.*
*Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”*
*Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*
*Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.*
*Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.*
*Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.*
*Sahabat sekarang anda memiliki dua pilihan,*
*1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini*
*2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman-teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu... Aamiinnnnn...*
*Boleh di SHARE sebanyak mungkin!*
*_Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM_* |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim* *sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa* *memperoleh rahmat dari Nya.*
*آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*
Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Tepati masa jauhi sifat munafik
myMetronode
Oleh Mohd Hassan Adli Yahya
Masa! Ada apa dengan masa hingga Allah bersumpah dengan masa dalam firman-Nya dalam surah Al-’Asr yang bermaksud, “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Saya teringat pada zaman persekolahan di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh dahulu. Setiap kali lepas solat Asar di surau, akan ada pelajar yang menyampaikan tazkirah. Pendek kata, sepanjang melanjutkan pelajaran di situ, setiap orang pasti paling kurang sekali akan ‘merasa’ untuk bercakap di hadapan pelajar.
Antara tajuk tazkirah yang menjadi kegemaran pelajar, terutama mereka yang kali pertama menyampaikan tazkirah adalah berkaitan dengan masa. Sudah tentu dalil wajib yang diselitkan dalam tazkirah itu adalah daripada surah al-’Asr.
Entah mengapa tajuk itu menjadi kegemaran bagi sebahagian pelajar. Mungkin kerana ia mudah dikupas atau mungkin juga ia begitu signifikan dalam kehidupan manusia. Ya, membicarakan soal masa dalam kehidupan tidaklah sesukar mana.
Dalam kehidupan manusia setiap hari, terutama umat Islam, kita pasti terikat dengan masa dalam rutin kita.
Awal pagi, kita diwajibkan untuk menunaikan solat Subuh sebelum terbit fajar. Selepas itu kita mungkin sibuk untuk menyiapkan anak untuk ke sekolah sebelum van atau bas sekolah datang mengambil mereka.
Jika lambat, pasti anak kita akan ditinggalkan bas dan kita pula terpaksa menghantar mereka ke sekolah. Selepas itu, kita bergegas pula ke tempat kerja dan mesti sampai di pejabat pada waktunya. Sampai di pejabat, ada beberapa temujanji yang perlu kita hadiri pada waktu dijanjikan.
Sebelah malam pula selepas pulang kerja, kita berjanji dengan rakan untuk bermain futsal atau badminton pada waktu tertentu. Begitulah antara rutin seharian kita setiap hari yang sebenarnya terikat dengan masa tanpa kita sedari.
Namun perkara yang lebih besar adalah persoalan sejauh mana menguruskan masa kita dengan baik. Sejauh mana juga kita menepati masa yang dijanjikan. Saya teringat ketika berada di Korea Selatan tahun lalu.
Setiap hari akan ada van berserta pemandu yang menunggu kami di bawah hotel untuk itinerari pada hari berkenaan. Setiap hari van itu datang pada jam 10 pagi dan ya, ia datang sebelum daripada waktu itu dan bergerak tepat pada jam 10 pagi.
Saya teringat pula kisah yang dikongsikan oleh rakan yang melawat Jepun tahun lalu. Dalam satu sesi lawatannya ke sebuah universiti, dia terkejut dan teruja kerana apabila sampai sahaja ke tempat lawatan itu, mereka disediakan dengan program tentatif. Teruja kerana ia hanya lawatan ringkas tetapi jadualnya telah disusun dengan rapi.
Setiap sesi pula dijaga agar masa yang diperuntukkan benar-benar dipatuhi dan tidak mengganggu sesi berikutnya. Kedua-dua negara maju ini nampaknya begitu menjaga perihal masa.
Ia sangat berbeza dengan budaya atau adat menjaga masa dalam kalangan orang kita. Sesetengah daripada kita mempunyai pemahaman, jika berjanji untuk berjumpa pada jam 10 pagi, maka waktu ‘sebenar’ untuk berjumpa adalah jam 10.30 atau 11 pagi.
Jam 10 pagi sebenarnya kita baru bergerak menuju ke destinasi dijanjikan. Atau lebih teruk lagi, jam 10 pagi baru kita mula bersiap.
Tiba di destinasi, parkir berdekatan penuh dan kita mungkin terpaksa berlari dalam lingkungan jarak yang jauh. Apabila lambat sampai, dengan berpeluh kita mula menyalahkan kesesakan lalu lintas kerana menjadi punca lambat.
Walhal kita sedia maklum laluan berkenaan memang sejak dahulu lagi sesak dan mesti keluar awal untuk sampai tepat pada waktu yang dijanjikan.
Cuba kita bayangkan jika orang yang kita berjanji itu mempunyai jadual ketat pada hari itu dan dia sebenarnya sangat menepati waktu. Akibat kelewatan kita, mungkin ada jadualnya yang terpaksa dibatalkan gara-gara kegagalan kita menepati masa.
Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah agar tidak menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Menepati masa dan janji adalah ciri-ciri seorang Mukmin dan Muslim yang baik manakala tidak menepati janji itu mendekati ciri-ciri orang munafik.
Rancanglah pada malam sebelumnya agar ia berjalan dengan sempurna dan kita tidak menjadi ‘punca’ kepada kekalutan orang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya
Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang nyaris-nyaris membunuh Rasulullah, kini terbaring bersemadi disebelah makam baginda sollallahu’alaihi wasallam. Malah mendapat gelaran “radhiallahu’anhu (yang diredhai Allah)” - Saidina Umar al-Khattab radhiallahu’anhu
Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah sebelum ini, akhirnya digelar pedang Allah (Saifullah) - Saidina Khalid Ibnu Walid radhiallahu’anhu
Jangan menilai orang dari rupanya
Kerana Rasulullah sollallahu’alaihi wasallam melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda, Saidina Julaybib radhiallahu’anhu dikejar-kejar oleh para bidadari syurga
Jangan memandang orang dari status dan hartanya
Kerana sepatu emas Fir’aun pun tempatnya adalah di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah radhiallahu’anhu kedengaran langkahnya di syurga
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
IBUKU SEORANG PEMBOHONG!!!
Anda masih ada Ibu? Atau anda sendiri adalah seorang Ibu?
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Di mana kah ibu anda sekarang?
Written by Beruang Madu
sekujur tubuhmu kaku, berselimut putih salju. ratuku terlena membisu... panggilan yang satu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|