|
Hanya dengan menjual kasut dan stokin busuk di Internet, Roxy Sykes, 33, mengumpul pendapatan lebih 100,000 pound sterlings (RM542,000) setahun!
Pembeli barangan terpakai Roxy terdiri daripada lelaki yang obses dengan kaki dan sering memuja 'kecantikan' kakinya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/09/103533o2c1p10imcit0y1b.jpg) Kredit foto: Leggo
Roxy memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah Instagram yang mendapat 10,000 pengikut dalam masa sebulan. Roxy yang bekerja sepenuh masa sebagai pelabur hartanah di London, kemudiannya mengiklankan kasut dan stokin terpakainya.
Stokin dijual dengan harga 20 pound sterlings (RM108) dan kasut pula pada harga 200 pound sterlings (RM1,084).
Sepanjang empat tahun menjalankan perniagaan, dia boleh mendapat sehingga 8000 pound sterlings (RM43 ribu) sebulan!
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/09/103601plfjjixtti8tt6jj.jpg) Kredit foto: Khabar Khas
"Saya mula-mula mendapat idea untuk memulakan akaun Instagram apabila kaki saya sering mendapat pujian daripada rakan-rakan.Kemudian, saya mula menjual kasut dan stokin terpakai selepas mendapat beribu-ribu pengikut di Instagram yang menghantar mesej sekiranya saya ingin menjual barangan terpakai," kata Roxy.
Menurut Roxy, pada mulanya dia segan untuk menunjukkan wajahnya di Instagram, tetapi bertukar fikiran apabila mendapati ianya melariskan jualan video, stoking dan kasut busuknya.
"Sekarang, saya bangga dengan kaki saya dan bercadang untuk melakukan perniagaan sampingan ini selagi masih mendapat sambutan," katanya lagi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/09/103628emcxgx9gpx47u74x.jpg) Kredit foto: Al Bawaba
Selepas heboh di Instagram, dia kemudian beralih ke laman web lain kerana Instagram memerlukan kemas kini yang kerap dan komen pengikut juga perlu dijawab selalu.
Di laman web peribadinya, Roxy bebas memuat naik video kakinya pada bila-bila masa untuk dinikmati pelanggan tetapnya dan pendapatannya juga naik berlipat kali ganda tanpa menganggu jadual hidup sehariannya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/09/103650p3wz7mstpq9sqz7a.jpg) Kredit foto: Super Habar
Roxy berkata, dia menyukai perhatian daripada peminat dan pemuja yang obses dengan kakinya.
"Saya menganggap ini kerjaya serius dan tidak mengganggu hubungan saya dengan kawan-kawan dan keluarga kerana mereka memahami," kata Roxy lagi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/09/103717vd4vv466a6zn3a2z.jpg) Kredit foto: Pinterest
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/09/103716stttkqzrojx4qk4j.jpg) Kredit foto: Pinterest
Perancangan masa depan Roxy termasuklah melatih banyak lagi model-model kaki untuk memenuhi permintaan golongan pemuja kaki yang semakin ramai.
"Saya rasa bakat ini boleh digunakan untuk membantu orang lain selain pekerjaan ini dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang," katanya lagi.
Ada yang berminat untuk mencari duit dengan cara Roxy ini? - CARI |
|