Drama bersiri dari Korea Selatan sememangnya popular bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi juga golongan ibu dan suri rumah yang gemar menonton drama. Populariti K Drama ini adalah disebabkan gandingan barisan pelakon yang mantap dan plot cerita yang lain dari yang lain.
Kredit foto : hancinema.net
Salah sebuah drama yang mendapat rating tinggi daripada penonton ialah drama bersiri I Have a Lover. Drama ini ditayangkan pada 2015 hingga 2016 di Korea dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Sesuai dengan tajuknya, drama ini berkisar tentang kecurangan.
Walaupun ia mempunyai 50 episod yang agak banyak berbanding kebiasaan drama Korea, tetapi penonton tetap setia menanti setiap babak seterusnya dengan penuh debaran.
Drama ini dibintangi oleh Kim Hyun-joo, Ji Jin-hee, Park Han-byul dan Lee Kyu-han.
Ia mengisahkan seorang peguam wanita bernama Do Hae Gang yang sangat mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan nyawa anak perempuannya diragut. Berikutan itu, rumah tangganya bersama suami iaitu Choi Jin Eon mula goyah dan akhirnya retak kerana kehadiran orang ketiga dalam hidup suaminya. Kemuncak pada peringkat awal drama ini ialah apabila Do Hae Gang membongkar rahsia kecurangan suaminya dengan gadis muda di tempat kerja Choi Jin Eon.
Kredit foto : hancinema.net
Setelah mereka bercerai, Do Hae Gang kemudiannya terlibat dalam kemalangan dan apabila suaminya pulang ke tanah air, dia mendapat berita bekas isterinya telah meninggal dunia. Kekesalan dan kesedihan yang amat dalam mula timbul di hati Choi Jin Eon. Dia dihantui rasa bersalah dan mula rindu terhadap Do Hae Gang.
Namun akhirnya terubat apabila dia bertemu seorang wanita yang mirip isterinya. Choi Jin Eon yakin bahawa itu adalah isterinya namun wanita itu yang bernama Dokgo Yong Gi tidak mengenali Choi Jin Eon.
Kredit foto : hancinema.net
Kisah ini seterusnya berkisar Choi Jin Eon yang ingin memenangi semula hati wanita yang dianggap isterinya. Dia seperti 'gila talak' dan ingin mendapatkan isterinya kembali. Dalam proses itu, banyak pertumpahan air mata yang berlaku.
Jom kita saksikan sedikit klip dari drama I Have A Lover.
Post time 8-12-2018 12:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
K-Drama kalau kupas topik curang dalam rumahtangg ni memang terbaik la. Dan akak suka pompuan yang berlakon tu. Gohjes sangat dalam drama.
Sekarang pon akak tengah tengok drama dia kat KBS. Miracles With Me ka apa ntah tajuknya. Pasal dua orang lelaki yang meninggal karna eksiden, pehtu dewa maut bodo tersalah masukkan roh lelaki A dalam lelaki B. So lelaki A hidop balik tapi kena menjalani hidop sebagai lelaki B. Ok la sedap juga ceritanya sebab hada unsur2 kekeluargaan yang kuat.
Post time 8-12-2018 12:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Citwr ni bkn pasal curang saja cuma masing2 kurang berbincang bila ada masalah..
Lepas tu libatkan family punya perangai yg nak kuasa...so faham2 ajelah.
tak semua citer drama family korea best2 tp antara yg best ni lah.
Post time 8-12-2018 08:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cerita ni mmg best. Tapi iols ttp x boleh terima hero dia sebab dia curang dgn hae gang sampai tahap hae gang nak bunuh diri. Dah tu bila dia suka balik dkt hae gang sedap2 je nak paksa hae gang terima dia semula. Apa kau igt dosa kau kecik??
Post time 8-12-2018 08:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nak kena tunggu cuti panjang sikit baru boleh tengok. Sebab i jenis tak sabar, mesti nak habiskan jugak2 sekali hadap. Pastu taknak gi opis dengan mata bengkak macam baru lepas gaduh dengan laki padahal dok melalak tengok drama je
Dulu2 tgk ni masa tgh airing. I loved the twin more n kept looking forward for her scenes with the doctor. Bosan dgn the guys's gf n the girl's fiance. Lepas epi 30++ I quit watching. Bila satu2 kisah silam terbongkar (ayah hero pernah suka mak heroin kot, tak ingat dah), malas dah nak follow. Akak mmg tk boleh tgk melodramas sampai habis.
Post time 9-12-2018 01:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru tgk citer ni dan baru perasan..muka park han byul macam ha ji won dalam memori bali. Baru perasan ya ampun...selama ni x ambik port pun muka park han byul ni ..