View: 57667|Reply: 1122
|
[Tempatan]
Forum: Sekolah salah ajar Islam, institusi agama perlu diubah.
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2019 02:57 PM
Forum: Sekolah salah ajar Islam, institusi agama perlu diubahOmar Zin -
January 27, 2019 10:00 AM
Forum yang berlangsung di Kampung Baru itu menarik hadirin daripada pelbagai latar belakang, termasuk beberapa orang berbangsa Cina. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Silibus pendidikan dan institusi pendidikan Islam di negara ini perlu diubah kerana dianggap mengajar perkara salah sehingga membina mentaliti dan kelakuan negatif dalam masyarakat, kata aktivis kontroversi Wan Ji Wan Hussin. Pengarah akademik, badan penyelidikan sosio-budaya, Saudara itu berkata, perkara yang perlu diubah adalah mentaliti orang Islam mengenai isu kafir, nabi dan kahwin bawah umur. “Kenapa umat Islam di Malaysia diajar bahawa orang bukan Islam adalah kafir dan musuh? Isu kafir harbi sudah tidak relevan. “Sebagai seorang Ahli Sunnah wal Jamaah, kalau kita percaya kita benar, kita tidak perlu takut sehingga melabelkan mazhab atau agama lain sebagai haram dan sesat.
“Kisah popular Nabi Muhammad berkahwin dengan Aisyah pada usia 9 tahun juga adalah salah. Ada hujah mengatakan beliau sebenarnya berkahwin pada usia 17 tahun. Wan Ji Wan Hussin“Disebabkan kisah sebegini banyak berlaku perkahwinan bawah umur,” katanya pada forum bertajuk Reformasi Institusi Agama, di sini, semalam. Wan Ji turut menyuarakan pandangannya mengenai kekeliruan tentang perbezaan sebenar antara nabi dan rasul. “Dalam silibus pendidikan Islam ketika ini, maksud nabi dan rasul yang diajar sebenarnya salah. Kalau maksud nabi adalah tidak wajib menyampaikan ajaran Islam, kenapa salah satu sifat nabi adalah tabligh, iaitu menyampaikan? “Ini mengelirukan,” katanya, dalam forum anjuran Auspice Malaysia itu, yang antara lain bertujuan membuka pintu perbincangan mengenai hubung kait Islam dan institusi Islam, selain melihat keutamaan masyarakat Islam. Saari SungibSeorang lagi ahli panel, pengerusi Auspice Malaysia, Saari Sungib berpendapat, umat Islam perlu mempunyai hak bersuara meskipun mereka bukan seorang ahli agama bagi mengembangkan pemikiran Islam dalam masyarakat.
“Kita sering mendengar ada individu yang ditahan kerana memberikan ceramah tanpa tauliah. Perkara ini tidak selaras dengan hak asasi manusia. Dalam Islam kita galakkan perbincangan, bukannya menghalang pandangan seseorang. “Kalau mufti negeri dan ketua institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Jakim boleh mengeluarkan pendapat mereka sendiri, hak yang sama perlu diberikan kepada semua umat Islam di negara ini,” katanya. Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa pula percaya penguatkuasaan Islam ke atas masyarakat agak keterlaluan. sedangkan perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang negara. “Kita tahu perkara yang bertentangan dengan agama Islam antaranya adalah khalwat, tidak berpuasa, tidak solat Jumaat, tetapi kenapa perlu ada penguatkuasaan ke atas mereka. “Setiap individu berhak menentukan Islam yang bagaimana dia akan praktik, sekali gus menjadikan (Malaysia) negara Islam lebih bertoleransi. Kita juga tidak mahu isu seperti merampas Bible menimbulkan keresahan orang bukan Islam,” katanya. Forum yang berlangsung di Kampung Baru itu menarik hadirin daripada pelbagai latar belakang, termasuk beberapa orang berbangsa Cina.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/27/forum-sekolah-salah-ajar-islam-institusi-agama-perlu-diubah/
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2019 02:56 PM
Memang salah pun, semakin mengarut pahaman islam melayu baru ni.
Ubah dengan segera sebelum ianya menjadi barah dan memecahbelahkan perpaduan negara.
Pihak berkuasa malaysia kena hantar lobai lobai bbnu ni ke eropah untuk mendalami islam. Jangan hantar Middle East lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Silibus pendidikan dan institusi pendidikan Islam di negara ini perlu diubah kerana dianggap mengajar perkara salah sehingga membina mentaliti dan kelakuan negatif dalam masyarakat, kata aktivis kontroversi Wan Ji Wan Hussin.
Pengarah akademik, badan penyelidikan sosio-budaya, Saudara itu berkata, perkara yang perlu diubah adalah mentaliti orang Islam mengenai isu kafir, nabi dan kahwin bawah umur.
“Kenapa umat Islam di Malaysia diajar bahawa orang bukan Islam adalah kafir dan musuh? Isu kafir harbi sudah tidak relevan.
“Sebagai seorang Ahli Sunnah wal Jamaah, kalau kita percaya kita benar, kita tidak perlu takut sehingga melabelkan mazhab atau agama lain sebagai haram dan sesat.
Wan Ji Wan Hussin :
“Kisah popular Nabi Muhammad berkahwin dengan Aisyah pada usia 9 tahun juga adalah salah. Ada hujah mengatakan beliau sebenarnya berkahwin pada usia 17 tahun.
“Disebabkan kisah sebegini banyak berlaku perkahwinan bawah umur,” katanya pada forum bertajuk Reformasi Institusi Agama, di sini, semalam.
Wan Ji turut menyuarakan pandangannya mengenai kekeliruan tentang perbezaan sebenar antara nabi dan rasul.
“Dalam silibus pendidikan Islam ketika ini, maksud nabi dan rasul yang diajar sebenarnya salah. Kalau maksud nabi adalah tidak wajib menyampaikan ajaran Islam, kenapa salah satu sifat nabi adalah tabligh, iaitu menyampaikan?
“Ini mengelirukan,” katanya, dalam forum anjuran Auspice Malaysia itu, yang antara lain bertujuan membuka pintu perbincangan mengenai hubung kait Islam dan institusi Islam, selain melihat keutamaan masyarakat Islam.
Seorang lagi ahli panel, pengerusi Auspice Malaysia, Saari Sungib berpendapat:
Umat Islam perlu mempunyai hak bersuara meskipun mereka bukan seorang ahli agama bagi mengembangkan pemikiran Islam dalam masyarakat.
“Kita sering mendengar ada individu yang ditahan kerana memberikan ceramah tanpa tauliah. Perkara ini tidak selaras dengan hak asasi manusia. Dalam Islam kita galakkan perbincangan, bukannya menghalang pandangan seseorang.
“Kalau mufti negeri dan ketua institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Jakim boleh mengeluarkan pendapat mereka sendiri, hak yang sama perlu diberikan kepada semua umat Islam di negara ini,” katanya.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa pula percaya penguatkuasaan Islam ke atas masyarakat agak keterlaluan. sedangkan perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang negara.
“Kita tahu perkara yang bertentangan dengan agama Islam antaranya adalah khalwat, tidak berpuasa, tidak solat Jumaat, tetapi kenapa perlu ada penguatkuasaan ke atas mereka.
“Setiap individu berhak menentukan Islam yang bagaimana dia akan praktik, sekali gus menjadikan (Malaysia) negara Islam lebih bertoleransi. Kita juga tidak mahu isu seperti merampas Bible menimbulkan keresahan orang bukan Islam,” katanya.
Forum yang berlangsung di Kampung Baru itu menarik hadirin daripada pelbagai latar belakang, termasuk beberapa orang berbangsa Cina.
|
|
|
|
|
|
|
|
Towards malaysia as turki - attartuk in the making
Islam dan liberal xkn bole ngam
Belajar Islam tanpa Quran, sesat
Belajar Islam tanpa hadis, sesat jgk
Belajar Islam pakai logik akal 100% pun sesat
Ade benda akal manusia limited nak proses, sebab tu rukun iman ade perkataan PERCAYA
Percaya itu xsemestinya ade bukti dan fikiran logik manusia
Moga Allah jaga akidah kita |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Takmo komen la pasal sifat tabligh para Nabi tu sbb akak bukan pakar. Sbb apa tabligh jadi sifat wajib para Nabi tu, kena check betul2. Mungkin kes lost in translation. Yg akak tahu, para nabi tak dikehendaki menyampaikan dakwah kpd org lain n tak diturunkan kitab atau suhuf seperti para Rasul.
Umat Islam wajib belajar ilmu2 yg fardhu ain yg 3 itu iaitu Tauhid, Feqah n Tasawwuf. Dah betul situ, barulah dtgnya akhlak, amalan dan pandangan2 yg mengikut syariat Islam yg betul. Cari ilmu2 tu. Yg pi buat benda2 bodoh spt kahwin bwh umur bukannya budak2 bwh umur. Org dewasa yg jahil. Dah jahil, takmo plak pi belajar dgn guru yg betul. Belajar ikut logik dia.
Kalau dah bukan Islam mmglah namanya kafir, tapi bukan musuh. Tp tgk juga, kafir harbi ke kafir zinni. Yg harbi suka memecah-belahkan org tu kenalah pantau sbb mmg musuh pun.
Yg nak beri pendapat mmg kena beri pd pakar. Tauliah tu tak semestinya pd sijil, kalau seseorg itu pakar dan berpengalaman kerana berguru dgn tok guru mursyid, ok la tu. Kalau semua bersuara, masyarakat akan jd keliru. Org yg bersifat yg jahil tk boleh la bg pendpt. Lagi bertmbh kacau-bilau haru-biru.
Apa pun, semoga Allah swt mennggolongkan kita dlm golongan mereka di jln yg lurus. Belajarlah dan teruslah belajar kerana sifat jahil itu membinasakan. Wallahua'lam. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lkick2113 at 28-1-2019 09:21 AM
“Kita sering mendengar ada individu yang ditahan kerana memberikan ceramah tanpa tauliah. Perkara ini tidak selaras dengan hak asasi manusia. Dalam Islam kita galakkan perbincangan, bukannya menghalang pandangan seseorang.
“Kalau mufti negeri dan ketua institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Jakim boleh mengeluarkan pendapat mereka sendiri, hak yang sama perlu diberikan kepada semua umat Islam di negara ini,” katanya.
Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Dr Ahmad Farouk Musa pula percaya penguatkuasaan Islam ke atas masyarakat agak keterlaluan. sedangkan perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang negara.
“Kita tahu perkara yang bertentangan dengan agama Islam antaranya adalah khalwat, tidak berpuasa, tidak solat Jumaat, tetapi kenapa perlu ada penguatkuasaan ke atas mereka.
“Setiap individu berhak menentukan Islam yang bagaimana dia akan praktik, sekali gus menjadikan (Malaysia) negara Islam lebih bertoleransi.
aku setuju dengan pandangan ni. dan aku memperjuangkan pandangan macam ni dah bertahun2 di forum ni sampai org gelar aku paderi...tapi ini lah islam yg kita nak, tu aku pernah cakap, pintu ijtihad perlu dibuka kembali, bukan hanya mufti je yg boleh keluar decree, perdebatan perlu dibuat dan those yg setuju dgn pendapat A ikut A dan those setuju dgn pendapat B ikut B, bukan hanya mufti je yg boleh keluar decree.....ni dah jadi macam zaman gelap kristian. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya betul cakap kamu...rasanya malaysia in the making mcm islam turki or indonesia...kahwin campur pun boleh...minum beer pun boleh tak haram..ada yg bertatoo lagi....
org islam kena faham agama kristian, yahudi adalah asal kepada ajaran islam tapi ajaran kristian & yahudi telah dipesongkan oleh manusi sendiri sehingga mereka jauh sesat dari ajaran agama Allah...jadi agama mereka bukan sama dgn agama kita dan mereka bukan menyembah tuhan Allah..
Islam itu mudah..tapi jangan dipermudahkan sehingga yg wajib jadi sunnat & yg haram jadi makruh...sungguh menakutkan kerajaan malaysia baru ni..
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 28-1-2019 10:22 AM
4 golongan tak perlu puasa menurut Islam bermakna nak makan tak pa tak haram ok walau kat luar rumah sekalipunggg BOLEH makannnn , jadi yg JAKIM pi dok tangkap siapa saja org islam yg makan kat luar tu ikut Islam ke ? Ke ikut suka hati buat hukum sundrik je ?
Perempuan yg haid tu haram berpuasa ok so kenapa plak dia tak leh pi restoren makan dah tak puasa ? Nak kena sorok2 makan utk apa ? Sesaja menyusahkan lah plak ye JAKIM nih
1. Orang yang sakit
Allah berfirman dalam Surat Al-Baqarah ayat 185, "Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain."
2. Orang yang sedang dalam perjalanan jauh
Nabi Muhammad bersabda dalam hadis riwayat Muslim, "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika bersafar melihat orang yang berdesak-desakan. Lalu ada seseorang yang diberi naungan. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan, "Siapa ini?" Orang-orang pun mengatakan, "Ini adalah orang yang sedang berpuasa." Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Bukanlah suatu yang baik seseorang berpuasa ketika dia bersafar."
3. Orang lanjut usia
Allah berfirman dalam Al-Baqarah ayat 184, "Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin."
4. Wanita hamil dan menyusui atau haid
Nabi bersabda dalam hadis riwayat Ahmad, "Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla menghilangkan pada musafir separuh shalat. Allah pun menghilangkan puasa pada musafir, wanita hamil dan wanita menyusui."
Apabila ibu yang sedang mengandung dan menyusui tidak mampu berpuasa, Allah meringankan untuk tidak berpuasa dan menggantinya di kemudian hari.
Sementara satu golongan yang dilarang untuk berpuasa adalah wanita dalam keadaan haid dan nifas. Nabi bersabda dalam Hadis Riwayat Bukhari, "Bukankah ketika haid, wanita itu tidak shalat dan juga tidak puasa. Inilah kekurangan agamanya."
|
|
|
|
|
|
|
|
JAKIM tuh dah jadi mcm pope yg buat hukum suka suki je tanpa berpandu pada ajaran sebenar.
|
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 replied at 28-1-2019 09:18 AM
aku setuju dengan pandangan ni. dan aku memperjuangkan pandangan macam ni dah bertahun2 ...
Lletak sesuatu pada tempatnya. Kalu ikut ideologi kau, Islam kaki mabuk minum arak berzina pun layak kluarkan fatwa kan? Iblis laknatullah dlu paling terer ketua malaikat tentu bnyk ilmu ttg kerajaan langit, pernah mengadap Allah, depan Allah, so apsal ko xikut ckp iblis je kan kan
Fahami hadis Nabi ni
Rasulullah bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a’zhom (majoriti umat Islam). Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka” -Hadits riwayat Ibn Majah.
Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:”…Barangsiapa yang keluar daripada jamaah walaupun sejengkal, maka dia sudahpun memenggalkan agama Islam…” -Hadits riwayat Imam Ahmad
Dalam hadits-hadits ini, Rasululullah melarang setiap individu muslim daripada keluar daripada kelompok umat Islam, dengan menyalahi aqidah kelompok umat Islam.
Bahkan, Rasulullah juga menegaskan bahawa, orang yang bercanggah dengan jamaah atau menyalahi majoriti umat Islam (sawadhul a’zhom) dalam masalah usul (pokok iaitu masalah aqidah), maka dia dianggap sebagai syaz, iaitu: orang yang terasing ataupun terpinggir daripada kelompok umat Islam.
So kau y menongkah arus, menidakkan alim ulama punya pandangan, kire terkeluar dari jemaah ke tak? Ulama pewaris nabi. Kenali ulama, bukan ular mak
Zaman imam 4 mazhab, ulama yang menyelesaikan permasalahan hadis dan syariah. Itu y kite pegang. Bkn ikut kepala otak sndiri
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 28-1-2019 10:11 AM
ya betul cakap kamu...rasanya malaysia in the making mcm islam turki or indonesia...kahwin campur ...
Rasulullah saw dinikahkan dgn Aisyah ra oleh Allah di langit lepas wafat Khadijah ra sbb Baginda bersedih. Bkn Baginda y pergi pinang Aisyah. 9 tahun Aisyah dah baligh pun dan bknnya 9 tahun terus duduk sama dgn Baginda..bertahun2 lepastu baru duduk sama2 kot
Nak compare perempuan dulu 9 tahun dgn akal org sekarang 9 tahun isap botol lg, mana bole
Tgk la belah2 timur tengah, eropah, amerika..9 tahun bkn mcm budak2 9 tahun kita. Dorg 9 tahun badan pn dh mcm anak dara
So nak compare malaysia dgn bangsa lain, xbijak langsung |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tapi definasi kaper harbi mana yg di ajar di sekolah ?? Pasal dlm Quran juga menyebut mereka ini adalah ciptaan Allah yg mana dipanggil berpuak2 UTK kita saling mengenali dan mengamalkan hidup berkasih sayang. Dan bagi yg di panggil kaper harbi itu adalah golongan yg terangan memusuhi agama kamu. Ini secara pengenalan utk kita kenali antara 2 golongan ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by HannahMontana at 28-1-2019 10:32 AM
Iblis tu tak sujud kepada Nabi Adam sahaja. Iblis sujud kepada Allah.
tanya marina tok wan , dia agama apa ?
siapa kata iblis jahat bilamana manusia sendiri lagi berani xsujud kepada Allah.
cakap mcm mcm ....
bab solat gagal
xde solat ,xde kejayaan . Itu undang-undang nya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Victorioussss at 28-1-2019 10:34 AM
Genkidesuka replied at 28-1-2019 09:09 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.
Takmo komen la pasal sifat tabligh para Nabi tu sbb akak b ...
Betul. Ni la bahana mengaji xabis tp buat pres conference
Tak semua Nabi tu Rasul
Tapi setiap Rasul tu Nabi
Nabi maksudnya menyampaikan kebenaran pada diri dia sahaja. Rasul pula perlu menyampaikan kebenaran kepada umat yang ditugaskan kepada dia
Contoh Nabi bukan Rasul, Nabi Khidir as
Bukan Islam otomatik kafir. Apsal org kafir nak paranoia dgn kafir? Sdangkan dajjal laknatullah pn ade tulisan kafir kt dahi dia so why bother wahai kafir sekalian?
Kafir harbi adalah org bulan islam (kafir of coz) yang zalim, menindas dan bermusuh dan melawan umat Islam.
So kalau kau bukan Islam tp baik dgn kiteorg, kau kafir
Kalu ko bukan Islam tapi zalim pd kiteorg, kau kafir harbi
Xle hadam? Xle terima? Butthurt kene panggil kafir? Lantak kau la kafir oii....ade aku kesah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada pandangan saya apa yang kamu bagi tau ni terbalik. Sekarang ni orang islam di malaya ajaran agama mereka semakin strict.
25 tahun dahulu melayu pergi pub minum beer wine tiada siapa nak kisah pun, melayu pergi club/disco minum beer tiada siapa nak kisah..tiada siapa nak tangkap pun. Sekarang tengok?
25 tahun dahulu PULAPOL dan army kemp tu ada pub untuk mereka minum beer, orang islam pun boleh minum tiada siapa nak kisah, open food court pun melayu boleh minum beer. Sekarang itu semua hanya history sahaja.
Btw macama sebelum nabi Muhammad dah ada islam? Hairan juga saya!
|
|
|
|
|
|
|
|
blastoff replied at 28-1-2019 10:21 AM
4 golongan tak perlu puasa menurut Islam bermakna nak makan tak pa tak haram ok walau kat luar rumah ...
Ini aku rasa enteng pasal penguatkuasaan hanya bagi yg sengaja meninggalkan puasa dan sengaja makan di khalayak ramai. Bagi yg mempunyai sebab rasanya mereka dikecualikan. Ini masyarakat pun rasanya paham. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Victorioussss at 28-1-2019 10:39 AM
FOTHER-MUCKER replied at 28-1-2019 10:31 AM
Pada pandangan saya apa yang kamu bagi tau ni terbalik. Sekarang ni orang islam di malaya ajaran a ...
Itu namanya amar makruf nahi mungkar
Kau nampak maksiat dan dosa depan mata tp kau diam atas alasan "kebebasan lifestyle beragama pilihan memasing"
So kalau mampus sila gali kubur sndiri, tanam sndiri, pakai kapan sndiri. Jgn panggil kariah uruskan kau sbb kau hidup dlu xikut kariah pun sbb kau pilih lifestyle beragama secara bebas
Sbb nampak kemungkaran depan mata la, kite kene halang dgn perbuatan(tangkap, dakwa, rush, raid) , kalau xmampu halang dgn percakapan (sound, tarbiah, khutbah) , kalau xmampu jgk halang dgn hati iaitu membenci ape kemungkaran y dorg lakukn (ini la selemah lemah iman) <-- ni Quran atau hadis y bgtau. Bkn ustaz sebelah rumah kau y reka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]joCkYGg2jJg[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2019 06:48 PM
Saya bercakap apa yang berlaku dahulu dan sekarang! Kerana banyak sangat bbnu dalam ni tak boleh nak bezakan orang melayu dahulu dan sekarang.
Dahulu di kl tu ada satu open food court yang besar di hadapan wilayah komplex berhampiran mesjid indian tu ..melayu minum beer tiada siapa nak kisah, food court sri hartamas(sekarang dah di dirikan balai polis) tu 15 tahun dahulu melayu minum beer tiada siapa nak kisah pun. So macamana pula islam di malaysia semakin terok seperti waktu artatuk?
Dahulu tak ada nak kafir kafir kan orang! Sekarang ni sahaja melayu semakin Islamic kekononya!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
HannahMontana replied at 28-1-2019 10:30 AM
Iblis tu tak sujud kepada Nabi Adam sahaja. Iblis sujud kepada Allah.
Iblis jadi iblis bukan sbb dia xsujud pd Nabi Adam je. Tapi sbb dia ingkar perintah Allah
Masa kiamat nnt iblis lari ketakutan bile nampak Izrail nk cabut nyawa dia..iblis mintak ampun..Allah bg simple je, pegi carik makam Nabi Adam as, sujud sekali dan Allah akan ampunkn iblis. Tp iblis still ingkar
Org Islam diperintahkan dirikan solat, tapi xbuat..ingkar perintah Allah
Suruh tutup aurat tp xtutup..ingkar perintah Allah jgk
Manusia y diturunkan Nabi dan Rasul untuk menyembah Allah dan tiada sekutu bagiNya, tapi manusi still ingkar perintah Allah jgk
So manusia2 mcm ni, bukannya iblis lg elok dari dorg. Tp dorg y sama level dgn iblis
Termasuk la aku skali. Huhuhuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|