CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2168|Reply: 9

Jadi Hamba Dan Dibiar Kebuluran, Dua Beranak OKU Mangsa Jiran Syaitan

[Copy link]
Post time 14-2-2019 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dan anak perempuannya yang kurang upaya mental menjadi hamba selama tiga minggu oleh jiran mereka.


Kate Dagley, 46, dan Karen Jenkins, 27, masing-masing mempunyai masalah pembelajaran dikurung oleh warga emas yang berkerusi roda.


Sadisnya mereka berdua ditemui dalam keadaan kurus kering dan lebam kerana dijadikan hamba oleh Jean Kelly, 54, di Coventry.


Kate dan Karen, Foto: Daily Mail


Daily Mail melaporkan, pada mulanya mereka menawarkan bantuan untuk Kelly kerana bersimpati dengan dirinya yang berkerusi roda.


Malangnya mereka dikurung, dipukul serta tidak diberi makan.


Mereka cuma dibayar dengan sebatang rokok dan diberi sisa makanan untuk kerja-kerja rumah yang dilakukannya.


Mangsa juga dipukul menggunakan kayu besbol yang dinamakan Bob oleh Kelly.


Jane (berkerusi roda) yang menyeksa mangsa, Foto: Daily Mail


Dua beranak itu dipisahkan dan dikurung di dua rumah berbeza sepanjang tiga minggu.


Namun akhirnya berjaya diselamtkan selepas jiran lain terdengar Kate menangis meminta tolong.


Mangsa mengalami keretakan tulang dan lebam di seluruh badan.


Malah doktor bimbang mereka sudah tidak berupaya makan kerana terlalu kebuluran.


Sebagai hukuman, Kelly dan suaminya, serta teman lelaki anaknya, an Healy, 29, dipenjara 14 tahun kerana bersubahat mengurung mangsa, mencederakan dua beranak itu serta memaksa mereka melakukan kerja berat.


Hakim Anthony Potter berkata, penderaan mangsa terlalu kejam.


“Mengejutkan apabila ada orang yang sanggup berbuat begini di Great Britain pada zaman ini." -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal muka mcm paki je
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Isyh ni setan dr neraka jahanam ker apa..gila btol penjara aje..kasi patah2 tulang dia..hentam ngan kayu baseball
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:08 PM | Show all posts
dia berkerusi roda macam mana boleh menyeksa orang yang sihat....

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:12 PM | Show all posts
kafer, normal la

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 10:13 PM | Show all posts
islam jugak paling best

diwajibkan anggap jiran sebagai saudara terdekat

tu sebab aku dgn jiran aku kamcing gila

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2019 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
syetan gemok tu... ada hati mengkulikan orng
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 03:08 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-2-2019 10:08 PM
dia berkerusi roda macam mana boleh menyeksa orang yang sihat....

mangsa jenis lebam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 11:00 AM | Show all posts

lembam sis bukan lebam. tpi gambar tu mmg nampak dak pompuan tu lebam2 mungkin akibat kena pukul la tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:43 AM | Show all posts
kesiannya ya allahhh, warga emas tk sedar diri dah la gemuk ada hati nak dera orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21137 Replies : 9
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44197 Replies : 609
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 2749 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 14707 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065658 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list