Sampai sekarang peserta larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19), Mohamad Ashraf Hasan masih belum ditemui.
Bulan Ramadhan kali ini memberi kesan yang mendalam terhadap keluarganya.
mStar Online melaporkan, sudah menjadi tradisi, mereka adik- beradik akan berkumpul di kampung dekat Bukit Pasir, Muar namun sambulan kali kurang meriah kerana ketiadaannya.
Acap dan keluarga, Foto: The Star
Abang sulung Ashraf, Mohd Zahiruddin berkata,
"Sebenarnya untuk Ramadhan pertama tiap-tiap tahun kami akan berkumpul di rumah mak.
"Kami akan bersahur dan berbuka puasa bersama. Tapi nampaknya tahun ini tak kesamapaian kerana Acap masih belum ditemui."
Biasanya Acap yang akan membeli murtabak kegemaran ibu mereka Siti Maznah Khamis di bazar.
Ibu Acap, Foto: mStar Online
"Dia selalu belikan mak murtabak. Mak pun ada cakak tunggu Acap belikan murtabak. Sedih jugalah. Jadi saya mohon doa orang ramai suapaya Acap pulang dalam keadaan selamat.
Seorang lagi abangnya, Mohammad Azlan kata Acap selalu akan beli ayam golek.
Setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu.
"Sebelum ini ada orang beritahu dapat petunjuk dalam mimpi selepas solat hajat. Tapi bila kami ke sana tak jumpa apa-apa. Kawasan itu memang terkenal dengan binatang berbisa dan orang hilang. Kawasan di sekitar laluan trek tak boleh masuk sembarangan.
Foto: FB Denny Lang
Azlan kata mereka tidak akan berputus asa dalam mencarinya.
"Selagi larat dari segi kewangan dan sihat tubuh badan. Dah habis usaha kami buat, kepada Allah tempat kami berserah." -CARI |