Dikala umat Islam riang meraikan Aidilfitri, timbul tanda tanya dalam kalangan peminat dunia seni tanah air mengenai status hubungan Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim yang beraya berasingan. Fizo Omar beraya di Kelantan manakala Mawar pula dilihat beraya bersama keluarga di Pulau Pinang.
Biarpun kapsyen gembira dilihat mengiringi gambar-gambar raya mereka di Instagram, namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan 'kejauhan' mereka beraya. Apakah mereka mempunyai masalah balik kampung hingga masing-masing membawa diri?
Dengan kapsyen menjadi 'part timer' menggunting rambut di Selising, Kelantan, Fizo di lihat gigih memotong rambut pelanggan pada malam raya. Sementara itu, di Permatang Pauh, Pulau Pinang, Mawar pula dilihat menyambut harijadinya bersama anaknya, Maryam dan keluarganya pada hari raya pertama, juga tanpa kehadiran Fizo.
Spekulasi makin bertiup kencang apabila Fizo memuatnaik gambar Maryam sahaja sebagai ucapan Aidilfitri tanpa Mawar dan juga dirinya.
Kredit foto: IG
Begitu juga ucapan Aidilfitri daripada Mawar mengenai harijadinya yang jatuh pada 1 Syawal serta impiannya untuk ke Mekah satu hari nanti bersama Maryam. Tiada ucapan kepada suaminya yang biasa dibahasakan "Abe Joe' seperti biasa.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Apa pun, diharapkan semuanya baik-baik sahaja. Moga Fizo dan Mawar kembali menjernihkan tanda tanya peminat dengan kemaskini terbaharu di Instagram nanti. - CARI
|