CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8893|Reply: 57

Artis Korea Dan Indonesia Tercalon Dalam ABPBH 32, Diorang Tahu Tak Tu?

[Copy link]
Post time 31-7-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Anugerah Bintang Popular Harian Metro kembali lagi untuk kali ke-32 dengan tema 'Melangkaui Sempadan'. Malam kemuncak anugerah tersebut bakal berlangsung pada 22 September depan di mana ianya diadakan untuk mengiktiraf bukan sahaja anak seni di Malaysia malah di seluruh dunia.




Bersesuaian dengan temanya, untuk edisi kali ini ABPBH telah memasukkan dua kategori artis antarabangsa iaitu artis K-Pop popular dan artis Indonesia popular dalam senarai kategori utama.

Menurut Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Encik Shamsul Azree, kategori itu diwujudkan untuk menghargai artis antarabangsa yang mencetuskan fenomena di Malaysia.

Selain trofi utama yang dipertaruhkan iaitu sebanyak 13 anugerah utama dan 5 kategori online, ABPBH juga mempertaruhkan Anugerah Sepanjang Hayat kepada anak seni yang banyak menabur jasa dalam industri hiburan.

Berbalik kepada pencalonan artis luar negara iaitu artis korea popular, antara beberapa nama yang dicalonkan adalah BlackPink, BTS, AOA, Apink, BoA, Exo, G Dragon, G Friend, Gon Yoo dan ramai lagi.


BlackPink

EXO

BTS

Manakala untuk artis Indonesia pula, nama-nama seperti Cakra Khan, Chelsea Islan,Dian Sastrowardoyo, Luna Maya adalah beberapa artis yang dipertaruhkan dalam carta undian.




Chelsea Islan

Dian Sastrowadoyo






Kalau korang memang minat dengan artis antarabangsa yang disebutkan di atas, bolehlah undi di laman web ABPBH sekarang. Jangan lupa tag artis bila menang, nanti diorang tak tahu pula! - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 10:37 AM | Show all posts
oh kategori baru sbb kategori nk dpt viewers bnyk jelah ni. specific dkt kpop dan indon... kenapa tak gabung jdi satu kategori je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Terdesak sangat ke abph ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau undi dan tercalon pastu menang diorang dtg ambik award ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:40 AM | Show all posts
mcm ntah apa2 je
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:44 AM | Show all posts
Kurex replied at 31-7-2019 11:08 AM
Terdesak sangat ke abph ni

business business.....
masyukkk  bila dapat voters dari luar Malaysia camni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2019 11:53 AM | Show all posts
Weolss tau je group fav tercalon.awal2 je semangat nak undi tapi dah tau yg group2 tu takkan datang ( retis kpop selalunya update monthly schedules diaorg kat website). Banyak lagi benda lain nak fokus mcm stream lagu dan stream video utk point music shows.
Nampak sgt ABPH cuba tarik kpop fandoms utk vote dan hypekan ABPH tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:55 AM | Show all posts
sendu nya abpbh ni sampai nak wujudkan award ni

nak tarik fans kpop la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 12:04 PM | Show all posts
Lagi kelakar bila Boss The Nizers bgtau ada artis Indon dm dia nak tanya info lanjut tentang mcamana nak join team pengundian dia. as usual la nizers dan taktik belit dia.
iols dgn gatal ginjalnya ketawa sambil memaki hamun dlm hati "kau ingat diorang hadap ke abpbh ni?"
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sangkancil replied at 31-7-2019 12:04 PM
Lagi kelakar bila Boss The Nizers bgtau ada artis Indon dm dia nak tanya info lanjut tentang mcamana ...

Agak2 chuols tau x thun ni dorg nak menangkan spe?wany Hasrita lagikah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:20 PM | Show all posts
dah lama x tgk abph ni...kesah plak retis kpop tu dgn award dr malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:26 PM | Show all posts
Mawar91 replied at 31-7-2019 12:11 PM
Agak2 chuols tau x thun ni dorg nak menangkan spe?wany Hasrita lagikah?

dgr cite yg dah tak berhijab tu katanya calon menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiab abpbh kena guna taktik cmni utk raih kpop fans
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 12:51 PM | Show all posts
iols  memang la minat kpop2 ni tp perlu ke nk buat kategori khas utk dorang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:13 PM | Show all posts
memang mengarut sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:30 PM | Show all posts
hhmmm ikut suka hati komerlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sangkancil replied at 31-7-2019 12:26 PM
dgr cite yg dah tak berhijab tu katanya calon menunggu

Wah..adekah ctnana akan menang penyanyi wanita popular kli ini?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:38 PM | Show all posts
Mawar91 replied at 31-7-2019 01:36 PM
Wah..adekah ctnana akan menang penyanyi wanita popular kli ini?

yg "DAH TAK BERHIJAB" uols
hadam balik list artis nizers
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sangkancil replied at 31-7-2019 01:38 PM
yg "DAH TAK BERHIJAB" uols
hadam balik list artis nizers

Ikan kembung kah?omg. Mau Kene carutan n cacian Ngan warga
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya laa sendu nk hadap abph utk validation drpd fans. Kot klu Lee Jung Suk or Ji Chong Wook or Lee Minho masuk kategori Pelakon Lelaki Popular...iols mmg undi satu lori...gittew
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Siti-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair beb)!!!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'muktamar PA
Views : 10851 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282552 Replies : 8330
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2250 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051162 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list