CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4684|Reply: 22

[Tempatan] Carcosa Seri Negara, dulunya hotel mewah kini terbiar. Nilai hartanah RM1 bilion

[Copy link]
Post time 26-8-2019 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Carcosa Seri Negara bakal lenyap
26 Ogos 2019


PAKAR sejarah mencadangkan kerajaan memulihara dan membaik pulih rumah agam bersejarah, Carcosa Seri Negara yang pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, bangunan itu sangat penting kerana ia salah satu sejarah dan harus dijadikan warisan negara untuk generasi akan datang.

“Sebagai satu warisan sejarah, dua bangunan itu turut menyaksikan banyak peristiwa penting. Ia harus dijaga oleh kerajaan,” katanya.

Carcosa dipercayai berasal daripada bahasa Itali bermaksud 'tempat amat disayangi' yang dibina Residen Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Sir Frank Swettenham.

Ia dijadikan kediaman rasmi beliau dan Carcosa yang dibina pada 1896 dipulangkan kepada kerajaan Malaysia pada 1987. Ia pernah menjadi salah satu hotel utama di Kuala Lumpur.

Carcosa adalah sebuah banglo mewah yang berusia lebih 100 tahun manakala King’s House yang bersebelahan dengannya pula kediaman tetamu kenamaan suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kini Carcosa Seri Negara yang dipercayai bernilai lebih RM1 bilion itu dilaporkan terbiar dan rumah agam itu semakin uzur dimamah usia.

Ramlah berkata, Carcosa dan Seri Negara adalah dua bangunan berbeza. Seri Negara yang dahulu dikenali sebagai King’s House pernah menjadi tempat persidangan Raja-Raja Melayu untuk menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

“Perjanjian itu juga menyebabkan kita membentuk kerajaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga kini,” katanya.

Tegas Ramlah, Carcosa Seri Negara mempunyai nilai sejarah dan ia wajar dihebahkan kepada orang ramai.

“Bangunan tersebut juga perlu dikekalkan dan sejarahnya diceritakan kepada orang awam supaya mereka tahu kepentingan kewujudan Carcosa dan Seri Negara di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

“Kita perlu kekalkan seni bina dan struktur bangunan itu, ia boleh dijadikan tempat memorial seperti Memorial Tun Abdul Razak atau sebagai muzium,” katanya.


Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Prof Madya Mohd Samsudin berkata, selepas kemerdekaan terdapat desakan daripada rakyat supaya bukit dan bangunan Carcosa yang menjadi milik British diserahkan kembali kepada kerajaan Malaysia demi ‘maruah negara’.

Kata Mohd, kerajaan Britain bersetuju menyerahkannya semula pada tahun 1984. Ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menerima kembali bagi pihak kerajaan Malaysia.

Menurutnya, Carcosa hakikatnya menjadi saksi penting pelbagai sejarah negara.

“Antaranya sebelum kemerdekaan pada tahun 1946, Harold MacMichael yang dihantar kerajaan British untuk menjayakan rancangan Malayan Union menjadikan bangunan ini sebagai kediaman dan bilik gerakan rancangan Malayan Union.

“Bangunan ini amat penting kepada sejarah dan warisan negara. Dari segi sejarah ia lambang perjuangan negara ke arah mencapai kemerdekaan apabila banyak peristiwa penting sejarah berlaku di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd yang juga Pengarah Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, antara usaha boleh dilakukan untuk berkongsi sejarah Carcosa Seri Negara adalah dengan menjadikan ia sebagai sebuah kawasan pelancongan yang dibangunkan dengan menggalakkan golongan muda dan pelajar menjalankan aktiviti di lokasi bersejarah tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 01:36 PM | Show all posts
hotel jaman2 akak boleh tumbuh kopek ker sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2019 03:57 PM | Show all posts
Carcosa Seri Negara tidak akan dijual
26 Ogos 2019


KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi jaminan bangunan Carcosa Seri Negara yang berusia setengah abad tidak akan dijual.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Isham Ishak berkata, kedua-dua bangunan, Carcosa dan Seri Negara, tidak mungkin dirobohkan kerana ia adalah bangunan warisan yang dilindungi di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

"Ia tidak dibenarkan untuk dijual. Kementerian akan membangunkan semula dan memelihara tapak bersejarah milik kerajaan itu sebagai tarikan pelancongan yang baharu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, kementerian itu mengambil alih Carcosa Seri Negara daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada Mei lalu.

"Kita bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk menjalankan analisis forensik bagi memeriksa keselamatan bangunan yang terletak di kawasan seluas 33 ekar (13.35 hektar) itu," katanya.

Kajian forensik tersebut akan siap pada akhir tahun ini bagi membolehkan kementerian mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan (RFP) untuk membuka tender projek pembangunan semula di Carcosa Seri Negara.

Sinar Harian hari ini melaporkan Carcosa Seri Negara dipercayai bernilai lebih RM1 bilion itu dilaporkan terbiar dan semakin usang dimamah usia.

Pakar sejarah mencadangkan kerajaan memulihara dan membaik pulih rumah agam bersejarah itu memandangkan bangunan tersebut pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 sekali gus berkait rapat dengan kemerdekaan negara lima hari sahaja lagi.



Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:05 PM | Show all posts
Gambar mana gambar? Baru tau terbiar ke tidak. Dulu tempat ni mmg pemes...untuk org have2 jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2019 02:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:28 PM | Show all posts

ni carcosa ke seri negara aka king's house?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow besar juga ye.  Mmg design lama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:51 PM | Show all posts
orang awam boleh masuk ke untuk tengok2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hollywood dah tak mau rent huntok jadik lokasi filim Crazy Rich Asian 2 kew?

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:53 PM | Show all posts
R2D2 replied at 26-8-2019 03:57 PM
Carcosa Seri Negara tidak akan dijual
26 Ogos 2019

mujor tak boleh dijuai...sekarang ni bukan buleh, asai ada harga je semua nak kena juai!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, kita kena berterima kasih pada krew Crazy Rich Asians karna mereka la yang berusaha membaik pulih tempat ni huntok penggambaran.

Siap gomen kita dicerca lagik dalam artikel ni karna tak pedulik tempat penuh sejarah ni.

https://www.worldofbuzz.com/carc ... -restoration-works/

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:25 PM | Show all posts
Harap ada pihak yang akan sentiasa maintain tempat ni sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong.  Ramai je tourist yang berminat dengan bagunan zaman kolonial macam ni selain geng photographer
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 04:14 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 27-8-2019 02:55 PM
Btw, kita kena berterima kasih pada krew Crazy Rich Asians karna mereka la yang berusaha membaik pul ...

takpa pasni pornhub boleh bagi brazzers sewa buat syuting



tawarkan sekali program MM2H dkt pornstar2 tu seme
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 27-8-2019 04:14 PM
takpa pasni pornhub boleh bagi brazzers sewa buat syuting



Sampai hati bagi tempat ni kat pornhub!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 04:56 PM | Show all posts
tempat best mcm ni xde org nak buat duit ke... kan dah glamer umah ni kt dalam crazy rich asian....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 05:03 PM | Show all posts
Paz pernah pergi dulu masa masih beroperasi as hotel. Memang lain vibes hotel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:06 PM | Show all posts
zaman gemilang dolu2... bukan sesaje bole masuk carcosa nih... ade appointment saja bole masuk... tmpt org kenamaan sahaja... yg contact baikkkk dgn vvip baru laaa dpt muka kalo nk booked mkn situ...

skrg dtg pulak idea bodoh nih... nk sponsorship govt plak utk kos pemuliharaan tmpt nih.... pegi laa claim money & sponsorship kt kenamaan teragung yg sedap2 dpt melepak situ dulu... ape kebaikan nk guna duit govt utk pelihara tmpt lepak vvip dulu... tau ker tak duit govt tuh haa ade yg dtg dr marhem yg xpernah / xbole jejak tmpt nih... dh sesak dh jatuh senang2 claim sponsor kt govt... masa gemilang kan main berlagak... xmampu sgt baik roboh jer... rakyat marhem xrugi pun wujud ker x carsosa nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke convert ke freemason lodge je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Company iols annual dinner kat carcosa ni last year. Memang cantik sangat.. n kitorang memang aim nak dinner kat sini, but very costly yach for the event planner to beautify the place since maintenance tak berapa nak okay.. such a beautiful and historical place.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069285 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list