Satu pagi yang indah dan lambat lagi nak gaji , Ucop (bukan nama sebenar) sangat gembira kerana supervisorrr nya bernama Desmond Li (nama kat pesbuk ni) telah meng nge teks Ucop dan berjanji akan belanja breakfast.
Malah janji tersebut begitu menerujakan segenap gourmet sell yang ada disegenap tubuh beliau kerana
janji tersebut bertaip "u akan makan sungguh kenyang mcm suda mkn satu tan loh.. juga bersijiel halal tidak kandung pig".
Perut Ucop yg mmg dah kebulur kedengaran telah bergendang gendut dandut goyang dumang lantaran penantian yang dirasekan bagai seribu tahun walau hanya sepuluh minit.
Arakian sampailah masa yang di tunggu dan bungkusan diserahkan ketangan Ucop yg menerima dengan penuh kesyukuran dan seraya bungkusan dibuka lalu terpacul lah persoalan di benak Ucop.
"Juadah kejadah la Mr Li bli ni?" lalu segera disahut "Halal Wantan Mee lor" . Ucop bertambah kebingungan. "Ni mne kenyang laa Mr li..." . Lalu dengan tersengih2 dijawab "Makan satu tan mee x kenyang meh? One Ton Mee hah! Bismillah ya".