CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4970|Reply: 25

Mitos Hantu Tindih

[Copy link]
Post time 27-8-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ditindih lembaga hitam ketika tidur adalah kejadian misteri yag sering berlaku di kalangan masyarakat yang dalam kajian sains dan paranormal Barat dinamakan kelumpuhan tidur (Sleep Paralysis), merujuk kepada ketidakmampuan kita untuk bergerak ketika sedang tidur, bukan sekadar tidak mampu menggerakkan badan, malah tidak mampu bersuara dan mengalami halusinasi seram serta mimpi yang menakutkan.

Untuk pengetahuan anda, tidur mempunyai banyak tahap dan kelumpuhan tidur terjadi dalam keadaan separuh tidur, sedang nyenyak tidur ataupun terjaga.

Fasa tidur Rapid Eye Movement (mata berkedip dengan pantas) adalah tahap tidur yang paling lena.

Ketika ini, jantung berdegup perlahan, otot berada dalam keadaan yang sangat lemah, manakala otak melakukan hal-hal yang 'mengarut' serta diluar kawalan.

Pada tahap inilah mimpi terjadi dan kita dapat 'merasainya' dengan jelas sekali.

Kita mahu menjerit dan melepaskan diri dari jelmaan-jelmaan menakutkan, namun setiap sendi dan anggota tubuh tidak mampu digerakkan.

Ini terjadi kerana otak kita sebenarnya masih dalam keadaan tidur tapi tubuh ingin bangun,

Ketiadaan hubungan (disconnection) antara otak dan tubuh inilah yang menyebabkan tubuh kita terasa lumpuh).

Sleep Paralysis Diseluruh Dunia

Bagaimanapun, anda jangan terkejut kerana misteri ditindih ketika tidur turut terjadi di dalam masyarakat lain.

Di Fiji, mereka percaya ia dilakukan oleh Kana Tevoro iaitu roh seseorang yang baru muncul kerana ada perkara penting hendak diberitahu kepada orang yang ditindih, juga masyarakat yang ditinggalkannya.

Apabila melihat kejadian itu, orang yang berada berdekatan dengan mangsa akan menjerit, 'Kania! Kania!' (Makan! Makan!) untuk memanjangkan lagi tempoh kerasukan.

Tujuannya supaya mereka dapat berhubung dengan roh tadi dan bertanya mengapa ia kembali ke dunia.

Misteri hantu tindih turut berlaku di kalangan masyarakat Thailand (Phi Am), Mexico (Se me subio el muerto), Jepun (Kanashibari), Korea (Gawi nulim), Mongolia (Khar darakh), Vietnam (Made), Filipina (Bangungut) dan sebagainya.

Di Newfoundland, South Carolina dan Georgia pula, masyarakat di sana mengatakan gangguan itu disebabkan oleh syaitan bernama Hag.

Manakala di New Guinea, mereka percaya ia dilakukan oleh Suk ninmyo, iaitu pokok yang dianggap suci dan hidup dengan memakan semangat manusia.

Mengikut kepercayaan masyarakat ini, pokok tersebut mencari mangsanya pada waktu malam ketika mereka sedang tidur.

Malangnya, ada mangsa yang terjaga ketika semangat mereka dimakan, menyebabkan badannya tidak dapat digerakkan.

Semoga memberi manfaat.

Credit: SentiasaPanas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya sleep paralysis ni terjadi bukan sebab ditindih hantu tapi sebab ditindih jin. Jin ni kadang2 suka sama manusia yang terpilih. Ada banyak kes sebenarnya mangsa2 ditindih dan dirogol. Dalam islam kalau mimpi dirogol atau buat hubungan seks dengan seseorang dalam mimpi bermaksud dia telah bersetubuh dengan jin itu tanpa disedari. Jin itu menjelma ke dalam mimpinya sebagai bentuk connection. Sebab itu umat islam diwajibkan membaca ayat2 suci al quran untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan. Malah umat islam dilarang mandi dalam keadaan berbogel.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:31 PM | Show all posts
eh! ada cerita hantu pulak.

Ok. aku penah la kena tindih masa rajin bercamping dulu.

sekali sesak nafas. macam balak ada kat pangkal leher. raba-raba rasa bulu kasar. kerinting pulak tu. raba lagi atas rasa lembik tapi berbulu jugak. sekali aku hayun sekuat hati. serentak bunyi jeritan penuh kesenakan memecahi kesunyian malam yang gelap gulita tu.

moral of the story, kena pilih geng yang jenis bukan tido buas kalau nak camping.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 27-8-2019 04:30 PM
Sebenarnya sleep paralysis ni terjadi bukan sebab ditindih hantu tapi sebab ditindih jin. Jin ni kad ...

Aku harap la jin pompuan tu tak mengandung. Jenuh kalau ada anak di alam jin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
7th replied at 27-8-2019 05:31 PM
eh! ada cerita hantu pulak.

Ok. aku penah la kena tindih masa rajin bercamping dulu.

Serius sis baca tau..sabau jela.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berjaya gak baca. Okaylah, cuma gambar je scary nak tengok.

Fox pun pernah juga mengalami kena tindih ni dulu2, sedar and baca ayat2 suci seperti ayat Kursi. Tapi dalam kena tu, macam susah nak baca, kena kuatkan diri juga.

Pernah juga menyaksikan roomate kat U dulu kena tindih. Tak nampak yang menindih (memang selalu doa supaya jangan nampak) tapi tengok muka roomate yang berkerut dengan mulut kumat-kamit, agaknya baca doa dan ayat2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn tidur sblh dinding yg atasnya hantu suka main terjun2, pergi mengaji kurang2 3x seminggu,  kalau berjiran dgn india yg sembah patung mau hari2 ngaji sehingga hantu itu datang dlm mimpi marah2
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 12:29 PM | Show all posts
aku pernah kena mcmni, tp bukan di tindih, lebih kurang mcm kena tindih, x boleh buka mata dan bergerak masa tidur..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2019 12:39 PM | Show all posts
bcomplex replied at 29-8-2019 12:29 PM
aku pernah kena mcmni, tp bukan di tindih, lebih kurang mcm kena tindih, x boleh buka mata dan berge ...

apa beza nya tu.. ditindih.. kena tindih.. mcm sama jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 12:42 PM | Show all posts
saya salu la kena tindih ni.. tp dulu masa belajar dr kerap kot compare dgn zaman skrg dah bekeluarga ni..
kdg tu bukan tindih.. tp kalo tiba2 masatu tido meniarap, kita tiba2 terjaga tp mcm taleh/susah nak angkat bahagian2 sendi.. dia mcm berat mcm mana tah.. nak kata tindih.. masatu sedar.. sbb kalau tindih xleh nak bgn terus/buka mata bagai.. salu jd kat kaki.. kat lutut tu.. kena la pelan2 angkat kaki/badan tu utk pusingkan badan balik dr meniarap. tp dlm proses tu mmg sakit la kaki tu.. ke ada nama lain sakit mcm ni.. sesapa ada pengalaman yg sama tak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 29-8-2019 12:14 PM
Jgn tidur sblh dinding yg atasnya hantu suka main terjun2, pergi mengaji kurang2 3x seminggu,  kalau ...

Patutlah suami slalu kena tindih sebab dia tido sebelah dinding. Pastu mesti dia mengilai2...
Dulu2 seram jugak, lama2 jadi cemuih da. Dlm semggu paling kurang mesti jadi sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2019 05:44 PM | Show all posts
kadang terasa kena himpit smpi tak bernafas, campur mcm ada angin tiup dgn kuat masa kena himpit tu...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 08:31 AM | Show all posts
Seumur hidup sekali jer kena tindih waktu bercuti di Langkawi. Tengah sedap tido kat calet tetiba rasa  kena tindih dan bila muka mata suasana hitam jer. Nak baca ayat alquran pun tak boleh. Beberapa saat lepas tu baru suasana kembali pulih, suasana gelap tetiba terang dengan lampu calet.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks sharing korg pnye experiences. So far alhamdulillah, sis belum merasa. And hopefully xnak bnda2 ni jdi kt sis. Mntak dijauhkn sgt2..baca pgalamn kwn2 n org2 lain pun dh rse seram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
puanserama replied at 29-8-2019 12:39 PM
apa beza nya tu.. ditindih.. kena tindih.. mcm sama jerrr

Yela serama. Sis pun Cnfuse jap ayat bcomplex ni. Mohon pncerahan dr empunya diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 28-8-2019 02:40 PM
Berjaya gak baca. Okaylah, cuma gambar je scary nak tengok.

Fox pun pernah juga mengalami kena ti ...

Wah, gagah la jgk fox membaca sgala surah2. Ade org smpai x mpu nk baca surah or zikir even skit pun. Sesak nafas x mase kena tndih tu. Macam cramp eh anggota2 bdan kita. Sis x pnah ade pgalamn. Tu yg wonder tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itzy replied at 27-8-2019 05:30 PM
Sebenarnya sleep paralysis ni terjadi bukan sebab ditindih hantu tapi sebab ditindih jin. Jin ni kad ...

Wehhh serious la kalau mimpi dirogol maknanya kita bersetubih dgn jin? Aku lately ni kerap pulak mimpi buat hubungan intim. Nak kata tido x basuh kaki, sebelum tido siap solat dulu kot... serious la weeyyy... jgn main2. Ai is seram already.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cahayahidupku replied at 30-8-2019 10:27 AM
Wah, gagah la jgk fox membaca sgala surah2. Ade org smpai x mpu nk baca surah or zikir even skit p ...

Masa kena tu, memang rasa susah betul nak baca apa2 ayat suci, sebab macam kena tahan. Rasa macam dada kena himpit.

Petua yang fox dapat dari nenek dan pembacaan, bila nak tidur, baca surah 3 Kul tu, selain Al Fatihah, Ayat Kursi. Pastu tidur digalakkan mengiring. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 30-8-2019 06:20 PM
Masa kena tu, memang rasa susah betul nak baca apa2 ayat suci, sebab macam kena tahan. Rasa macam  ...

Alhamdulillah dr zmn remaja hgga kini, saya cnsisten mgamalkan bacaan2 trsebut sblum tdur.
Btw, fox slalu kena ke.?mmg xde hint2 eh..dia trus trjah je ke.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cahayahidupku replied at 30-8-2019 07:11 PM
Alhamdulillah dr zmn remaja hgga kini, saya cnsisten mgamalkan bacaan2 trsebut sblum tdur.
Btw,  ...

Memang fox pun sama amalkan, selain doa dalam bahasa Jawa yang nenek dan arwah moyang fox bagi. Fox terkena dulu2, ada la 2-3 kali. Tapi jarak2 lah. Lama dah. Alhamdulillah sekarang takde kena.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.153391 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list