View: 15857|Reply: 165
|
[Tempatan]
Seremban: Pensyarah UiTM ditemui mati di rumah
[Copy link]
|
|
BERITA»Kes
Sabtu, 14 September 2019 | 1:59pm
CARI
Pensyarah UiTM Seremban 3, Badrul Azmier Mohamed@bakar ditemui mati dalam rumah sewanya di kawasan perumahan Jalan Suriaman 3, Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Pensyarah UiTM ditemui mati di rumahOleh Hasbi Sidek
[email protected]
SEREMBAN: Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban 3, ditemui mati dalam rumah sewanya di kawasan perumahan Suriaman 3, Bandar Sri Sendayan, dekat sini, petang semalam.
Mayat pensyarah Sains Politik, Badrul Azmier Mohamed@Bakar, 43, itu ditemui kira-kira jam 6.30 petang, selepas seorang jiran menghidu bau busuk dari rumah lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata pensyarah yang belum berkahwin itu dipercayai sudah meninggal dunia dua sehingga tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang mereput.
“Jirannya seorang lelaki yang menghidu bau busuk bertindak menghubungi pihak polis sebelum sepasukan polis tiba di lokasi kejadian, namun mendapati rumah itu berkunci dari dalam.
“Polis kemudian meminta pengawal keselamatan untuk menghubungi waris pensyarah berkenaan sebelum kakaknya yang berusia 40-an tiba dan membuka pintu rumah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Said berkata, polis menemui mayat pensyarah berkenaan terbaring di atas katil dalam bilik utama dalam keadaan hanya memakai seluar.
Beliau berkata, mayat berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan polis di lokasi penemuan mayat dan hasil bedah siasat di HTJ mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian pensyarah itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Siasatan mendapati pensyarah itu tinggal berseorangan di rumah sewa berkenaan.
“Mayatnya dituntut oleh ahli keluarganya hari ini untuk dikebumikan di Melaka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
PENSYARAH Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban 3, Badrul Azmier Mohamed @ Bakar.
Punca kematian pensyarah tidak dapat ditentukan
Oleh Azzman Abdul Jamal
[email protected]
SEREMBAN: Bedah siasat terhadap pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban 3 yang ditemui meninggal dunia di rumah sewanya di Suriaman 3, Bandar Sri Sendayan kelmarin, tidak dapat mengenal pasti punca kematian.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini semalam, mendapati punca kematian Badrul Azmier Mohamed @ Bakar, 43, tidak dapat ditentukan berikutan keadaan mayat yang reput.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat sudah dituntut ahli keluarga untuk pengebumian di Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan bau busuk membawa kepada penemuan mayat mangsa di rumah sewanya, petang kelmarin.
Mayat ditemui jam 6.30 petang kelmarin selepas jirannya menghidu bau busuk dari rumah lelaki berkenaan.
Berdasarkan siasatan polis, mangsa dipercayai meninggal dunia antara dua hingga tiga hari sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai.. Kesiannya. Adik i pun ada sorg, bujang dok sensorang. Kalau sakit demam pun org tak tau. Mak dah bising sbb anak bujang belum nmpak ada calon.. Asyik melancong je |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah, semoga diampunkan segala dosa dan ditempatkan dlm klgn org yg beriman |
|
|
|
|
|
|
|
Macam muka awal ashari sikit2 especially senyuman lebar |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
Salam takziah buat keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Tu la bujang sekalipun kalau boleh jgn tinggal sorang2. Risau jadi mende cam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
U ada housemate ke?
Kawan2 i pun ada nasihat begini. Dibuatnya pergi ke dunia sebelah sana tanpa ditemani sesiapa di sisi nanti mereput membusuk dalam rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cekla replied at 16-9-2019 09:24 AM
Aduhai.. Kesiannya. Adik i pun ada sorg, bujang dok sensorang. Kalau sakit demam pun org tak tau. ...
Tu bukan tkde calon.tu salah sendiri. tak nak cari sekalipun mampu |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik jiran prihatin.. takut gak jd camni.. slalu pesan kat opismate kalo tetiba x reply wa x jwb call tlg dtg umah check.. dan slalu gak doa supaya x mati dlm keadaan seorg diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah
selama tempoh tu xpernah dihubungi keluarga atau sesiapakah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan lain kali cerdik lah sikit. Kalau dh tahu kes kematian mengejut begini, tiada unsur jenayah, tak perlu tulis pun mayat dijumpai dalam keadaan berpakaian atau tidak, berbaju, berseluar apa.
Fakta tu tak perlu sebab bukan kes Jenayah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa memula baca
Pensyarah sains politik
Iols.ingat peter johnson
Ya amponnnn..sorry sirrrrrr.. |
|
|
|
|
|
|
|
little_sis replied at 16-9-2019 10:19 AM
nasib baik jiran prihatin.. takut gak jd camni.. slalu pesan kat opismate kalo tetiba x reply wa x j ...
Ati ati uols
Iols ada sorang kawan ni..dok sorang dalam rumah...
Tiap selang 2 hari ada orang perhatikan dia..dari opis..market dia pi...speedmart...last skali umah dia..
Naseb dia dok kondo jadi selamat sikit la rasa..
Dia report polis..tapi tu lah..licik orang tu
Takut jadi apa apa kan...sebabdia slalu balik malam..
Kat kawan kawan pon dia pesan kalau xde nampak dia dalam 2 hari..naik atas melainkan dia balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahiwainna ilaihirojiun. Sian meninggal sorang2. |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 16-9-2019 10:10 AM
Tu bukan tkde calon.tu salah sendiri. tak nak cari sekalipun mampu
Entah ler... Org nak dia tak nak, yg dia nak org pulak tak nak. Dulu dok menyewa rumah dengan kawan, kawannya kawen tinggal dia sensorg. Sekarang dah beli rumah sendiri, umur dah masuk 30..tak tahu la calon yg mcm mn dia suka.. Kakak ada tlg carikan, tp senyap je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|