View: 29007|Reply: 201
|
Penampilan Henry Golding Dalam Last Christmas Bikin Wanita Mat Salleh 'Pecah Ova
[Copy link]
|
|
Selepas filem Crazy Rich Asians dan A Simple Favor, bintang Hollywood kelahiran Sarawak, Henry Golding, 32, sekali lagi tampil di panggung wayang minggu ini menerusi filem terbarunya Last Christmas.
Kredit foto: Carian Google
Dalam filem itu, Henry memegang watak romantik berpasangan dengan pelakon Emilia Clarke, 33. Turut membintangi filem itu termasuklah pelakon Malaysia, Michelle Yeoh dan pemenang Oscar, Emma Thompson.
Bagaimanapun, impak filem terbaru Henry ini berlainan daripada filem-filem terdahulu kerana semakin ramai wanita yang memuja paras rupanya.
Terdahulu, portal hiburan terkenal Buzzfeed memaparkan sebuah artikel yang menggambarkan ketaasuban penulis terhadapnya bertajuk 'Henry Golding Is So Handsome It Hurts'.
Kredit foto: Buzzfeed
Selain itu, Henry juga berjaya tersenarai dalam acara tahunan majalah People, Sexiest Man Alive. Walaupun tewas di tangan penyanyi John Legend, Henry diberikan gelaran Sexiest Funky Fashion Sense kerana gaya pakaiannya yang sering menjadi perhatian.
Kredit foto: People
Kredit foto: Twitter
Pengaruh Henry tidak terhad dari sudut fesyen sahaja. Majalah berpengaruh Time turut menyenaraikan Henry dalam senarai Time Next 100 kerana dikatakan antara bintang yang mempunyai potensi besar.
Kredit foto: NST
Pengaruh Henry dan Last Christmas itu boleh dilihat melalui status peminat barunya di Twitter yang tidak segan-silu menyatakan pujian.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit Foto: Twitter
Berikutan meningkatnya pengaruh Henry di dunia Hollywood, penulis Ann Lee dalam artikelnya di The Guardian berkata Henry ialah antara pelakon yang berjaya mengubah persepsi penonton dan penggiat seni Barat terhadap lelaki Asia.
Dahulunya, pelakon lelaki berketurunan Asia sering diberikan watak picisan bodoh, nerd, lurus bendul atau sekadar pakar mempertahankan diri, tetapi Henry mengetepikan semua watak stereotaip itu dan berjaya memegang watak lelaki tampan dan rebutan heroin dalam kesemua filem lakonannya.
Kredit foto: The Guardian
Persoalannya, sejauh manakah pengaruh Henry Golding ini akan bertahan? Umum tahu selepas watak ketua gengster dalam filem The Gentlemen, Henry akan tampil sebagai watak lelaki gay dalam filem Monsoon.
Dengan watak-watak hitam ini, adakah bintangnya akan kekal bersinar atau adakah ini akan mengubah trajektori pandangan wanita terhadap beliau? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
iols minat henry golding masa dia mula2 jadi pengacara kt tv7 ke tv8 dulu2...x sangka akhirnya berjaya cipta nama di hollywood..tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
ada tahik lalat besar kat dada kan mamat nih |
|
|
|
|
|
|
|
Tattoo Ibanlah
|
|
|
|
|
|
|
|
kena lah dgn british accent dia, senang nk menempah nama.
dlu slalu nmpk dia kat area bangsar, naik mini tak silap.
keep up a good work sarawakian! |
|
|
|
|
|
|
|
Heols memang herlok sejak dulu yachhhh
i ols ingat heols nak 40 dah.ropanya muda lagii |
|
|
|
|
|
|
|
Ape lagi hero2 malaysia yg lain, kalo henry boleh korg pun kene try... Pedulikan org kate katek ke jawa ke... Yg penting try n konfiden... Xrugi apa2 kalo try.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang hensem dek...hakak ulang2 jek tengok teaser LC....kekkekeke |
|
|
|
|
|
|
|
mimiekiut replied at 19-11-2019 10:59 AM
iols minat henry golding masa dia mula2 jadi pengacara kt tv7 ke tv8 dulu2...x sangka akhirnya berja ...
Quickie 8tv kan? Kekeke..iols pun suka dia masa tu |
|
|
|
|
|
|
|
so raja remilah dh boleh amik henry as her idol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Inggeris yang paling utama, Raja Remilah fasih ke?
Hans Isaac boleh tembus Hollywood kot
Indon ada Iko Uwais waja tak berapa hensem tapi still ada offer |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pun filem dia juga, Snake Eyes jadi superhero
Dengarnya dibayar juta juta RM |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman 8TV, jauh beza wajah Henry dgn sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
ade sorang org sarawak kt opis ni.. helok jugak rupanyaa... dept lain gigih turun dept weolls nak sekodeng jantanss tuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kannn..iols mmg xde minat2 retis Malaysia ni..kalau retis hollywood tu ada la minat brad pitt bagai..ahahaha..tapi masa tu pun dia just pengacara je..tap iols suka tgk dia bukan sbb hensem je tapi nmpk very down to earth..so iols suspek taste iols mmg taraf2 hollywood je la kot..ahahaha...
baru2 ni ada tgk interbiu..dia cite ada belakon ngan matthew mcconaughey kan..mmg unsangkerable lah.cite last christmas pun ngan heroin bukan calang2...rezeki dia la kan..mmg dia terhutang budi la ngan acik accouintant ke yg up nama dia tu kan..baru2 ni ada google tgk wifey ni pun sgt cantik..sangat sepadan lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
tetap mcm apek menurut mataku |
|
|
|
|
|
|
|
Baikkkk.
Ganja cuba.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|