"Sedapnya bahasa netizen sampai ada yang kutuk Cik B minum darah kambing hitam."
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida terkilan apabila ada mulut jahat menghina rupa anaknya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, yang lebih dikenali sebagai Cik B.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/09/173611zi8ltu6tzztnunuj.jpg) Kredit foto: IG
Menerusi Instagramnya, selain menghina warna kulit Cik B, ada juga warganet mengeluarkan komen melampau dengan memftnah anaknya itu 'minum darah kambing hitam'!
Jelas Vida, dia sudah puas memaksa Cik B minum Qu Puteh, namun ditolak.
"Dia nak Jadi nigger, nak kulit gelap," tulisnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/09/173611dg9nmgowg4mtnn4j.jpg) Kredit foto: IG
Rata-rata bersetuju bahawa komen berkenaan sudah melampaui batas.
Pun begitu, ada juga yang menasihati Vida supaya tidak terlalu memaksa Cik B mengubah penampilannya secara drastik.
Sabar Cik B, banyak lagi masa nak berubah perlahan-lahan. Nanti dah besar, pandailah Cik B menghias diri sampai terkedu haters semua! - CARI |