CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14370|Reply: 104

Lepas Nora dan Rita,Nasha Aziz pun teringin nak kawin jugak

[Copy link]
Post time 7-2-2020 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 7-2-2020 04:33 PM

'Nasha teringin tapi...'

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nasha Aziz tidak pernah menutup pintu hati buat lelaki selama ini.

Jika ditakdirkan bertemu jodoh pada usia 49 tahun, bintang filem Laila Isabella dan Trauma itu hanya menyerah pada Yang Maha Esa. Sesuai atau tidak, Allah lebih mengetahui.

“Allahuakbar... Saya serahkan pada kuasa Allah, jika ada yang melamar ketika ini. Sebaik-baiknya perancangan adalah Allah.

“Kepada-Nya juga saya serahkan jodoh dan pertemuan yang bersesuaian. Sejujurnya, saya tidak pernah menutup pintu hati buat lelaki selama ini, cuma tiada jodoh serasi.

“Saya tidak mampu soal meramalkannya. Andai tidak bertemu jodoh hingga nafas terakhir, saya redha dengan ketentuan takdir yang tertulis,” katanya kepada BH Online.

Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abdul Aziz berkata, dia percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik persoalan jodohnya hingga hari ini.

“Allah mahu memberikan sesuatu yang lebih istimewa apabila saya menjaga ibu kandung dan ibu angkat yang kini hidup sendirian. Nikmat ini lebih besar daripada segala-galanya.

“Saya tidak sesekali melepaskan tanggungjawab sebagai anak, apatah lagi saya satu-satunya anak yang belum mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak pernah menganggap bebanan, sebaliknya saya bersyukur diberikan peluang berbakti dan menjaga kedua-dua ibu hingga akhir hayat.

Ada anak-anak yang terlepas nikmat menjaga ibu bapa mereka,” katanya yang sibuk di lokasi penggambaran filem Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia.

Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-17 itu berkata, dia percaya tidak mampu memberikan perhatian terhadap kedua-dua ibunya yang uzur, sensitif dan perlu diberikan perhatian jika berkahwin.

“Jadi, nampak tak apa yang Allah mahu anugerah pada saya. Jika bersuami, sudah tentu saya harus meninggalkan kedua-dua ibu saya.

Saya sendiri pun sudah berusia, apatah lagi mereka, tentu lebih berumur dan keadaan uzur. Fitrah manusia, apabila berusia anak-anak harus memberikan lebih perhatian.

“Biarlah Allah tentukan jiwa saya untuk siapa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2020 03:57 PM | Show all posts
Rugila masa hot dulu tak mau kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 7-2-2020 03:57 PM
Rugila masa hot dulu tak mau kawin..

Jodoh xde.couple putus,tunang pon putus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 04:39 PM | Show all posts
dulu dia pernah bertunang ngan faizal husin kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 04:40 PM | Show all posts
sis minat nasha.....igt dlu2 masa zaman yahoo mesengger, guna pic nasha wat profil pic...

tp dia cucuk muka kuat sgt.....kau dh ckup cntik la nasha!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2020 04:44 PM | Show all posts
nanies replied at 7-2-2020 04:39 PM
dulu dia pernah bertunang ngan faizal husin kan?

Ada 2,3 kali bertunang kut..ni salah satu..

https://selongkar10.blogspot.com ... longkar%20Selebriti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2020 05:06 PM | Show all posts
Punyalah cantik nasha ni dulu.... tapi sejak muka nasha jd lain hilang keayuannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama dia aisyah aziz . Sama dgn mamisa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni ada jer yg nak. bertunang pun beberapa kali tp bermasalah pasal wali. ada kes dulu2 dgn bapa kandung. sb dari kecik duduk dgn famili angkat. kalau dia berbaik dgn bapa kandung mungkin dah beranak pinak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat jodoh .. doa kan la supaya ketemu teman nya nnt. Bukan tak laku.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 7-2-2020 05:08 PM
Nama dia aisyah aziz . Sama dgn mamisa.

Same gak dengan nama adek aliff aziz yang seksi tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung diaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:46 PM | Show all posts
atas berkat menjaga ibu dia tu, wpun dia sdiri xde anak utk jaga dia di hari tua aku doakan semoga cik nasha diberikan kesihatan dan kesenangan hidup smpi akhir hayat, mampu jaga diri sendiri tanpa harapkan bantuan org
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Nasha. Mudah2an bertemu jodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
paanley replied at 7-2-2020 05:11 PM
dia ni ada jer yg nak. bertunang pun beberapa kali tp bermasalah pasal wali. ada kes dulu2 dgn bapa  ...

Tu bukan masalah dowh. If ko hada prob dengan bapak kandung, ko apply ja wali hakim. Mahkamah bagi jah if memang bapa kandung pangai seropa korona virus.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:51 PM | Show all posts
paanley replied at 7-2-2020 05:11 PM
dia ni ada jer yg nak. bertunang pun beberapa kali tp bermasalah pasal wali. ada kes dulu2 dgn bapa  ...

kesian ye sbb masalah wali

until now tak kahwin

i igt dia yg takmo kahwin tats y putus

rupaynya masalah wali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 05:55 PM | Show all posts
kelopak hidung dia bentuk segi tiga meninggi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia peenah gk bercinta jap dgn iman tang pengurus si fazura..dgn maulana pn pnh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 06:01 PM | Show all posts
Suka dulu dia dengan Faizal Hussein. Tapi nak buat macam mana tak da jodoh. Faizal pon dah ada famili sendiri. Anak pon dah besar. Doa yang terbaik buat Nasha.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari ayat dia nmpk la dia semacam redha ngn takdir. Bagus nasha.
Walaupon muka u dh alter kemain, Ai tetap minat youu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.088940 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list