Selepas penangkapan Billy Milligan, doktor psikitari dapati ada 10 karektor berbeza yang ada dalam diri Billy. Sepuloh kerekter ni mempunyai nama, jantina, minat, gaya dan even kewarganegaraan yang berbeza antara satu sama lain. Ada yg dari amareka, ada dari chez dan yang ada dari german. Jauh nau datangnya tu. Ada karekter dalam otak si Billy ni yang pandai melukis, ada yang pandai main music. Tak kurang jugak la yang kejam dan ganas.
Sebagai contoh, dalam badan dia ada watak sorang budak berumor 8 tahun nama dia David, handel emosi “KESAKITAN” dan suka melukis.
Sorang lelaki dewasa berketuronan Yugoslavia nama Ragen Vadascovinich, penyimpan kepada emosi “KEBENCIAN”. Pandai karate dan cekap guna senjata api.
Sorang budak lelaki bernama Danny, 14 tahun, handle emosi “TAKUT” juga suka melukis macam David.
Budak remaja 18 tahun dengan nama Allen, suka merokok, pandai main drum dan suka melukis potret. Mostly dia banyak mempengaruhi Billy. Suka manipulate orang sekeliling dia.
Tommy 16 tahun, pandai main sexaphone macam kassim selamat. Pandai melukis plan dan landscape. Suka melepak dekat library dengan Arthur dan banyak baca buku pasal lukisan plan dan landskap.
Arthur, remaja berumor 22 tahun seorang yang cakap dengan loghat england sangat pandai dalam bidang sains, perubatan dannnn hematology.Hematology ni kajian pasal darah manusia. Google boleh bagi tau lebih lanjut pada kita. Haha…
Christine, sorang budak pompuan umor 3 tahun, akan keluar bila suasana keliling Billy selamat dan mostly dia akan lead diwaktu waktu tenang.
Adalana, 19 tahun. Sorang pompuan yang suka memasak dan mengemas, juga seorang“LESBIAN”. Karektor Adalana ni la yang lead Billy Milligan untok merogol 3 orang budak perempuan kat Universiti Ohio tu. Walaupun siBilly ni melarang semua watak dalam kepala otak dia untok menjalinkan hubungan dengan perempuan, tapi undang undang diri dia ni tak termaktub kat Adalana ni sebab dia sorang lesbian. Gitu pulak ye. Jadi Adalana ambik kesempatan ni dengan cari perempuan untuk dijadikan skandal selain dari Billy. Adalana xplain dalam mahkamah,dia cuma nakkan perhatian dan rasa disayangi oleh seseorang masa diabuat jenayah tu.
Christopher, pandai main drum dan harmonika. Baru 13 tahun tapi sangat talented dalam music. Jugak seorang yang bercakap dengan accent england (englishman ). Tapi dia tak berapa aktif dalam mempengaruhi kehidupan Billy. Sesekali je keluar. Lebih suka duduk diam.
Billy Milligan. Watak utama dan core dalam diri dia sendiri. Karektor utama Billy Milligan adalah mission untuk membunoh diri. Sentiasa nak cari jalan untuk membunuh diri. Untuk memastikan semua karektor didalam otak Billy ni terus hidup, jadi watak Billy Milligan sentiasa ditidurkan oleh karekter lain yg ada. Jadi Billy Milligan sentiasa dalam keadaan “Deep Sleep”. Kerektor lain tak nak dia bunuh diri. Kalau ada peluang untok Billy bunoh diri, dia akan digagal kanoleh watak lain dalam otak dia. Secara tak langsung, watak watak utama yang menjadi main role dalam kepala otak dia telah menyelamatkan nyawa dia sendiri.
Masa Billy ditangkap, dia pun tak tau menau apa kesalahan dia. Dalam keadaan blur tu dia ditahan reman dan dihadap ke mahkamah. Masa dalam perbicaraan, mula mula hakim pun tak percaya dengan keadaan kepala otak si Billy ni. Sampai la beberapa ketika yang diorang perasan bila Billy kerap menukar intonasi bercakap dan accent yg dia pakai punlain lain. Setiap kali satu satu watak muncol, dia akan menukar lenggok bercakap, gaya badan dia pun lain. Kadang ganas, kadang lembut, kadang takut, kadang menangis, kadang blur tak tau menau apa apa pun macam baru bangun dari tido.
Tadak sorang pun dari banyak banyak karekter / watak yang ada dalam diri Billy ingat dan acknowledge pasal kejadian rogol tu. Diorang semua mcm tak ada sekali masa perkara tu jadi. Hmmm… intresting kan ?Hehe.. jawapan dia, HANYA satu personaliti SAHAJA pada satu masa yang dapat kontrol seluruh diri Billy. Termasuk lah kelakuan dia, gaya badan dia, percakapan dia dan lain lain, hanya satu saje per time.Jadi yang lain dalam mode tidor. Macam pakcik cakap kat atas tu, CORE personaliti yaitu Billy Milligan sendiri dalam keadaan DEEP SLEEP sebab asyik nak membunoh diri aje kerjanya. Watak watak lain dah force dia untuk tido.
Jadi selepas pihak mahkamah meneliti seluruh kes, bual bicara dengan semua watak personaliti yang ade dalam badan Billy, dia didapat TIDAK bersalah karena dia melakukan jenayah dalam keadaan tanpa sedau dia melakukan jenayah. Dan billy tidak bertanggung jawab pon dalam melakukan jenayah tu, atas alasan TIDAK SIUMAN.
Lepas dibicara, Billy dihantau ke Lima State Hospital, sebuah hospital mental dengan kawalan ketat yg mana semua pesalah mental diorang sumbat dalam ni. Masa dalam hospital, doktor yang merawat Billy ni jumpa lagi 13 WATAK lain yang hidup dalam pemikiran Billy. Diorang yang 13 ni dalam keadaan Deep Sleep jugak sebab yang 13 orang ni ANTISOSIAL.
Akhir sekali, kerektor / watak / personaliti yang akhir sekali doktor jumpa adalah watak saorang CIKGU aka PENGAJAR. Rupanya, watak cikgu ni lah yang reka semua watak watak lain yang ada dudok dalam pemikiran Billy Milligan ni.
Lepas 10 tahun menjalani rawatan pemulihan, doktor berjaya unite kan semua sekali watak watak ni dalam satu watak cikgu yg last diorang jumpatu. Pada tahun 1991, dikatakan Billy Milligan berjaya sembuh sepenuhnya dari penyakit mental yang dia hadapi. Dikatakan, Billy hidop dengan aman damai sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 2014 akibat kenser. Namun, kalau dikaji dan dikorek dalam banyak artikel artikel masa lampau, sebernarnya kebenaran tentang Billy ni jauh semanggang dari api.
Begitulah yang pakcik dapat ceritakan serba sedikit pada korang semua kesah saorang manusia yang mempunyai 24 personaliti yang berbeza beza hasil dari penderaan mental dan fizikal yang dihadapi oleh Billy sedari kecik lagi. Moral of the story, jangan dera anak korang ! Tapi tak juga korang biaukan anak korang sesuka hati buat apa dia suka. Didiklah anak anak dengan ilmu baik dunia mahupon akhirat. Pepatah orang tua, sayangkan anak tangan tangan kan, sayang kan bini…korang sambung sambungkan lah sendiri. Seperti biasa, artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. Mod sila rate sejuta kredit.
- OttoVon Bismark -