CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5403|Reply: 41

[Tempatan] COVID-19. Rakyat hilangkan stress PKP. Facebook @MASAK APA TAK JADI HARI INI ahl

[Copy link]
Post time 19-4-2020 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 25-4-2020 09:35 AM

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni hilangkan stres rakyat ketika PKP
3-4 minutes

KUALA LUMPUR: Di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini, sudah tentu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memenuhkan masa terluang mereka dengan memasak.

Malah, ada yang 'berani' mencuba skil memasak meskipun tidak pernah melakukannya sebelum ini.

Pelbagai resepi viral mahupun resipi turun temurun dari masakan tradisional, barat mahupun Asia turut dikongsi di laman sosial media masing-masing.

Tidak terkecuali laman sosial Facebook @MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL yang mencuit hati apabila rata-rata netizen berkongsi gambar serta bercerita mengenai masakan mereka yang tidak menjadi.


Hanya dalam tempoh beberapa hari, netizen yang mengikuti page ini telah meningkat kepada lebih 750,000 pengikut.

Pemerhatian Astro AWANI tidak kering gusi melihat telatah setiap netizen menceritakan kejutan resepi mereka.

Ada yang membuat pau dan kek tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Ikuti beberapa posting yang dimuat naik dalam laman Facebook ini. Sudah tentu memberi gelak ketawa kepada penonton.


Apa pun, tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang duduk dirumah mengikut arahan PKP yang dikuatkuasakan sehingga 28 April ini.




Menurut pemilik laman sosial ini, Norlaila Dollah Ahmed, 46, berasal dari Grik, Perak dan menetap di Nilai, Negeri Sembilan berkongsi bagaimana beliau memulakan laman sosial yang kini mempunyai lebih 818,000 pengikut dalam tempoh enam hari.

"Pada 14 April itu, sehari sebelum tu saya buat serunding post di Facebook. Masa tengah masak serunding tu saya solat, selepas tu saya tertidur, bangun saja saya tengok serunding saya hangus.

"Sejak itu saya rasa macam nak buat group masak apa tak jadi. Kawan saya tolong buatkan dan tak sangka jadi viral macam ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Justeru tambah Norlaila, beliau berbangga dapat memberi senyuman kepada semua rakyat Malaysia ketika PKP.

"Alhamdulilah ramai yang suka dan hilangkan stress bila berkongsi gambar. Ada juga yang berterima kasih dekat saya dan mesej saya kata mereka stress, tapi bila lihat page saya terus terhibur," katanya.


Perkongsian cerita ini jelas menunjukkan bahawa ia memberi gelak, ketawa kepada rakyat Malaysia ketika berdepan keadaan yang tidak pernah kita jangka.

Dis amping bersama keluarga dan orang tersayang, sudah tentu pelbagai aktiviti baik terutama memasak menjadi pilihan rata-rata rakyat di negara ini.

Teruskan dengan memanfaatkan masa terluang anda untuk mengurangkan stress dan tekanan ketika berada di rumah sewaktu PKP dikuatkuasakan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2020 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg kelakar.... ai gelak kuat2 sampai sakit perut... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih kerana bagi keceriaan dalam melawan kebosanan PKP ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I xder fesbuk uolsss.. Sape2 baik hati tolong tepek please
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal korang banyak masa tgk lawak2 ni. Kenapa aiol byk kerja
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea yg hebat. Yg post ambar kegagalan memasak pun sporting.  Pembaca pun rasa lucu hihihi. Mmg menghiburkan hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau byk kerja jgn la korang terjebak join grup ni....memang bersaka...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha..suatu masa dulu iols pernah buat kek jadi bantat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak menahan tgk sosej menggelongsor keluar dari kulitnya masa dlm kuali..
Apasal tak lekat aaa?? Dia bubuh apa..
Buat perabih modal je.. masak2 tk jadi.. hrp2 rasa nya boleh la di makan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 08:50 AM | Show all posts
stress konon terkurung kt rumah dengan ahli keluarga sdri... jenis xbersyukur
rasanya ada yg jadi gila x nti pkp sampai tahun depan

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm tak da rasa nak ketawa pun
biasa je... lucu apa nya
mungkin i dah biasa tgk food yg tak menjadi
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 10:49 AM | Show all posts
awal2 dulu ok la lawak..tapi baru2 ni mcm semua postings mcm try hard nak buat lawak..tapi ada sorang ni post video periuk dia kena sampuk tu mmg lawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2020 12:59 PM | Show all posts
FB MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL- 1 juta ahli dalam tempoh 6 hari
3 minutes

SIAPAKAH dalam kalangan pembaca SUARA MERDEKA menjadi ahli media sosial Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL?

Inilah Facebook yang menjadi tular dan mempunyai hampir 1 juta ahli walaupun ia baharu sahaja diwujudkan. Dalam tempoh sehari, MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL berjaya mencecah 500,000 ahli. Ini suatu pencapaian yang diluar jangkaan biarpun oleh pengasasnya yang dikenali dengan panggilan Kak Laila.

BAHARU SEBENTAR TADI, MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL mencapai ahli 1 juta dalam tempoh enam hari. Tahniah! Satu pencapaian yang agak luar biasa.

Dalam tempoh 24 jam, lebih 500 orang masuk menjadi ahli.

Hiburan yang dipaparkan dalam MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL mampu membuat sesiapa sahaja ketawa berdekah-dekah.

Kalau tak percaya, cuba masuk ke FB berkenaan namun untuk menjadi ahlinya, yang bertindak sebagai admin memberi beberapa syarat yang memang amat lojik untuk dipatuhi.

Ini jelas kerana MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICAL bukanlah platform yang diwujudkan untuk mengumpat (membawang), menghina, mengeji atau mengutuk sebaliknya untuk bergelak ketawa.

Tidak perlu dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular ataupun lakonan slepstik kerana MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICAL ialah platform yang dikongsi oleh ahli-ahlinya yang memasak, buat kuih muih, buat roti tetapi tidak menjadi.

Pendek kata, lain yang dibuat, lain yang digambarkan dalam fikiran, lain pula kejadiannya. Memang lucu dan geli hati apatah lagi, ditambah dengan kapsyen yang kelakar.

Bahkan komen dalam bentuk emoji sama ada tanda like atau gelak, boleh sahaja ditambah dengan komen tetapi ingat, JANGAN KUTUK, HINA, KEJI.

Dan satu perkara lagi, Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL tidak membenarkan pengiklan mengiklan produk atau perkhidmatan mereka.

Mungkin ada yang beranggapan, goreng telor adalah sesuatu yang mudah. Tetapi apabila telor yang digoreng itu kelihatan seperti jengkol atau jering dengan kulit-kulitnya sekali, ia memang melucukan.

Bahkan cubaan membuat apam turut dikongsikan tetapi bukan pembuat apam itu seorang professional dalam bidang masak memasak, tetapi amatur yang duduk di rumah dalam mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangan terkejut jika ahli MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL turut menjadi ikutan pakar masak dan artis tempatan.

Nyatalah dalam kita semua duduk di rumah dan patuh arahan PKP dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19, Facebook MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL berjaya memecahkan rasa buntu atau bosan terperuk di rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2020 04:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 04:07 PM | Show all posts
haha baca tajuk pun dah kelekar. macam tau2 jer ramai cuba nak tau ada bakat memasak tak walau basic pun tak tau aper.   ... ramai yang overestimate kemampuan diri, tapi itu tak penting, yg penting happy sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 04:15 PM | Show all posts
zehra2 replied at 20-4-2020 07:45 AM
Tak menahan tgk sosej menggelongsor keluar dari kulitnya masa dlm kuali..
Apasal tak lekat aaa?? Di ...

haha..aku tengok jugak yang tu. macam terberanak pun ada..poop poop gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2020 04:24 PM | Show all posts
dah la ketua keluarga terketar-ketar cari barang di pasaraya
itu salah beli
ini salah beli

balik rumah
menu masakan bini tak menjadi dan dengan bangganya update FB  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 04:38 PM | Show all posts
tp sejak dah femes ni bnyk yg mcm acah2 gagal......yg original fail tu yg klako
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2020 06:01 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu sbb mls nk try buat ape2 skrg ni.. Dah la stress ssh cr bahan.. Kalo x jd kemurungan.. Tp ok je gelakkan org lain buat kuih atau memasak x jd.. Terkenang ke diri sendiri memasak x jd.. Sbb bukan semua org yg pandai msk lauk pandai masak kuih muih, cake ni.. Aku dl penah try nak buat kuih bingka terjadi kek bingka.. Sbb tersilap tgk kuantiti Tepung.. Patut 3sudu aku nampak 300g..ambik kau.. Hahahaha kemurungan oii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.216246 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list