View: 11435|Reply: 150
|
[Tempatan]
Promosi Daging Dhab Sebagai Menu Berbuka Puasa, Netizen Persoal Hukum & Ini
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 8-5-2020 01:43 AM
Dhab merupakan sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Dari segi sains, binatang dhab ini dikelaskan sebahagian daripada keluarga cicak. Tambahan pula, dhab merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur dan mempunyai kulit bersisik tebal.
Di Facebook, seorang lelaki menjadi bualan hangat netizen apabila dia memuat naik satu posting yang mempromosikan dan menjual daging haiwan berkenaan. Pelbagai persoalan turut bermain di fikiran masyarakat mengenai hukum makan haiwan tersebut.
Menerusi Facebook Azr Garden, lelaki ini memberitahu bahawa bekalan biawak padang pasir ini masih mencukupi. Tambahnya, haiwan tersebut mampu dijadikan menu berbuka yang paling lazat di bumi ini. Namun begitu, rata-rata netizen meluahkan perasaan ragu-ragu mengenai posting tersebut. Malah, pelbagai komen negatif turut ditinggalkan oleh mereka.
Menerusi laman web Mufti Wilayah Persekutuan, dhab dikatakan binatang yang halal untuk dimakan kerana haiwan ini tidak memakan bangkai dan bukannya dua alam.
Hukum Memakan Dhab
Para ulama’ berselisih pendapat dalam hukum memakan dhab ini. Akan tetapi, jumhur ulama’ menyatakan hukumnya adalah harus. Ini juga merupakan pandangan Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj:
Maksudnya: “Dan umat Islam telah ijma’ bahawa memakan dhab adalah halal bukannya makruh sepertimana yang disebut oleh ashab (ulama’) bermazhab Abu Hanifah bahawa ia adalah makruh.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 93-94/13]
Antara dalil yang digunakan oleh para ulama’ dalam mengharuskan memakan dhab ini adalah berdasarkan sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata:
: : : :
Maksudnya: “Aku dan Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah SAW masuk ke rumah Maimunah. Lalu dihidangkan kepada kami daging dhab yang telah dibakar dan Rasulullah SAW menghulurkan tangannya untuk mengambil daging tersebut. Tiba-tiba sebahagian daripada wanita yang berada di rumah Maimunah berkata: “Beritahulah kepada Rasulullah SAW hidangan apa yang beliau makan?.” Rasulullah SAW pun menarik tangannya, lalu aku bertanya: “Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?.” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi ia tidak terdapat di negeri kaumku, maka aku tidak menyukainya.” Khalid berkata: “Aku mengambil daging tersebut dan memakannya, sedangkan Rasulullah SAW hanya melihat.” [Riwayat Muslim (1945)
Penutup
Rasulullah SAW tidak melrang sahabtnya memakan daging dhab ini walaupun baginda SAW tidak menggemarinya. Akhirnya, semoga Allah memberi kita kefahaman di dalam agama. Amin.
Wallahua’lam
Sumber: Facebook & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Langsung tak menyelerakan...
Lebih tepat, mengelikan..
Membayangkan cicak |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin lepas dipotong masak rendang buat sate nampak menyelerakan takpun buat masak tempayan buat golek |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa macam apa? Arnab ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by i_is_kennot at 8-5-2020 02:32 AM
Iols tgk mne tah tadi, menatang ni kena terbalikkan, / tonggeng kan utk beberapa hari sblm di kiokk kann... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ayam je, tapi lagi halus tekstur dia. daging dia pn lembut skit. Ni klu yg masak fresh la. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke org yg suka mkn ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Klu hadis tu sahih..wallahualam..
Nabi sendiri.x mkn sebb xde di negara dia..
Mean...klu makanan ni bukan makanan yg mmg biasa di negara kite..toksah la mkn..jgn jadi Hakim semua benda NK dilahapnye..
Plez...Islam da tnjukkn perkara paling mudah..Dan nabi da tunjuk jalan pun..
Makanan pelik kot |
|
|
|
|
|
|
|
wekkk tak menyelerakan langsung |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 8-5-2020 01:58 AM
Langsung tak menyelerakan...
Lebih tepat, mengelikan..
Membayangkan cicak
Mmg cicak pun dek. Cicak halal. |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 8-5-2020 02:18 AM
Rasa macam apa? Arnab ke?
Taste like chicken kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Tepi idokla teman sanggup makan cicak dhab ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dhab memang halal... tapi Rasulullah s.a.w tak pernah makan pun dhab ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau halal, sapalah kite nak mengharamkannyeee... kalau tekak exotic leh laa makan ..
eeeiii.. goli dennn ... nampak cicak pun geli, ini nak makan.. idok lerrr ... |
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 replied at 8-5-2020 02:31 AM
Mcm ayam je, tapi lagi halus tekstur dia. daging dia pn lembut skit. Ni klu yg masak fresh la.:swe ...
Btl ke ko pnh mkn reptilia ni
Igt lg ms zmn bdk2 dulu
Kt psr mlm ada jual dlm sangkar
Jual dgn minyak dhab sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Binatang boleh hidup tanpa manusia.... tetapi manusia tidak boleh hidup tanpa binatang
|
|
|
|
|
|
|
|
teen_angelJB replied at 8-5-2020 05:10 AM
Klu hadis tu sahih..wallahualam..
Nabi sendiri.x mkn sebb xde di negara dia..
Mean...klu makanan ...
Lembu kambing ayam more than enough
Klu xcukup jgk mcm2 ikan blh dimkn
Still nk mkn ke dr kategori lain
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu percaya bhw makan Dhab akan mengeraskan timun.
yg bini pulak sokong.
agaknya kalau makan biawak tu boleh tahan lama biawak pun meleyu makan
|
|
|
|
|
|
|
|
xsanggup nk tgk inikn pulak nk mkn.
adk i prnah mkn dging lndak. dah hbis mkn bru tuan rumah bgtau tu dging lndak. tah la loya mmbayangkn mknan exotic mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|