CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26571|Reply: 226

[Politik] LAGI TERKINI LAGI SENSASI! - UMNO KELUAR DARI PN

[Copy link]
Post time 30-7-2020 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by totokreturn. at 30-7-2020 01:42 PM



KENYATAAN MEDIA

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
30 hb Julai, 2020

1. UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

2. Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

3. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

4. Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

5. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

6. Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2020 01:50 PM | Show all posts
Mungkinkah PN akan menjadi kerajaan yang tidak cukup satu semester?

UMNO umum tidak sertai gabungan Perikatan Nasional
By Kasthuri Jeevendran - 30 July 2020



KUALA LUMPUR – UMNO secara rasmi mengumumkan pendirian tidak menyertai  gabungan Perikatan Nasional (PN) dan akan terus perkasakan kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN).

Keputusan itu dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi.

Menurut beliau, kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan  BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

“UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu,” katanya sambil membaca kenyataan.

Dalam sidang media itu juga, Ahmad Zahid memberitahu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai MN.

Kata Ahmad Zaid, hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Jika ya, pasti ramai yang kecewa dan meroyan...

Semoga dipermudahkan urusannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 02:05 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic) has reaffirmed his party’s earlier decision not to formally join Perikatan Nasional if the ruling pact registers as a formal coalition.

Instead, Umno will remain dedicated to the Muafakat Nasional pact it has with PAS. The party’s decision against formally joining the Perikatan pact does not mean that it’s withdrawing support from the government, he added.

“This is not announcement that we are pulling out of Perikatan. Our decision is that we are not going to be a component member of Perikatan if it were to be registered,” he said when met with reporters at the Federal Court on Thursday (July 30).

At present, the Perikatan pact has yet to be registered with the Registrar of Societies (ROS).

Earlier Thursday, Umno supreme council member Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman said that Parti Pribumi Bersatu Malaysia is expected to officially announce its cooperation with Muafakat Nasional.

He said a “charter” between Bersatu and Muafakat Nasional is expected to be signed soon.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:29 PM | Show all posts
Wah.... bestnye politik Malaysia

Who needs Maharaja Lawak anymore...

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:32 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 30-7-2020 08:47 AM

Jom undi PH



Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:35 PM | Show all posts
ehhh ada lagi ke sokong umno ni? nak jadi geng mat over ke? haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2020 01:35 PM | Show all posts
jap, ni maksudnya TSMY xde majoriti lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
masok PN pon sebab nk selamatkan diri dan org org UMNO dari hukuman pecah amanah, rasuah dll.. bajet boleh terlepas hukuman la konon bila berkuasa.. hanattttt punya perangai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2020 01:37 PM | Show all posts
zahid hamidi ni kepala taik betul.

nampak sgt nak selamatkan tengkuknya setelah TSMY xmahu deal apa jehendak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:38 PM | Show all posts
6:40

Wak Jahid kata tajuk thread ni salah...

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:41 PM | Show all posts
biar zahid hamidi keluar sorang dia. Yg lain jgn keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh time covid camni banyak pulak drama politik...penat nak layan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-7-2020 01:38 PM
6:40

Wak Jahid kata tajuk thread ni salah...

hahaaa... u turn ialah senario biasa utk sesiapa kat ci
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang sokong current pn gomen..tapi bn dan pas stick dengan mn untuk next pru. Dorang x nak bersatu join dorang. Tapi kalau jibby, wak midi dan 2-3 orang lagi lepas boleh la kot join MN..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo ka apa? Dgn mcm.mcm problem negara kita depa dok main politik lagi.  Everything is good then pi cari problem pulak. This time i nak bg non jd pm pulak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:54 PM | Show all posts
bau-bau pru semakin kencang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Zahid confident semua ahli umno dan pas setia dgn dia. Mesti Zahid panas membara kan muhyidin tak lepaskan najib. Kalau najib x lps, apatahlagi dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaru la politik malaysiaie. Yg mampus rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk misleading
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
PRU je blek dah alang2 Sabah pon nk undi semula
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2020 02:00 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 30-7-2020 01:45 PM
hahaaa... u turn ialah senario biasa utk sesiapa kat ci

Wak Jahid pun tau totok akan tak faham...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056036 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list