katanya rapat sbb kerja jer... kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...
Tiada Bunga-Bunga Cinta, Pu Riz Rapat Dengan Neelofa Sebab Kerja
Pelakon dan Pencetus Ummah (PU) Riz menegaskan dia hanya berkawan dengan pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa Mohd Noor dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Neelofa.
Menurut PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, dia kelihatan rapat dengan Neelofa hanya kerana dasar kerja semata-mata.
"Saya dah lama kenal dengan Neelofa dan saya dipanggil atas dasar kerja. Kami bekerjasama dalam satu usaha dakwah sahaja, nak buat benda baik, galak orang buat ibadah korban.
"Saya tidak mahu sebarang kontroversi mengenai perkara ini, kita nak buat kerja baik, kerja agama," katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis tayangan filem Ada Apa Dengan Dosa yang diadakan di E-Curve, Mutiara Damansara, semalam.
Ada Apa Dengan Dosa yang diterbitkan Pencil Pictures Sdn. Bhd. itu dibintangi PU Riz, Wanna Ali, Ashraf Muslim, Fasha Sandha dan Adam Corrie.
Menurut PU Riz lagi, dia enggan memberikan komen mengenai status dirinya pada ketika ini dalam kamus hidupnya tidak pernah ada istilah teman wanita.
"Nak mengenali seseorang itu saya tiada masalah cuma tiada istilah girlfriend dalam Islam. Nak mengorat wanita itu bukan style saya.
"Tentang netizen yang suka tengok saya dengan Neelofa bersama itu saya tak boleh nak buat apa sebab kita tak boleh nak kawal apa yang mereka nak katakan," ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, PU Riz kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 2, Wangsa Maju.
"Saya seronok menjalani latihan amali dan insyaAllah kalau ada rezeki saya, saya nak terus sambung mengajar sebab ia pekerjaan mulia, kita berkongsi ilmu dengan anak murid.
"Ada di antara anak murid saya yang beragama Hindu nampak berminat nak dalami Islam, saya bangga dengan perkara itu," katanya lagi. - KopiPlanet.com
Post time 8-9-2020 06:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
gummiebear replied at 8-9-2020 06:29 PM
Eh jap.. bukan puriz ni penah ada gf ke? Tiber tak penah ada istilah teman wanita dalam hidup pulakk
ya dia pernah ada gf kt uia. 5 tahun jgk couple. siap datang rumah jumpa mak ayah perempuan tu dah. tapi lepas dia makin rapat dgn lofa ramadhan haritu tiba tiba putus
Aku kalau lelaki tu super lawa tetiba aku jadi turn off
setelah dibuat kajian khas aku dapati handsome seorang lelaki bukan pada rupa jambu tp pada riak wajah jantan yg bermata tajam,jarang senyum, berjaya,kaya ,ternama
kahkahkahkahkah....
Diknah rumuskan akan hubungan katek lopak dengan PU Riz sebagai sesumpah yang jatuh longkang tetapi kecewa diselamatkan oleh katak puru.
Post time 8-9-2020 06:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ok baru tgk video iv. puriz tak sikat rambut ke tu? muka pn tak touch up ke nampak berminyak sikit la. ni kan majlis pc utk launch filem kena hensem la sikit. tapi nampak cuak puriz ni ke lofa dah warning jgn ckp apa apa psl relay diorg ni
Post time 8-9-2020 07:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kantoi kau la ustad......
awat tergagap gagap?....
dh la langsung xmnjwb soalan....
elak slagi boleh pstu selit ayat quran hadis.....
motif?......
apa slhnye ckp la #doayangbaikbaik
gitu.....baru gentleman utk jd imam lopah
wakakakkakakakakaaka!!!!!