|
|
Sembilan bulan dah sejak Elly Mazlein berkahwin dengan Mohamad Azlan Che Nuh.
Katanya pasangan ini sednag berusaha untuk mendapatkan zuriat.
 Foto: IG
Elly akan berkongsi berita gembira bila sudah tiba masa yang bersesuaian.
Tambah penyanyi dan pelakon ini lagi, dia tak mahu meletakkan harapan yang tinggi dalam soal anak kerana mempercayai perancangan Allah sudah tertulis untuknya.
"Saya ikut kata orang tua, kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi kita santai saja, yang penting jangan terlalu fikir sebab nanti akan tertekan. Insyaallah ada cuma cepat atau lambat," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu Elly kata dia sentiasa mengambil langkah menyekar akaun laman sosial yang meninggalkan komen keterlaluan.
"Saya memang tak baca kritikan atau komen negatif. Memang ada masa kita nak tahu tapi sebenarnya kita tak kuat. Kadang-kadang ada yang komen berlebihan walaupun kita tak begitu. Kalau ada komen yang melampau, kita sekat sahaja," tambahnya. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|