CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4261|Reply: 37

'Saya tak pernah makan ayam sesedap ini, cikgu' - Tangisan pelajar B40 buat rama

[Copy link]
Post time 12-10-2020 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi keutamaan kepada anak-anak golongan B40 untuk belajar di sekolah berasrama penuh (SBP) sebenarnya memberi satu rahmat kepada golongan tidak berkemampuan tetapi memiliki anak yang bijak.

Sejak kemasukan ramai anak-anak B40 ini ke MRSM atas inisiatif YB Datuk Rina Harun, beberapa rakan guru saya bercerita tentang ketabahan dan kekuatan jiwa anak- anak ini hidup mandiri jauh dari ibu bapa dengan belanja kewangan yang terhad.

"Cikgu...saya pernah terserempak dengan seorang pelajar yang duduk bersendirian di sebuah kerusi jauh dari kafeteria pada waktu rehat...saya mendekati pelajar itu kerana saya mengajar di kelasnya.

Saya bertanya padanya...kenapa kamu tak makan di kantin?
"Saya takda duit cikgu," katanya.
Tak sampai hati saya melihatnya begitu. Saya memberikan wang untuk dia makan di kantin.

Bergegas dia berlari ke kafe selepas mengucap terima kasih berkali-kali. Allah sayu saya tengok cikgu...kata rakan kepada saya.

Saya kerap melihat anak-anak murid golongan B40 ini berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Bila ditanya mereka menjawab kami kena jimat duit...jadi kami berpuasa untuk mendapat pahala selain untuk berjimat.

Di sebuah sekolah SBP lain pula, seorang guru warden bercerita kepada saya semasa menjaga dewan makan dia melihat seorang pelajar Tingkatan Satu duduk di sudut agak jauh dan makan sambil mengesat air mata. Bila guru bertanya kenapa kamu menangis? Ada orang buli kamu ke?

Dia menjawab...

"Tak cikgu...saya tak pernah makan ayam sesedap ini...masa sekolah rendah saya jarang makan ayam...ayam di asrama ni sedap dan besar...saya teringat adik-adik saya di rumah," katanya sambil mengesat air mata.
Allahu...terbungkam gurunya mendengar sambil mengurut belakang pelajarnya...Takpa...Kamu makanlah lepas ni kamu solat doakan adik-adik kamu dapat masuk SBP dan dapat makan sedap-sedap.

Kesimpulannya, ramai anak-anak dari golongan B40 mendapat manfaat daripada kemasukan ke sekolah elit seperti ini.

Mereka mungkin zero sekarang, tapi selepas SPM nanti akan keluar menjadi hero kepada bangsa agama dan negara.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni citer zaman bile? Kalau zaman 90an dulu aku percaya la. Sbb zaman skrang, ayam lg murah dr ikan dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan kat mrsm memang best
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 03:04 PM | Show all posts
annehuda replied at 12-10-2020 02:33 PM
Ni citer zaman bile? Kalau zaman 90an dulu aku percaya la. Sbb zaman skrang, ayam lg murah dr ikan d ...

xpernah hidup susah ke sis? zaman sekarang ramai miskin bandar miskin kerja gaji rendah. kalau tak rasa kesusahan berkeluarga orang susah. better kita diam dari mempersoalkan .
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jah LG zaman sekarang orang susah makan berjimat. Mak sedara I Cikgu cerita dia bawak Budak2 harapan spm g makan kfc. Then ada satu student ni tak makan pon. Bila ditanya dia cakap nak bawak balik kat adik2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 03:47 PM | Show all posts
cerita betul ke cerita hassanah?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2020 04:43 PM | Show all posts
riyadhK replied at 12-10-2020 03:25 PM
Ada jah LG zaman sekarang orang susah makan berjimat. Mak sedara I Cikgu cerita dia bawak Budak2 har ...

aduh berair mata aku. tapi pernah melalui bila makan sedap kat asrama teringat ahli keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 04:44 PM | Show all posts
annehuda replied at 12-10-2020 02:33 PM
Ni citer zaman bile? Kalau zaman 90an dulu aku percaya la. Sbb zaman skrang, ayam lg murah dr ikan d ...

ada je sis, sis je tak jumpa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-10-2020 03:04 PM
xpernah hidup susah ke sis? zaman sekarang ramai miskin bandar miskin kerja gaji rendah. kalau tak ...

Sebab penah hidup susah la aku tny. Skrang ni ikan kembung pun plg murah rm8 sekg. Harga ayam lately dh bawah rm9 sekg.  Jgn samakan ngan ayam kepsi ke mcd ke.

Lgpun kalau cikgu yg mengarang aku mmg sus. Skrang cikgu ramai yg nk jadi instafemes smpi buat2 citer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 12-10-2020 04:44 PM
ada je sis, sis je tak jumpa.

Ok la mayb betul la kot. But like I said, kalau cikgu yg citer i'm a bit sus. Tu je
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 04:57 PM | Show all posts
Aduh....sedihnya..
yang kita ni hari2 pikir nak makan apa pulak mlm nnt
dah jemu nk mkn fast food bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 08:32 PM | Show all posts
Kenapa duduk kat situ, buat sedih aje,pergi library ke.

Dulu zaman sekolah, itu dibuat kalau tak makan, sampai menang anugerah pembaca buku library paling banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg ayam mmg lagi murah dari ikan & ikan sardin branded. Tapi masih ramai juga yg mkn telur. Itu pun dibuat telur dadar. Kalo dok kg bole la kutip ulam, tangkap ikan darat, sembelih ayam kampong...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn iols dari broken family, dia cite pg sekolah, time rehat msk toilet minum air paip bagi kenyang, sbb takde duit poket. Sedih kan.

Pastu ade lagi sorg, dok asrama sekolah agama (dulu kira half gomen), kalau nk mkn kt Dewan mkn kene bayar bulanan. Parents tak mampu byr, so bagi duit poket. Hari2 dia mkn sekali je, roti canai. Bab ni iols tak faham la, kalau dah tak mampu, hantar jela sek kerajaan. Mknan dijamin, atleast anak tak perlu berlapar. Didikan agama boleh je ajar dari rumah, ni nk jgk anak msk sek agama. Pastu yuran hutang. Tak reti prioritizes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:17 PM | Show all posts
percayalah masih ramai makan nasi sekali sehari, lauk kicap sahaja. apatah lagi nak makan ayam, kfc etc. cuba bawak  turun dari kayangan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Salahkan ibu bapa yang sibuk beranak tapi x mampu nak menyara keluarga.
Ai kalau jumpa anak miskin sgt2 ai akan salahkan org tuanya
Masa kapel,laki ppuan xde kerja tetap
Asal pula keluarga susah
Pelajaran pula setakat yg wajib
Gigih juga nak bina keluarga #tilljannah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 04:56 PM | Show all posts
kalau tgk YT yg tolong org susah tu mmg kesian diorg. kat kg mak aku ade je yg mmg cut mknn. takat ayam potong kecik2 goreng kunyit sendiri tu dptla..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 12-10-2020 02:33 PM
Ni citer zaman bile? Kalau zaman 90an dulu aku percaya la. Sbb zaman skrang, ayam lg murah dr ikan d ...

Orang zaman dulu lagi mewah laaa.sebab tak payah bayar astrok,topup tenet,minum boba.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I don’t care sape yg karang cerita ni. Waima hasanah pun, benda ni mmg ada berlaku., xsemua hidup senang mkn sedap2.

Part teringat adik2 kt rumah tu aku sebak.,
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 07:51 AM | Show all posts
arffa replied at 12-10-2020 04:44 PM
ada je sis, sis je tak jumpa.

untung kan die dh la xde mslhy kewangan,org keliling pon die x penah jumpe jenis berjimat mcm tu..ramai je nak2 kat kl dan bandar2 besar..ikat perot x makan sepjg hari d skola..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.576512 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list