CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10086|Reply: 115

[Dunia] China tanggalkan kubah masjid

[Copy link]
Post time 3-11-2020 10:58 AM | Show all posts |Read mode
China tanggalkan kubah masjid

https://www.kosmo.com.my/2020/11 ... alkan-kubah-masjid/

Oleh KOSMO!
3 November 2020, 10:00 am


Pemandangan Masjid Nanguan sebelum kubah dan perhiasan dibuang. – Shuttershock/ be ibaoke

BEIJING – China membuat tindakan membuang kubah dan elemen perhiasan dari semua masjid di negara itu baru-baru ini.

Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha Beijing untuk menguburkan identiti Islam, demikian menurut laporan akhbar The Telegraph.

Masjid Nanguan di bandar Yinchuan iaitu ibu negeri wilayah Ningxia yang popular dengan kubah berwarna hijau cerah dan hiasan keemasan antara sasaran gerakan tersebut.

Beberapa gambar yang dikongsi oleh Timbalan Ketua Misi United Kingdom (UK) di China, Cristina Scott menunjukkan semua perhiasan dan warna asal masjid itu dibuang atau di-padamkan.

Hanya papan tanda dengan tulisan Masjid Nanguan dalam bahasa Mandarin dikekalkan di bangunan itu.


Hanya papan tanda bertulis Masjid Nanguan dalam bahasa Mandarin dikekalkan. – Twitter/Christina Scott

Gerakan penguburan budaya itu termasuk merobohkan ge-reja dan masjid dengan menggunakan jentolak, mengharamkan kanak-kanak Tibet belajar subjek keagamaan Buddha dan mema-sukkan jutaan penduduk etnik minoriti beragama Islam ke dalam kem tahanan yang dina-makan sebagai kem ‘jati diri’.

Presiden Xi Jinping mengarahkan semua agama perlu mempunyai elemen ‘keChinaan’ bagi memastikan mereka setia kepada parti komunis yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.

Lewat tahun lalu, pemerintah China mengarahkan semua buku keagamaan disemak dan disun-ting bagi memastikan kandu-ngannya menyampaikan mesej ber-asaskan prinsip sosialisme.

Sosialisme adalah ajaran atau fahaman yang menyarankan supaya semua hasil bumi diurus oleh pemerintah dan kekayaan diagih-agihkan kepada rakyat.

Edisi baharu buku-buku tersebut tidak boleh mengandungi apa-apa ajaran yang bertenta-ngan dengan kepercayaan Parti Komunis, demikian menurut pegawai tinggi kerajaan dalam hal ehwal keagamaan.

Di China, semua masjid dan bangunan keagamaan perlu didaftarkan dengan pemerintah sebelum boleh beroperasi secara sah. – Agensi


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 11:20 AM | Show all posts
tak lama lagi gendang perang amerika berbunyi . china pun dah bersetuju 2027 nak jadi kuasa besar. within that year perang dunia tak mustahil berlaku.

sama macam perang dunia kedua jepun serang amerika sbb tekanan ekonomi. tapi kali ni unik china tak serang amerika physically tapi melalui ekonomi dan lobi2.

moga trump menang hari ni. hari ni amerika election.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 11:23 AM | Show all posts
negara berikutnya da bleh standby la ye.
komunis da mula masuk dlm gomen.

  

  


Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
untung la yang duk malaysia boleh buat gereja dengan lambang salib besar,tokong besar siap patung budha besar gedabak.kat negara nenek moyang belum tentu dapat peluang macam ni .masih juga mengata diri tertindas dan penduduk asal rasis
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:27 PM | Show all posts
Baru ku tahu yang Komunis tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Selama ni aku ingat Buddha ni agama rasmi mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:31 PM | Show all posts
apa koman.... golongan liberal dan kafirun...dalam forum ni...di minta memberi sepatah 2 kata2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2020 12:52 PM | Show all posts
Semoga Allah pelihara negara Malaysia ini.... Aku pun kdg2 naik risau nengok cina bermaharajalela.... dah semua jadi hak depa.  Tu belum lagi bangsa2 lain... Malaysian nie lembut sgt... semuanya rela...rela berkongsi even tanah sendiri.

Bukan suruh jadi negara kejam...tapi tegaslaa... hak bangsa jgn dijual... Hak rakyat malaysia pertahankanlah.... entahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:56 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 3-11-2020 11:20 AM
tak lama lagi gendang perang amerika berbunyi . china pun dah bersetuju 2027 nak jadi kuasa besar. w ...

iols pn harap trump menang wlupun harapan tu mcm tipis jah... mggu lepas iols rs chances tu mcm 50-50 utk trump n biden menang... tp entah la.. mungkin bakalan terjadi spt mana ramai yakin acik hilary menang ujong2 trump yg menang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 12:58 PM | Show all posts
Orix replied at 3-11-2020 12:56 PM
iols pn harap trump menang wlupun harapan tu mcm tipis jah... mggu lepas iols rs chances tu mcm 50 ...

sbb kalau biden menang dia jd boneka china, ( ada khabar angin kempen  biden di sponsor taikun2 china.. so hasil laut china selatan confirm2 amerika takkan kacau lepas biden menang. kiranya talian hayat few negara untuk elak penguasaan china di laut china selatan harapkan trump je.



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 3-11-2020 12:27 PM
Baru ku tahu yang Komunis tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Selama ni aku ingat Buddha ni agama ras ...

Harus la bukan Buddha sbb pengasas komunis pun bukan org cina. Org putih Yahudi bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:01 PM | Show all posts
kubah kat Perdana Putra, Istana Kehakiman etc kat Putrajaya tu bila nak cabut sis?

Dah macam Moscow pulak

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang sangat dimusnahkan warisan sejarah dan senibina tak kira la bangsa apa sekalipun. Masa taliban musnahkan bamiyan Buddhas pun geram juga sbb dah beribu tahun benda tu kat sana. Kerajaan china dah musnahkan pelbagai khazanah warisan di negara China terutama masa cultural revolution dulu. Banyak warisan bangsa, agama dsb musnah melalui serangan Red guards. Tu pasal skrg org ckp cultural revolution kedua. Musnahkan mcm2 termasuk masjid yg famous ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:05 PM | Show all posts
Mamason replied at 3-11-2020 12:52 PM
Semoga Allah pelihara negara Malaysia ini.... Aku pun kdg2 naik risau nengok cina bermaharajalela... ...

negara kita bukan lembut sgt tapi talibarut komunis tgh berkuasa. kuasa rakyat (undi) pon dah tak berguna lagi.

deyol bleh menang ikut cara lain.
hanya doa je yg mampu kembalikan kita pada gomen zaman kegemilangan bmf dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:15 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-11-2020 01:18 PM

Malaysia lumpuhkan ribuan fungsi masjid dan surau ketika PKPD di selangor ,

dan kalau muhyidin dapat buat darurat satu malaysia nescaya semua peranan masjid dan surau akan turut dilumpuhkan atas alasan nak kawal covid ,

errr yg kat china tu cuma satu kubah je kena dah riuh ,

yg kat malaysia nih ribuan masjid dan surau kena cantas peranannya,

tapi tak ramai ambik pot pungg kerana yg buat tu seorang melayu yg kuat berdoa depan tv

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:23 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 3-11-2020 01:31 PM

Ada masjid tapi dilarang guna , sama macam tak dak laaa.

PKPD jer masjid dan surau lesap, lepas PKPD ada balik, mcm magik

tapi dek kerana PKPD berlaku di zon hijau sekali pung itu menunjukkan satu malaysia anytime masjid dan surau boleh dilesapkan oleh muhyidin lah walau kes positif tarak sekali pung , zam zam ala kazam.



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


https://www.bharian.com.my/berit ... di-seluruh-selangor


Tiada solat Jumaat dalam tempoh PKPB di seluruh Selangor


Oleh Ruwaida Md Zain -             Oktober 14, 2020 @ 8:44am            [email protected]




  


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat, solat lima waktu berjemaah dan lain-lain aktiviti pengimarahan di seluruh masjid serta surau di Selangor.- Foto fail NSTP


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan solat Jumaat, solat lima waktu berjemaah dan lain-lain aktiviti pengimarahan di seluruh masjid serta surau di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, mulai hari ini hingga 27 Oktober depan.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata JAIS membuat keputusan dan menetapkan bagi semua pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor untuk menangguhkan semua aktiviti itu susulan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
" Penangguhan ini akan membabitkan 425 masjid, 278 surau kebenaran solat Jumaat dan 1,747 surau.
"Tindakan penangguhan ini dibuat selaras dengan penguatkuasaan PKPB di Selangor bagi mengekang penularan kes COVID-19 yang membimbangkan dari terus menular dalam kalangan masyarakat di Selangor.
"Keputusan ini selari dengan hasrat JAIS dalam memastikan pentadbir masjid dan surau di Selangor dapat memberi kelangsungan keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan terhadap anak kariah masing-masing dari menerima sebarang kesan penularan wabak dan penyakit, khususnya wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Shahzihan berkata, pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor hendaklah memastikan solat Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang penangguhan ini, sebaliknya digantikan dengan solat Zohor di kediaman masing-masing.
"Solat fardhu berjemaah lima waktu hendaklah dilaksanakan dengan had bilangan jemaah tidak melebihi tiga orang sahaja, manakala azan hendaklah dikumandangkan pada setiap waktu.
"Aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh dan kuliah Dhuha serta aktiviti agama yang lain juga hendaklah ditangguhkan buat sementara, berkuatkuasa pada waktu Subuh hari ini," katanya.
Beliau berkata, sebarang perubahan kepada penangguhan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Ahli jemaah juga dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terus berdisiplin dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan melaksanakan kawalan kendiri dalam kehidupan seharian di lingkungan sektor-sektor yang masih dibuka.
"Semoga langkah-langkah pencegahan, doa dan zikir yang diamalkan akan melindungi Selangor dan negara dari wabak ini dan mengembalikan kita semua kepada suasana kehidupan yang normal dan sejahtera," katanya.






Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
China negara atheist komunis. Tapi mereka masih superstitious dan takut pada hantu jembalang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen aku terhad pada isu kubah sahaja. Bukan agama atau politik.

About time pemikir seni architecture tempatan melihat semula kegilaan malaysia terhadap kubah.

Kenapa tak ketengahkan identiti tempatan dalam bangunan kerajaan hatta masjid sekalipun.

Tengok siam. Senibina mereka kemas tersimpan dalam senibina rumah ibadah sampai jadi sinonim. Apa masalah malaysia tak boleh buat ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:42 PM | Show all posts
kubah tu takde pun takpe lah janji boleh sembahyang lagi..
jangan kau nak lenyapkan seluruh unsur islam sudah...

lagipun kubah tu architecture hindu-iran sebenarnya...

masjid ala2 chinese di ipoh tu pun cantik
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak komunis tak ada hati perut

cuba kalo kita buang bentuk atap tokong jadi flat je

lepas tu buang segala patung naga ka dewa ka

sure melompat geng DAPigs, konon jadi victim la hak asasi la

hipokrit
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 3-11-2020 01:01 PM
kubah kat Perdana Putra, Istana Kehakiman etc kat Putrajaya tu bila nak cabut sis?

Dah macam Mosc ...

Apesal ko tak suruh russia je cabut semua
kubah kat sana

jenis manusia tak ada identiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71371 Replies : 2282
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 23991 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 25514 Replies : 10
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 10113 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 19007 Replies : 28
✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵
Vellfire✵•.¸,✰BENANG BORNEO VOL 2✰,¸.•✵
Views : 195696 Replies : 1787
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 55326 Replies : 283

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.253925 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list