Air mata jantan pengacara Azwan Ali berguguran apabila berbicara tentang hubungan istimewanya bersama penyanyi Ziana Zain.
Menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua, Azwan diminta rakan pengacara Elly Mazlein memberi komen sama ada Ziana yang sudah lama Azwan kenali mungkin boleh menjadi teman wanitanya.
Berbunyi remeh, namun emosi Azwan bertukar sebak saat menjawab pertanyaan tersebut.
“Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” kata Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali itu seraya air matanya berlinangan.
Azwan, 54, yang cukup dikenali dengan gelaran Diva AA turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain.
“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” kata Azwan dalam keadaan teresak-esak.
Ziana yang turut dijemput sebagai tetamu undangan dalam program realiti berkenaan memaklumkan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dirinya mengenali figura itu.
“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat.
“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” tutur pelantun lagu Dingin itu.
Azwan pernah menaruh perasaan terhadap Ziana suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan.
Terdahulu, dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Azwan ada menjawab persoalan sama ada dia mahu mengahwini Ziana.
Jawab Azwan, urusan tersebut adalah antara dirinya dan Ziana. Orang lain tidak perlu sibuk.
Post time 30-11-2020 04:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I think kalau Ziana sudi menerima Azwan..dia akan berubah menjadi lelaki sejati. Ternyata Azwan amat menyintai Ziana, hanya Ziana buat Azwan menangis sedih. i pon turut menangis tengok vc tu tadi.
Post time 30-11-2020 06:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
bersahabat tu pun dah cukup, alhamdulilah ada sahabat baik. tak payah la touching sgt2 pasal semua tu dah ditentukan YME.
Akak nak sentuh psl geis lagi, pernah baca ponen meroyan tunang putus kawin jantan lain pasal dia cakap pompuan tu sorang je yg dia bernafsu. ala2 jantan straight putus nak mati depressed gitu. akak rasa kalau boleh bernafsu dgn sorg pompuan, maksudnya boleh la jugakkan cokmar mencanak. Lainla kategori bottom tegar? Ke akak salah.