Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 ramai yang terkesan terutamanya golongan B40, M40 dan T40. Ada yang hilang pekerjaan, terpaksa 'direhatkan' sementara dan sekali gus hilang punca pendapatan menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain untuk menyara kehidupan.
Ada suara yang meminta pihak kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 1 bagi mengurangkan beban golongan terjejas. Pada pembentangan Belanjawan 2021 lalu, kerajaan merealisasikan permintaan itu dan sedikit sebanyak melegakan rakyat.
Bagaimanapun, keputusan pihak KWSP mengenakan pelbagai syarat menimbulkan rasa kurang senang golongan berkenaan. Sedangkan bagi mereka, wang simpanan dalam akaun tersebut adalah wang milik mereka dan beranggapan tiada salahnya sekiranya mereka mahu menggunakan wang tersebut tanpa perlunya dikenakan pelbagai syarat ketat.
Baru dimuat naik hari ini, lagu 'coverosak' dari Mohd Nur Azman Naim menerima banyak Like dan komen dari netizen yang bersetuju dengan luahan kekecewaannya itu.
Menggunakan background muzik instrumental Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Azman dalam mesej ringkasnya berkata, dirinya sudah penat nak bercakap dan menyampaikan kekecewaannya melalui nyanyian lagu coverosak itu di mana harapan pada i-Sinar kini menjadi i-Malap.
"Bila i-Sinar jadi i-Malap. I cuba diam, tapi I tak boleh. I dah penat nak cakap, so I nyanyi," tulisnya pada kapsyen video tersebut.
LIRIK LAGU GETARAN JIWA VERSI 'COVEROSAK' OLEH AZMAN NAIM DENGAN LIRIKAN MATA YANG DEEP
Tekanan jiwa, melanda hatiku
Susah nak keluar, KWSP-ku
Walau itu duit aku
Tetapi banyaknya syarat
Moga dapat dimudahkan
Sedarlah kami wahai han*t
Dan mungkin hilang
Undi di PRU (Pilihan Raya Umum)
Rakyat dah bengang, barulah kau tahu
Andai nak keluar
Tapi banyak syarat
Engkau tiada berjiwa rakyat
Sumber: Azman Naim
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 5-12-2020 03:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Zaman ph jangankan i-sinar, entah2 i-lestari pun tak boleh keluar. Cuma bagi rm30 online saja. Aku nak tergelak masa kat twitter ada la macai2 ph kata kau suka kerajaan pn/bn sebab dapat duit percuma. Tapi bila kerajaan pn umumkan duit online rm50 percuma haritu, tiba2 berdesup geng2 macai ph di twitter berebut2 nak tebus duit rm50 bagi alasan tu duit cukai rakyat hahahaha. Tapi aku harap kerajaan boleh permudahkan urusan rakyat keluarkan kwsp dan percepatkan masa untuk keluarkan duit kwsp. Dah lama rakyat tunggu nak keluar duit kwsp.
Yang pasti tak akan berlaku di zaman PH sebab memang bantuan tidak akan diberi sebab PM masa tu akan cakap, cukup2lah bertongkat, jangan harapkan kerajaan bantu semua. Cukuplah bantuan RM 30 hinggek tu. Alhamdulillah, PH dan tersungkur.
Itzy replied at 5-12-2020 03:45 AM
Zaman ph jangankan i-sinar, entah2 i-lestari pun tak boleh keluar. Cuma bagi rm30 online saja. Aku n ...
bukan sama je ke dua2 cacai ph pn sume tu
masa rm30 bising sal data peribadi la data mengundi la apa la
masa rm50 sume matikan diri daftar senyap2 g tebus lupa da pasal data peribadi
baik cacai ph n pn
hahahahaha kalau zaman ph dia bagi i-nasihat je
kerja rajin2 jangan malas katanya
Post time 5-12-2020 03:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ResellerMaxis at 5-12-2020 03:17 PM
Itzy replied at 5-12-2020 03:45 AM
Zaman ph jangankan i-sinar, entah2 i-lestari pun tak boleh keluar. Cuma bagi rm30 online saja. Aku n ...
Zaman ph ewallet rm 30 tu untuk galakkan pengunaan ewallet. Terbukti ianya langkah bijak. Malahan kerajaan pn ikut langkah sama. Cuma dinaikkan lebih rm 50.
Brim di zaman bn diteruskan oleh ph dan ditukar nama kepada bantuan sara hidup.