View: 6631|Reply: 67
|
[Tempatan]
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan wanita isytihar bukan Islam
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-12-2020 02:52 PM
Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan wanita isytihar bukan Islam
Rafidah Mat Ruzki - Disember 16, 2020 @ 7:17am[email protected]
Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto hiasan NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan bagi rayuan seorang wanita supaya beliau diisytiharkan sebagai penganut Buddha dan bukan seorang beragama Islam.
Barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Azahar Mohamed; Datuk P Nallini; Datuk Abdul Rahman Sebli; Datuk Zabariah Mohd Yusof; Datuk Seri Hasnah Datuk Mohammed Hashim; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rodzariah Bujang bagaimanapun tidak menetapkan tarikh keputusan rayuan itu.
Terdahulu ketika berhujah, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Rosliza Ibrahim, 38, berkata Mahkamah Tinggi Shah Alam terkhilaf apabila ia mengkelaskan kes berkenaan sebagai permohonan untuk meninggalkan agama Islam. Sebaliknya Gopal berkata, permohonan yang dibawa anak guamnya adalah untuk mengisytiharkan bahawa Rosliza sebenarnya bukan beragama Islam sejak awal.
Katanya, mahkamah rendah itu terkhilaf apabila merujuk kepada kes Lina Joy, berikutan kes anak guamnya bukanlah membabitkan individu yang mahu meninggalkan agama Islam sebaliknya seorang yang bukan beragama Islam serta tidak mengamalkan ajaran agama itu sejak awal lagi.
Kebergantungan mahkamah rendah terhadap kes Lina Joy adalah salah. Mahkamah rendah gagal untuk mengkelaskan kes ini seperti sepatutnya," katanya. Sementara itu, dalam hujahan bertulis perayu, Gopal berkata, berikutan mahkamah rendah membuat kesilapan itu, perayu memohon supaya permohonan itu dibenarkan dan satu deklarasi dibuat, menyatakan wanita itu tidak pernah menjadi penganut agama Islam.
Ia berikutan ibu bapa perayu tidak pernah berkahwin manakala tiada undang-undang yang membolehkan perkahwinan dan pendaftaran perkahwinan antara seorang Muslim dengan pasangan bukan Islam. Bukti yang tidak dicabar menunjukkan kedua-dua perayu dan mendiang ibunya tidak pernah masuk Islam dan tiada perkahwinan yang sah antara ibu perayu dengan bapanya.
"Mendiang ibunya juga pernah membuat satu akuan bersumpah yang mengesahkan bahawa beliau tidak pernah berkahwin dengan bapa kepada perayu ketika wanita itu dilahirkan. Selain itu, butiran dalam kad pengenalan bukanlah bukti asas kepada agama seseorang," katanya. Sementara itu, responden iaitu Kerajaan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhujah bahawa perayu adalah seorang yang beragama Islam, berdasarkan kepada dokumen seperti kad pengenalannya selain ketika dilahirkan, bapa perayu beragama Islam.
Peguam Abdul Rahim Sinwan yang mewakili MAIS berkata, perayu adalah seorang yang beragama Islam, berdasarkan kepada borang permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan selain tiada bukti menunjukkan perayu ada membuat pembetulan kepada maklumat yang tercatat dalam dokumen itu.
Selain itu, Abdul Rahim berkata, sekiranya seseorang itu berkahwin mengikut hukum syarak tetapi ia tidak didaftarkan, perkahwinannya masih lagi sah. Bagaimanapun, apabila ditanya Tengku Maimun, Abdul Rahim bersetuju, wanita beragama Buddha dan lelaki beragama Islam tidak boleh berkahwin.
Beliau juga berkata, jika pasangan bersekedudukan itu mempunyai anak, anak itu adalah tidak sah taraf dan agamanya berbalik kepada ibunya yang bukan Islam. Rosliza memfailkan saman pemulanya pada 2015 untuk mendapat satu deklarasi bahawa beliau bukan seorang beragama Islam, justeru Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya.
Wanita itu juga mendakwa bahawa beliau dilahirkan sebagai anak luar nikah bapanya yang beragama Islam dan ibunya yang beragama Buddha. Mahkamah Tinggi Shah Alam, bagaimanapun menolak permohonan itu pada 22 Jun 2017 manakala Mahkamah Rayuan juga menolak rayuannya pada 25 April 2018
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/765623/mahkamah-persekutuan-tangguh-keputusan-rayuan-wanita-isytihar-bukan
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lama kes ni daripada tahun 2016! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenape susah sangat?
Kalau dia takmo Islam tak payah ler duk paksa paksa.
Kebesaran Allah tak luput pon kalo dia tak Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak pya pasal, ank jadi mangsa
Luluskan je la apa yg dia mintak
Dah ank haram kan, so bkn bleh ikut si bapanya pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mati kelak malaikat pun akan mintak IC jugak ke utk check agama? Field agama atas IC tu ciptaan manusia, atau lebih tepat ciptaan JPN.
Hukum si bapa tu la yang tak bertanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
Isu murtad tidak diambil mudah dalam Islam
selagi boleh diselamatkan akidah seseorang manusia, itu adalah keutamaan |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik lah..da kata anak luar nikah, mcmana timbul info dia Islam masa buat surat beranak?
Sedap la bapak dia lepas tangan tak perlu dipertanggungjwabkan dari segala segi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je kat luar tu ic islam pn tapi cara hidup lagi extreme dari orang barat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis mak kau pun satu, letak nama melayu, nk dpt keistimewaan bangsa melayu ke? Yg mahkamah plak salah rujuk case, case berbeza kot. Dah anak tak sah taraf, ikut agama maknye lah |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih lah mais nak jadikan org tu islam sedangkan anak tak sah taraf antara pasangan islam dan bukan islam, lepastu mmg dia xpernah pon diajarkan islam dan melakukan apa2 perbuatan yg melambangkan dia islam, nak jugak paksa dia ke? Mana tiada paksaan dalam agama tu? Sibuk nak paksa org jadi islam. pffftttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Camana boleh terlepas jadi islam masa lahir? Bkn ke depa cek ic ayah sumer tu masa lahir? Kenapa baru skang nak ckp bkn islam? Citer ni musykil... biar je dlm tu islam selama2nya sbb dari awal mcm nak scam org. Tanggung la kesilapan sbb nak scam org.
"Mendiang ibunya juga pernah membuat satu akuan bersumpah yang mengesahkan bahawa beliau tidak pernah berkahwin dengan bapa kepada perayu ketika wanita itu dilahirkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku.............sesiapa nak keluar Islam, lantak dia lah.
Dah dia tak percaya Islam............kenapa nak paksa2. Diakhirat, kekal dia dalam neraka selama-lamanya. Tetapi kalau dia mengajak orang Islam lain supaya tinggalkan Islam...........then ini patut ada undang2 yang menghalang.
Seorang Muslim............tongak tonggek sembahyang, puasa dan sebagainya...............jika ada sekelumit sangsi kepada kewujudan Allah SWT, jika tidak bertaubat dan beristighfar...........dah jadi kafir dan kekal dia dalam neraka selama-lamanya. Sama macam orang kafir.
Jika ikut pendapat ulamak yg extreme.............dalam sembahyang jika bacaan Al Fatihah tak betul tak macam orang Arab(sebab kitakan lidah Melayu), tak tertib ikut Imam Syafie (kalau bermahzhab Syafie lah), tak ambil wuduk dengan betul mengikut Syafie, tak suci dari najis, haid dan nifas dan segala perkara yang membatalkan sembahyang (seperti terkentot).......................maka sembahyang tu tak sah dan tidak diterima.
Makna kata sebagai Muslim..............ramai yg akan tertolak sembahyang mereka dan masuk neraka walopon mereka bersembahyang 5 kali sehari termasuk sunat Rawatib dan witir kalau ikut pandangan ulamak extreme tersebut.
Dan banyak lagi perkara yg menyebab Islam seseorang tertolak walaupon dia kata dengan tegas dia itu Muslim. Contoh: Tidak bertegur sesama Muslim lebih dari tiga hari, tidak sependapat dengan sabda Rasul SAW (sebenarnya tak sependapat dengan pandangan ulamak mazhab je)
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah swt memberikan taufiq hidayah buatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia hidup lagi tak? erm byk sgt dh kes murtad ni tp xdidaftarkan je |
|
|
|
|
|
|
|
katanya bapak dia yg registerkan ic.. maybe parents dia bersekedudukan la kot..
bukan nye terputus hubungan terus.. just mak dia nafikan pernah bernikah, tp tak ckp pun lost contact ke apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
setakat yg aku baca, bapak dia yg register kan ic dia..
maksudnya makbapak dia bersekedudukan la kot, tp tak bernikah..
sbb SD mak dia ckp tak nikah je, takde ckp lost cintact ke apa..
maybe skrg ayah ngan mak dia dah mati, dia decide nak "keluar" islam tu, tp kat ic tulis islam pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
awanysss replied at 17-12-2020 10:12 AM
setakat yg aku baca, bapak dia yg register kan ic dia..
maksudnya makbapak dia bersekedudukan la ...
Mak dia amik peluang bg ayah register ic. Patutnya fight dari awal bg bangsa cina kpd anak, agama buddha. Yg dia pun sama je, taktau apa niat tak fight awal2.
Bangsa dia apa? Kalau keluar agama islam, sila tukar bangsa sekali. Tapi dia taknak tukar bangsa, kan?
Benda ni berkaitan constitution. Itu sbbnya bknnya boleh tukar ikut sukati bapak dia.
Bg yg komen2 ckp bg je la, sila buka buku sejarah masing2. Isu ni dan isu lina joy jadi precedent utk org lain. Kome tak nampak masa depan camana. Borang2 yg dia isi dah berapa byk sepanjang dia hidup? Berapa banyak penipuan dia buat dgn setiap borang yg dia isi?
Satu2nya cara utk dia tukar ic, ialah dgn naik keta back to the future dan pastikan dr lahir, dia bkn islam dan bangsa bkn melayu tercatit kat surat beranak. Pastikan juga tercatit di situ, anak luar nikah, tiada bapa. Habes citer. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la skrg ni jd isu.. civil court ckp jurisdiction syariah court (murtad),
tp dorang mohon kat civil court sbb katanya dia ni bukan islam at first place..
tak boleh guna kes lina joy sbb lina joy mmg keluar islam, dorang ni tak masuk islam pun, apesal tiber nak keluar pulak..
tp based on reading aku, mcm la perempuan ni akan menang...
sbb katanya takde bukti parents dia berkahwin..
tp aku tak jumpa pulak pasal mcm mana ayah dia yg boleh registerkan ic dia..
btw, kalau ikut logic aku, mmg betul pun murtad.. kalau betul tanak islam tu, masa umur 12 tu mak dia dah boleh fight..
ni diam je, dah tua bangka baru nak fight, umur 35 gitu baru file kes.. pastu mak dia buat SD je ckp tak nikah.. susah la nak carik bukti2 lain..
kalau dia menang, kesian la JPN.. JPN dari dulu try nak pelihara benda2 camni, tp bila bawak ke court, semua twisted..
mcm kes bin abdullah semua tu la.. yg kes ni JPN rely pd apa yg bapak dia isi masa nak buat ic, tp skrg dorang argue apa yg di isi tu tak conclusive.. kalau JPN pun tak conclusive, apa lg nak diharapkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 17-12-2020 08:06 AM
Habis mak kau pun satu, letak nama melayu, nk dpt keistimewaan bangsa melayu ke? Yg mahkamah plak sa ...
org asli ramai name melayu tp bukan islam, kat sabah srwk xpyh cerite la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu bagi kes murtad, asalnya Islam kemudian nak keluar Islam, memang ada kewajipan majlis agama menyelamatkan akidah seseorang. Tapi dlm kes ni, wanita ni hanya berbenihkan orang melayu-Islam sedangkan segala yg berkaitan Islam tak ade padanya. Kena semak ade tak dia berpegang kpd Rukun Islam dn Rukun Iman. Dia yg tak nak jadi Islam, kecoh pulak orang2 Islam lainnya nak suruh jadi Islam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|