CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4555|Reply: 35

"Ambil aje pun..bukannya berdosa pun. Semua Allah punya"

[Copy link]
Post time 30-12-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum w.b.t.

Tajuk ini antara pernyataan yang sering dilontarkan oleh para pencuri kepada mereka yang ingin kepastian, yakni hasil perolehan yang diniagakan itu, samaada dalam bentuk ilmu, barang-barang keperluan dan sebagainya, datang dari sumber yang mana. Ianya realiti berlaku, malah seandainya didebatkan, yang akan merasakan tidak berdosa itu hakikat si pencuri itu sendiri.

Ada banyak kes-kes, yang mana mereka itu orang yang berusaha utk ke arah keimanan, ingin memperbetulkan kerosakkan-kerosakkan yang dilakukan oleh para pencuri yang kononnya mereka itu sebenarnya beriman lagi berhati suci, lebih suci kata mereka berbanding yang berusaha beriman, dibungkamkan menerusi pernyataan yang dimaksudkan di atas ini.

Saya beri laluan kepada semua, perihal isu-isu ini untuk dibincangkan kerana segala sesuatu permasaalahan semasa di dalam masyarakat Islam itu, perlu dibincangkan jika berlakunya kepincangan dalam beragama, menerusi ajaran agama dan juga pencuri-pencuri yang suci malah dimuliakan oleh sebahagian kecil guru-guru agama di zaman ini. (Kononnya)

Moga-moga bermanfaat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 10:49 AM | Show all posts
lukis boleh tak..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mari kita dengarkan lirik nasyid ini.

https://youtu.be/rsNG-E6us98

Sekiranya, yang mendengarkan nasyid ini adalah seorang pencuri, bukankah mereka akan merasakan diri mereka suci?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 30-12-2020 10:49 AM
lukis boleh tak..?

Ada dinyatakan di atas yakni "sebagainya"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya sambung sedikit ya.

Bismillahirrahmannirrahim, Segala pujian hanya kepada Allah s.w.t, Tuhan sekelian Alam, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, pesuruh Allah s.w.t.

Dalam mendepani isu semasa, perkara utama yang perlu dititik-beratkan adalah penerapan ilmu adab yang bersesuaian dengan ilmu yang berkaitan makrifat, hakikat, syariat dan tarikat.

Masya'allah, cukuplah sedikit info, jika ada sesiapa yang mahu melontarkan pandangan, ulasan, alasan atau selain yang lebih baik dari itu, dialu-alukan. TQVM
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Contohnya macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 30-12-2020 11:22 AM
Yunbin replied at 30-12-2020 11:05 AM
Contohnya macam mana tu?


Contoh mudah yang berlaku dizaman ini. Saya nyatakan kes benar yang berlaku ya. Demi Allah, ianya sebenar kejadian (cuma diolah untuk menjaga aib pencuri yang terlibat).

1) seorang budak mencuri handphone milik orang lain, lalu bila jelas handphone itu benar-benar dicurinya (yakni diambil tanpa pengetahuan tuannya), budak itu langsung berkata "semua ni Allah yang punya".

2) seorang pemuda menjual hasil curiannya yakni pokok serai di kedai. Langsung bila disapa khabar kesihatannya, dia langsung berkata "mereka tak mahu pokok ni (menurut sangkaan pemuda itu), aku ambil juallah (tanpa pengetahuan). Semua Allah yang punya"

3) seorang pemuda, memasuki kawasan tanaman orang lain lalu mengambil pokok pandan untuk dijual tanpa meminta terlebih dahulu, disaksikan oleh Tuan punya dan ahli keluarga pemuda berkenaan. Bila ditanyakan kepada bapa pemuda itu, dijawabnya "Allah, semua Allah yang punya".

Ada banyak lagi contoh, 3 ni pun cukup kot?

Soalannya, apa kaedah yang sesuatu untuk menjaga hati diri sendiri, mereka yang mencuri dan hak-hak yang Allah s.w.t tetapkan?

Mohon pencerahan jika punya ilmu. TQVM

Note : sowi ye, terpaksa reedit bila iklan lindung pernyataan sewaktu taip dan juga masaalah auto correction.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada beberapa kejadian, bila pencuri ini ditangkap oleh orang-orang yang beriman, pencuri itu berkata "saya tak curi, saya ambil sahaja. Semuanya Allah punya". Bila dinyatakan hukum-hukum yang Allah s.w.t tetapkan, pencuri itu tetap berkata yang sama. (Merasa dirinya suci dan tak berdosa).

Ada yang nak jelaskan fenomena yang berlaku dizaman ini?

Jika perkara pencuri suci ini tak diperbetulkan, bukankah ini antara fitnah menerusi agama, yang diambil pakai oleh sebahagian besar masyarakat Islam yang jahil, hingga melupakan perihal adab dalam beragama? Mohon pencerahan. TQVM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak contoh-contoh pencuri suci yang lain ya?

Contohnya, bila berlaku kemalangan kenderaan barang-barang muatan, pernah atau tidak pernah berlaku, terdapatnya masyarakat yang mengaku Islam, mengambil barang-barang muatan berkenaan? Alasan mereka "itu orang kafir yang punya"? atau selain alasan itu?

Bila dikatakan "orang kafir yang punya", samalah hakikatnya "itu Allah yang punya, Allah bagi ambil barang-barang orang kafir" kan?

Mohon pencerahan. TQVM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Fenomena pencuri suci ini, pada pandangan saya, juga dikenal sebagai perbuatan fasik akan tetapi merasakan diri suci.

Ada banyak kes-kes lain. Cumanya disini, saya nak tahu, apakah cara yang terbaik, untuk menghapuskan kefasikkan disebalik perasan suci, kerana ianya termasuk dalam kategori sebahagian dari sifat-sifat Iblis.

Mohon pencerahan. TQVM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 30-12-2020 09:54 PM

Insya'allah, bila saya free sikit, saya akan titipkan disini antara perkara yang pernah berlaku, langsung digunakan ilmu adab atas izin Allah s.w.t ketika berhadapan dengan mereka-mereka yang menyetujui perbuatan pencuri suci, sambil mereka-mereka yang menyetujui perbuatan pencuri suci agar yang menjadi mangsa curi untuk bertolak ansur. Dan ini bukan pengakhirannya, kerana diluar sana, pelbagai perkara yang lebih dahsyat dari apa yang pernah saya lalui.

Yang paling utama disini, jika ada perkongsian, dari pihak yang membaca berhubung apa yang dimaksudkan di atas, barulah saya titipkan sikit kaedah menyelesaikan permasaalahan itu. Kerana, sifat-sifat orang yang beriman itu, keras melawan kekafiran dalam apa jua cara dengan kebijaksanaan (sekalipun yang melakukan kekafiran itu para ilmuwan).

Moga-moga bermanfaat.

Reedit semula kerana iklan kerap lindung sewaktu taip dan juga masaalah auto correction.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SenangMaju at 30-12-2020 12:08 PM

Last soalan ya.

Kita sedia maklum, untuk mempelajari ilmu-Nya, adabnya adalah bertalaqi dihadapan guru yang terlibat. Samaada nak belajar ilmu nahu, sorof, tajwid, Alquran, hadis-hadis dan sebagainya. Apabila kita mahu mempraktikkan ilmu itu di dalam kehidupan, ada kalanya kita ambil ilmu-ilmu kefahaman menerusi guru berkenaan langsung meminta izin untuk digunakan akan ilmu kefahaman yang bermanfaat berkenaan.

Soalannya : selama kita membaca semua posting di dalam forum ini, sudah berapa kali kita meminta izin kepada mereka (guru) atas ilmu kefahaman yang menyebabkan kita faham ilmu berkenaan? Ataupun kita sebenarnya tergolong dalam kategori pencuri suci yang dimaksudkan diatas? Tidakkah ianya berdosa? Mohon pencerahan urusan adab yang dimaksudkan. TQVM




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini antara perkara adab, yang ramai tak sedar.

Seorang ilmuwan, bila diilhamkan kefahaman dari-Nya, maka pastinya seorang ilmuwan itu menyampaikan sesuai menurut ketetapan-Nya. Makanya, bila Allah s.w.t mengeluarkan kefahaman berkenaan, ianya berlaku atas izin Allah. Maksudnya, Allah s.w.t berkehendak para ilmuwan itu menyampaikan kefahaman berkenaan menurut aturan-Nya selagi mana, ianya tidak mensyirikkan Allah s.w.t dalam beramal. Bila seorang penuntut ilmu, mahu memahami ilmu menerusi ilmuwan berkenaan, makanya, meminta izin itu lebih utama kerana Allah s.w.t memuliakan ilmuwan berkenaan menerusi kefahaman ilmu berkenaan.

Inilah adab dalam mempelajari ilmu kefahaman dan jika diabaikan, maka itu tandanya ilmuwan tidak dihormati menerusi mereka-mereka yang tidak punya ilmu adab.

Iblis punya sifat-sifat sombong dan suci. Makanya, kerana kesombongan dan kesuciannya itu, dia melupakan soal adab dihadapan Allah.

Bila Allah s.w.t mula memuliakan Adam a.s,, Iblis merendah-rendahkan apa yang diciptakan-Nya oleh-Nya. Bila didatangkan baginda Rasullullah s.a.w, Iblis tetap juga dengan sifat-sifat berkenaan.

Jagalah adab, dan jangan jadi seperti Iblis.

Kita tak punya apa-apa. Kita hanya ada Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku senang je..
Si pencuri yg mengatakan semua dlm dunia ni hak Allah demi menghalalkan perbuatan dia tu pencuri yg jahil...
aku nak berhujah pun xpandai tp xramai pun pencuri mcm tu...ramai pencuri tau benda tu salah sbb tu dia buat senyap2... klu dia rasa xsalah dia buat je depan2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 30-12-2020 12:47 PM
Bg aku senang je..
Si pencuri yg mengatakan semua dlm dunia ni hak Allah demi menghalalkan perbuata ...


Alhamdulillah, ada kebenaranya.

Masaalahnya kini, tidak wujudkah mereka-mereka yang benar-benar beriman, yang mahu berusaha menyelesaikan permasaalahan ini dalam erti ketaqwaan kepada Allah s.w.t?

Mohon pencerahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 30-12-2020 12:47 PM
Bg aku senang je..
Si pencuri yg mengatakan semua dlm dunia ni hak Allah demi menghalalkan perbuata ...

Nampak macam simple, sebenarnya inilah realiti kejahilan demi kejahilan.

Saya pernah dengar suatu ceramah (tak ingat siapa penceramah agama itu), yang menyatakan, "kita yang beriman belum tentu nasib lebih baik diakhirat kelak berbanding pencuri", bila diajukan soalan oleh para jemaah. Perkara ini dinyatakan tidak mengikut format petunjuk Alquran, dengan harapan nak menjaga nasib pencuri dan kemarahan masyarakat terhadap pencuri suci.

Mohon pencerahan. TQVM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
SenangMaju replied at 30-12-2020 11:39 AM
Nak contoh-contoh pencuri suci yang lain ya?

Contohnya, bila berlaku kemalangan kenderaan barang- ...

Oooo yang macam ni biasa dengar. Bila ada kemalangan berlaku dan muatan lori berterabur, orang ramai kutip dan bawa balik tanpa keizinan pemilik..macam perkara biasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cumikucingku at 30-12-2020 02:02 PM
SenangMaju replied at 30-12-2020 12:54 PM
Alhamdulillah, ada kebenaranya.

Masaalahnya kini, tidak wujudkah mereka-mereka yang benar-ben ...


Wujud org yg betul2 nak berdakwah..
cuma semua org ade sbb menghalang dia keluar berdakwah secara meluas.
contoh suri rumah...
setiap hari jaga rumahtangga dan didik anak dia menjadi anak soleh cume dia tak mampu utk keluar berdakwah pada org lain...
dia pun dikira berusaha juga kan?  
Yg ada kemudahan utk berdakwah tu tentu boleh berusaha lebih luas lg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 30-12-2020 10:49 AM
lukis boleh tak..?

Cuba baca doa Covid19 !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cumikucingku replied at 30-12-2020 02:00 PM
Wujud org yg betul2 nak berdakwah..
cuma semua org ade sbb menghalang dia keluar berdakwah seca ...

Masya'allah....

Apa boleh buat, semuanya itu ujian dari Allah s.w.t. Jika ada para guru yang benar dalam menerangkan, memahamkan sesuatu perkara kepada masyarakat umum kerana Allah s.w.t, dalam erti kata adab dalam berihsan, banyak perkara yang boleh diselesaikan yang sebenar-benarnya.

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077994 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list